Sebelum kahwin pasangan ini memang sudah viral gara-gara sambutan hari jadi si isteri yang disambut mewah dengan menyewa sebuah limousin. Dan baru-baru ini sekali lagi baik Hafiz ataupun Syafiqah Aina menjadi bualan netizen gara-gara ada yang cuba mengusik isteri tersayang ketika membeli barangan dapur. Namun Hafiz kembali dikecam kerana mempersoalkan penampilan isterinya sebelum berkahwin.  Bagi  Nursyafiqah Aina Abdul Wahab, 23, yang dikenali sebagai blogger, influencer dan instafamous mengakui dirinya dulu memang tidak secantik sekarang. Dulu dia seorang gadis yang gemuk dan muka berjerawat.

Menururnya dalam Mstar Online penampilannya jauh berbeza dengan sekarang. Berbanding suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang romantik. Jadi dia tidak kisah suaminya memuat turun fotonya yang agak hodoh suatu ketika dulu. Bukan sengaja ditunjuk kerana ada mesej yang tersirat dan tidak semestinya perlu posting gambarnya yang sudah cantik seperti sekarang.

Aina juga mengakui pada tahun 2013, berat badannya dulu adalah 63 kilogram  berbanding Hafiz yang hanya memiliki berat 42 kilogram. Justeru sebagai seorang yang kasih pada temannya itu, Hafiz memberikan tunjuk ajar untuk diet termasuk penjagaan kesihatan dan kecantikan.

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on

Ketika temu bual bersama majalah HIJABISTA, dia berjaya menurunkan berat dan mendapat bentuk badan ideal hanya dengan menjaga diet tanpa mengambil sebarang suplemen. Dia juga mendapat tip pemakanan daripada Hafiz kerana menurutnya suaminya itu aktif di gim dan begitu menjaga pemakanannya.

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

IKLAN

Dia juga memberitahu dirinya tekad untuk kurus bukan kerana dia mengharapkan tubuhnya menjadi cantik, tetapi Aina sebenarnya tidak selesa melihat dirinya yang berisi dan tidak yakin untuk memakai pakaian  dengan saiz badan seperti itu.

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

Mereka yang sudah mula saling mengenali sejak lima tahun lalu dan sejak itu kasih antara keduanya tidak pernah berubah hinggalah mereka mendirikan rumah tangga hujung tahun lalu. Pasangan ini kelihatan cukup romantik dan Hafiz memang betul-betul mencintai wanita ini walaupun ketika mula bertemu dirinya tidak berpenampilan menarik.

A post shared by HafizMahamad (@hafizmahamad) on

IKLAN

Sementara itu menurut Hafiz pula memberitahu bahawa gambar yang dimuat turun di laman sosial ini bukan untuk memperlekekan isterinya, sebaliknya hanyalah untuk memberi motivasi kepada pasangan lain.

Artikel Berkaitan: Pasangan Viral Syafiqah Aina & Hafiz Sah Jadi Suami Isteri

Selain itu dia juga mahu memberi inspirasi kepada kaum wanita supaya tidak rasa merendah diri dan yakin pada diri sendiri dan berubah kepada perkara lebih baik. Begitu juga lelaki yang perlu menerima pasangan mereka seadanya walaupun mereka tidak begitu sempurna.

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

IKLAN

Apatah lagi pengikut mereka berdua sentiasa bertambah ramai dan setiap apa yang dilakukan mereka (perkara baik) akan menjadi  inspirasi dan motivasi kepada pengikut mereka.

Hafiz juga dalam posting lain di laman IGnya berkata dia maafkan kepada mereka yang menghina dan mengutuk isterinya itu. Baginya ia adalah suatu yang normal dan dia lebih senang berdiam diri supaya keadaan tidak menjadi lebih keruh.

Saya maafkan kepada yg menghina, mengutuk. Benda ni normal, dari dulu lagi saya kena. Apa yg saya buat, hanya diam. Nasihat yang baik saya ambil, yang menghina saya maafkan

Allah selalu membantu, serta doa ibu bapa & isteri lah saya boleh kekal sampai sekarang. Saya percaya, selagi saya mampu buat mereka senyum, bahagia. Disitulah kejayaan saya. Walaupun disepak terajang, dihina, dimaki. Selagi apa yg saya usahakan boleh buat mereka bahagia, saya takkan berhenti.

A post shared by Syafiqah Aina (@syafiqahaina) on

KREDIT FOTO: INSTAGRAM HAFIZ & SYAFIQAH AINA