Model Muslimah Yang Viral Iras Muka DS Siti Nurhaliza & Mira Filzah Ini Bukan Je Cantik, Tapi Juga Bijak

Share

Kadang-kadang tanpa disedari wajah kita ada mirip seseorang. Lebih menggembirakan jika hampir seiras seperti selebriti popular. Seperti hijabi muda yang cantik ini, Qasrina Karim yang dikatakan memiliki wajah persis penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan pelakon berbakat besar, Mira Filzah. Bukan sahaja memiliki wajah yang cantik, tetapi dia juga pemegang ijazah sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Setiap kali melemparkan senyuman manis memang wajahnya iras dua selebriti popular ini. Dia yang viral di media sosial dek kerana kerjayanya yang juga sebagai model Muslimah bagi jenama hijab di Malaysia.

Siapa agaknya gadis manis ini yang memang boleh buat hati bikin cair melihat gayanya yang bukan sahaja manis berhijab tetapi juga gayanya yang santun cukup memikat jiwa.

Qasrina Karim atau lebih dikenali dengan nama Qasrina ini lahir pada 11 April 1996 yang dilahirkan di Subang Jaya. Merupakan anak ketiga dari empat orang adik beradik. Mempunyai seorang kakak, abang dan juga adik.

Masih muda dan baru berusia 22 tahun merupakan penuntut di UIAM dalam jurusan Bachelor in English Literature and Linguistic.

Selain gemar berOOTD, dia juga sangat suka mengembara di rantau orang. Malah foto dimuat turut menunjukkan dia sudah bercuti ke berapa negara termasuk London, Paris, Hong Kong dan beberapa lagi negara.

Walaupun tanpa mekap, wajah Qasrina tetap manis dipandang dan menyejukkan mata. Gayanya yang bersahaja dan bukan terlalu over atau dibuat-buat menyebabkan Qasrina yang turut menjadikan Vivy Yusof sebagai idola mempunyai follower tersendiri.

Setakat ini mempunyai kira-kira 26 ribu follower di laman Instagram. Menjadikan model sambilan sebagai kerjaya part time ternyata hijabi muda ini memang gemar sekali terbabit dalam dunia modeling.

Ayuh kita lihat 10 #OOTD Qasrina yang memang sangat ohsem…

#1 lialalala._ Pretty qass

#2.4imanrashid Wow…muka kakak seiras @ctdklah

#3.qila.ms Lawaaaaa

#4. itsfarahkamal So cantik..

#5. ataisya cantik

#6. eymamaijat U so beautiful!

#7. qasidahkmrlb So beautiful!!

KREDIT FOTO: INSTAGRAM QASRINA 

 

 

IKLAN