Kejelitaan orang Korea memang sering diperkatakan tambah-tambah lagi sewaktu popularnya rantaian siri K-drama. Ramai wanita yang mendambakan kulit halus berseri seperti pelakon dalam drama tersebut dan sanggup membeli apa sahaja produk kecantikan yang digunakan oleh mereka.

Walaupun ramai yang mengatakan pelakon di sana cantik kerana melakukan pembedahan, namun tidak semuanya begitu. Ada di antara mereka yang memang memiliki kecantikan semula jadi contohnya seperti aktres terkenal, Song Hye Kyo.

Menurut Fairuz.J, pelakon Full House itu sering diangkat menjadi ikon kecantikan di sana kerana wajahnya yang memang jelita sejak dari kecil lagi.

Song Hye Kyo yang kini berusia 39 tahun pernah hit dengan drama Descendants of the Sun. Dia juga telah berkahwin dengan heronya dalam drama itu iaitu Song Joong-ki pada tahun 2017 namun berpisah secara baik pada tahun 2019.

IKLAN

Hebatnya pengaruh Song Hye Kyo apabila dia mampu melariskan sesebuah jenama itu dengan berlipat ganda keuntungan!

Bukan hanya cakap kosong, pengalaman Fairuz apabila berborak bersama teman Korea banyak menunjukkan bahawa rata-rata masyarakat di sana memang mengagumi aktres tersebut hingga menjadi obses dengannya.

IKLAN

Tempat di mana Song Hye Kyo menjalani penggambaran terus menjadi tumpuan ramai selepas ia menjadi latar babak dalam drama That Winter The Wind Blows.

Bukan hanya sekadar pendapat peribadi, Fairuz menjelaskan kecantikan Song Hye Kyo terus menjadi tumpuan ramai biarpun ramai pelakon baharu yang sedang naik di sana.

IKLAN

Tidak mengapa jika anda tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakannya kerana setiap orang itu ada pandangannya yang tersendiri.

Biarpun cantik itu sesuatu yang subjektif, namun pastinya kecantikan yang dimiliki pelakon drama Autumn in my Heart ini tidak dapat disangkal lagi.

kredit: twitter @callmefye