Wanita dan kecantikan memang sukar untuk dipisahkan. Apatah lagi bagi yang sangat menjaga penampilan diri. Bagi penghibur dan juga bekas peserta Gegar Vaganza 3, Elly Mazlein mengakui kerjayanya kini menuntut untuknya tampil menawan sepanjang masa. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mengakui bahawa kecantikan sebenar bermula dari dalam. Jom ketahui rahsia kecantikan ibu anak satu ini untuk kekal sihat dan menawan sepanjang masa.

Apa definisi cantik pada mata Elly Mazlein

Bagi saya semua orang cantik tetapi bergantung bagaimana seseorang itu membawa diri. Bukan hanya terletak pada kecantikan wajah sahaja. Oleh sebab itu ada pepatah mengatakan biar tidak cantik paras rupa namun dalaman kita cantik. Jika rohani kita cantik, ia pasti terpancar pada wajah kita. Itu yang saya pegang.

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

Apakah rahsia cantik Elly Mazlein?

Sudah setahun saya mengamalkan pengambilan serum. Ternyata ia amat sesuai dengan kulit wajah. Tidak memudaratkan pada wajah kerana ia berasaskan bunga-bungaan organik sahaja tanpa bahan terluang. Saya amalkan serum ini selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Ia akan mengawal minyak pada wajah kita.

IKLAN

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

Adakah Elly masih mengamalkan petua tradisional untuk kekal cantik?

Apa yang saya amalkan adalah dengan minum air suam sahaja kerana ia sangat baik untuk sistem dalaman kita.

IKLAN
Minum air suam baik untuk kesihatan.

Untuk penjagaan badan, adakah Elly menjalani rawatan di spa kecantikan?

Itu memang sangat perlu. Lebih-lebih lagi selepas melahirkan anak. Saya akan meluangkan masa untuk berurut agar sistem peredaran darah kita sentiasa lancar. Badan kita juga akan terasa ringan dan membantu saya untuk membuat sesuatu kerja dengan selesa.

Berurut untuk peredaran darah.

Jenis solekan yang Elly gemari ketika bersantai atau bercuti?

Sudah semestinya yang tidak terlalu tebal dan nampak ‘natural’. Saya berasa kulit tidak boleh bernafas jika bersolek tebal lebih-lebih lagi jika terpaksa menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Saya lebih selesa mekap ringkas sahaja.

IKLAN

A post shared by ?ELSefhia ? (@iamellymazlein) on

KREDIT FOTO: ELLY MAZLEIN & JIMMY COUTURE

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI