Ketika ini sedang tular mengenai keenakan Biscoff Cheesecake di laman sosial. Memang terliur dibuatnya kerana ia kelihatan begitu lazat sekali!

Jika anda teringin untuk merasanya, anda bolehlah membuatnya di rumah. Mudah sahaja kerana resepi ini tidak perlu menggunakan oven pun. Jom kita lihat resepi yang dikongsikan oleh model, Adiela Ridzuan ini.

RESEPI NO BAKE BISCOFF CHEESECAKE

foto: A baking journey

Resepi yang paling ramai orang request. sepanjang PKP ni, biscoff cheesecake antara cake viral yang semua orang nak try kan? resepi dia senang sangat tak perlu ada oven pun! yang penting korang kena ada Lotus Biscoff Biscuit & Spread dia. Boleh cari dekat Lazada ๐Ÿ˜ jom try buat!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
untuk base:
8 pcs Lotus Biscoff Biscuits
85g melted butter

untuk filling:
500g Cream cheese
300g whipping cream
250g Lotus Biscoff Spread
50g icing sugar

IKLAN

untuk topping:
140g Lotus Biscoff Spread
4pcs Lotus Biscoff Biscuits
.
CARA-CARA:
1. Buat base cheesecake, hancurkan biskut manually atau guna food processor. Masukkan butter yang dah dicairkan guna microwave atau atas dapur. Gaul sampai sebati. Masukkan dalam loyang. Ratakan dan mampatkan pastu simpan dalam peti ais sementara nak buat filling.
2. Untuk filling, putar whipping cream sampai kental. ketepikan kejap
3. Dalam bekas lain, putar cream cheese sampai kembang, masukkan icing sugar dan Biscoff Spread. Mix sampai semua sebati.
4. Campurkan whipping cream dengan adunan tadi. Kaup balik guna spatula.
5. Masukkan adunan tadi atas cheesecake base yang kita dah sejukkan kejap tadi.
6. Masukkan dalam peti ais selama 8 jam atau semalaman. Lagi lama lagi bagus so cheesecake tu keras. kalau nak cepat letak kat freezer haha
7. Bila dah sejuk, dah boleh letak topping. Cairkan Biscoff Spread dalam microwave sekejap bagi cair, lepastu tuang atas cake tadi.
8. Dah boleh hias guna Biscoff Biscuits yang dah dihancurkan. Ikutlah nk hias macam mana pun hahaha dah siap!
.
TIPS:
Biscoff Cheesecake ni paling sedap makan masa sejuk. Kalau dia dah cair korang akan muak sebab manis. Siapa tak suka manis boleh kurangkan letak spread atau gula masa buat filling. Takut nanti terpotong kaki pulak ๐Ÿ˜‚ .
GOODLUCK! ๐ŸŽ‚

IKLAN

kredit: Adiela Ridzuan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI