Uyaina Arshad, pengacara dan pelakon yang semakin melonjak naik namanya sejak menjuarai Puteri Muslimah Asia 2018 ini memang cantik orangnya. Pasti banyak tips dan rutin kecantikan yang diamalkan oleh dirinya untuk kekal jelita kan. Apa yang Uyaina buat setiap hari?

Ketika ditemu bual, Uyaina menjelaskan dirinya sangat gemar minum jus tomato dicampur dengan lobak merah dan timun.

Kakak saya rajin blend buah tomato,lobak merah dan timun untuk dijadikan minuman. Memang sangat elok untuk wajah. Saya hanya akan tambah sedikit stevia sebagai pemanis. Minuman ini saya selalu amalkan pada waktu pagi, 3 kali dalam seminggu. Saya takut untuk mengambil apa-apa suplemen cuma saya amalkan pengambilan cuka epal and it works like wonder! Sangat bagus kerana ia membantu proses detoks dalam badan.

Bagaimana Uyaina menjaga kecantikan tubuh badan?

Disebabkan saya mempunyai darah campuran arab, jadi saya senang untuk naik berat badan. Kalau macam saya, saya mengawal pengambilan nasi dan tidak menikmatinya setiap hari. Cukup sehari sekali. Contohnya jika hari ini saya makan nasi, lagi 2-3 hari baru saya akan menikmatinya kembali. Untuk kekalkan stamina pula, saya akan selalu joging, lari, lakukan kardio dan squad. Biasanya dalam 30 minit hingga sejam. Pendek kata, saya memang kaki gymlah.

Uyaina juga menjelaskan dahulunya dirinya tak begitu pandai menjaga kulit seperti sekarang.

Dulu saya tak reti menjaga kulit wajah. Lepas cuci muka je saya terus memakai solekan. Jadi solekan itu mesti akan rosak dan wajah jadi bercapuk. Tapi kini saya betul-betul mengikut rutin penjagaan wajah yang betul. Pertama sekali cuci wajah dengan minyak zaitun. Seterusnya cleansing oil, facial cleanser, toner, moisturizer dan sunblock. Oh, jangan lupakan essence! Ternyata kita boleh nampak perbezaan wajah kita menjadi lebih baik jika kita konsisten gunakan moisturizer dan sunblock ini. Yang penting jangan malas. Penat macam mana sekali pun lepas balik kerja mesti kena cuci solekan dengan sebersihnya. Jangan pernah tidur dengan solekan yang masih melekat di wajah.

Fesyen pilihan Uyaina?

Saya suka lihat stail Vivy Yusof sebab gayanya nampak sangat selesa, bersederhana dan bersahaja. Tak salah jika kita mahu mencuba pelbagai fesyen kerana jika kita tak cuba, kita tak tahu mana satu yang sesuai dengan kita. Saya juga gemarkan pakaian jumpsuit kerana boleh berikan illusi tinggi dan langsing. 

Nasihat Uyaina untuk gadis yang selalu berasa insecure, tidak yakin dengan diri sendiri.

Sebenarnya insecurity itu kena ada sedikit dalam diri kita supaya tidak over confident, tidak rasa diri kita terlalu hebat dan membuatkan kita sentiasa berpada-pada. Jangan rasa diri kita tidak layak. Sebenarnya saya juga banyak kekurangan, tapi saya jadikan itu sebagai kekuatan saya. Kalau kita terlalu negatif, tak kemanalah kita nanti.

Buat peminat Uyaina, jangan lupa saksikan dirinya sebagai pengacara bergandingan bersama Radin Kashoorga Talk setiap Rabu bermula pada 17 Oktober ini di Astro Oasis dan Maya HD.

sumber foto: instagram @uyainaarshad

Tinggalkan Komen