Kebiasaannya kita pasti akan membuang gel pewangi selepas ia sudah mengecut kerana merasakan ia sudah tidak berfungsi lagi. Namun, tahukah anda sebenarnya ia masih boleh digunakan dan tetap memberikan haruman yang kuat pada persekitaran anda.
Nak tahu bagaimana? Jom kita ikuti langkah-langkah yang dikongsikan oleh Aine Soaudi ini!
Ini contoh gel pewangi yang telah mengecut.
Kemudian rendamkannya di dalam air.
Lihatlah, ia sudah kembang kembali seperti ke bentuk asal.
Yang ini juga contoh gel pewangi yang telah kembang kembali selepas direndam. Memang menjadilah teknik ini. Anda bolehlah mencubanya di rumah!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
kredit: Facebook Aine Soaudi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Mudah Biskut Cadbury Badam Buat Kudapan Tanpa Menggunakan Peralatan Khas
Bukan satu perkara luar biasa kuih raya di jadikan hidangan untuk mereka yang berkunjung ke rumah. Pelbagai jenis biskut raya untuk menjamu selera. Tempoh PKP sudah tamat, pasti ramai yang meraikan dengan pelbagai cara, namun harus diingatkan supaya kita tidak membazir.
Resepi mudah ini dikongsi Zaharah Ramin cukup mudah untuk dibuat tanpa menggunakan peralatan khas. Jom ikuti cara membuat biskut Cadbury badam ini:
Bahan-bahan:
- Coklat Cadbury
- Badam
Cara-cara:
- Bakar badam hingga ranggup.
- Double boil coklat Cadbury hingga cair.
- Gaul badam dengan coklat.
- Susun diatas kertas minyak dan sejukkan di dalam peti.
*Coklat Cadbury boleh digantikan dengan Coklat Coin Beryls
Kredit resepi: Zaharah Ramin (Facebook)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Serangan Jantung Ketika Memandu, Jangan Panik Dan Segera Dapatkan Bantuan
Ramai yang telah dengar berita buruk mengenai kecelakaan yang berlaku akibat serangan jantung. Tambahan lagi, peratusan penyakit yang banyak menyerang manusia sehingga maut adalah penyakit serangan jantung.
Apa yang merisaukan lagi apabila seseorang terkena serangan jantung di suatu situasi di mana mereka bersendirian–di dalam kereta misalnya. Jadi apa yang kita patut lakukan?
Simptom serangan jantung berbeza mengikut setiap individu
Setiap individu yang mempunyai risiko sakit jantung membawa simptom yang berlainan. Begitu juga situasi yang mereka hadapi–ada yang terkena serangan jantung sewaktu dalam kereta, ketika makan, malah ada juga ketika tidur.
Semakin tahun meningkat, kita banyak lihat peratusan kadar serangan jantung yang menyebabkan kematian meningkat. Jadi ianya sangat bahaya dan orang ramai perlu peka dengan keadaan ini.
Serangan jantung ada jenisnya–di sini kami ingin terangkan serangan jantung dan sakit dada pada sebelah kiri yang menyebabkan aliran darah ke jantung tersumbat. Maka, keadaan ini akan menyebabkan pengumpulan lemak, kolesterol, dan juga bahan lain yang boleh membentuk plak pada dinding arteri jantung.
Plak yang tersumbat juga boleh pecah dan membentuk darah beku, ianya boleh tersekat pada saluran arteri kecil menyebabkan lagi otot jantung kekurangan darah dan mati dalam proses tersebut. Pelbagai simptom sakit dada pada sebelah kiri yang boleh di alami oleh mereka yang menghidap sakit jantung, antaranya:
- Sakit dada pada sebelah kiri
- Sakit lengan kiri yang menjalar ke leher, dagu, atau belakang badan
- Loya
- Pedih ulu hati atau sakit abdomen
- Sesak nafas
- Berpeluh sejuk
- Kelesuan
- Pening kepala
Artikel berkaitan: Biji Labu Bantu Melawan Kanser & Sakit Jantung! Ketahui 5 Cara Untuk Menambahnya Dalam Diet Anda
Apa nak buat kalau sakit jantung sewaktu memandu?
Sudah semestinya serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ia pula sangat ‘mengejut’ dan selalunya mereka yang menghadapi serangan jantung ini akan berseorangan dan mereka akan jadi kaku seketika waktu kerana perit menahan sakit.
Apa yang anda perlu buat jika berlaku dalam situasi di mana pemandu atau salah seorang penumpang di dalam kereta terkena serangan jantung? Ini adalah cara-cara yang di syorkan oleh Hellodoktor:
- Jika anda memandu dan mengalami serangan jantung, lepaskan pedal minyak secara perlahan-lahan, bertenang dan menghala ke bahu jalan untuk berehat secepat mungkin.
- Jika anda bersama penumpang lain di dalam kereta–suruh mereka dapatkan bantuan sejurus anda berhenti di bahu jalan.
- Sila bawa bertenang walau apa pun terjadi.
- Pastikan anda bawa mangsa yang terkena serangan jantung ke hospital secepat mungkin!
- Hubungi khidmat kecemasan jika anda terlalu jauh dari hospital.
- Berikan pesakit ubat jika mereka mempunyai ubat bersama mereka (nitroglycerin atau aspirin).
Jika anda baru sahaja pulih selepas terkena serangan jantung, pandu dengan perlahan untuk dapatkan bantuan terus kerana khuatir anda bakal di serang jantung lagi. Pastikan keadaan anda selamat dan hubungi khidmat kecemasan secepat mungkin sejurus anda sedar atau dapatkan bantuan secara terus.
Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva
Artikel berkaitan: Khasiat Bawang Mentah Berbanding Bawang Yang Dimasak, Boleh Cegah Sakit Jantung & Strok
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gadis Ini Kongsi Caranya Nak Beli Tudung Mahal Atau Renew Road Tax Hanya Dengan Main ‘Kutu’ Di Bank. Gerenti Selamat & Terjamin!
Siapa yang tak rambang mata apabila melihat pelbagai koleksi tudung yang pelbagai corak dan gaya. Hijabi yang stailo dan pandai bergaya mesti ada menjadikan tudung terkini sebagai koleksi mengikut kehendak pasaran. Pasti ada yang telan hanya air liur melihat harga edisi terhad dan edisi istimewa shawl dari dUCkscarves, Sugarscarf ataupun jenama lain.
Usah risau kerana admin nak kongsi bagaimana untuk anda mendapatkan tudung eksklusif ini. Bukan itu sahaja, malah cara ini juga boleh dijadikan bajet untuk pergi menunaikan umrah mahupun haji.
Selalunya apabila menerima gaji, masyarakat kita amat sukar menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. Niat mahu menyimpan itu ada, tetapi sering tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur. Kadang-kadang apabila sudah berjaya menyimpan, terpaksa mengeluarkannya untuk dibelanjakan.
Jadi, bagaimana caranya nak menyimpan wang dengan lebih berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara online. Menarik bukan? Ibarat bermain ‘kutu’ dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat.
Ikuti perkongsian gadis ini yang memberi tunjuk ajar bagaimana caranya untuk bermain ‘kutu’ di bank secara selamat.
FLEXI SAVER PLAN
Salah satu cara saya menyimpan ialah dengan Flexi Saver Plan. Contohnya, ligat nak bayar lumpsum untuk bayar road tax kereta, kenapa tak cuba cara ini?
Sebagai contoh, saya simpan RM100 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Mei 2017 akan datang. Saya sudah mula menyimpan dengan Flexi Saver ini sejak bulan Mei 2016.
Jadi setiap bulan, RM100 akan ditolak dari akaun bank saya pada 2 hari bulan. InshaAllah pada 2 Mei 2017 nanti, RM1200 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu saya boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah.
Berikut adalah caranya (boleh juga rujuk gambar di bawah artikel ini)
Login akaun Maybank anda seperti biasa
Klik pada Accounts & Banking
Klik Personal Saver Account
Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan
Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing
Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada
Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan
LIHAT CONTOH DI BAWAH
Disember 2015 : RM150/bulan (12 bulan)
Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2015, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2016, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800
Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.
Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.
Dengan cara ini bukan sahaja bermacam-macam koleksi khas tudung ada dalam almari, tetapi juga barangan lain. Bukan itu sahaja, cara ini juga boleh digunakan untuk membeli barangan atau keperluan lain yang memerlukan belanja tinggi. Cuba dulu baru tahu!
Nota Kaki:
Jika ada yang belum mempunyai akaun Maybank, cakap nak buka akaun Personal Saver. Initial RM10. Baki minimun RM1. Then baru boleh guna Flexi Saver Plan. Kalau dah ada (yang “Kawanku” atau tengok kat M2U takde function ni), pergi ke Maybank untuk convert je yang ada sekarang ke Personal Saver.Baca lagi kat sini : http://www.maybank2u.com.my/WebBank/m1acc_PerSaver300312.pdf
Kredit :
– SisiAzie Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI