Mandi Malam Paru-Paru Berair?- Dr. Amalina Jawab Mitos-Mitos Karut Mengenai Kesihatan

Share

Kita mesti biasa dengar mengenai mitos-mitos mengenai kesihatan yang sering kita anggap benar. Sebab semua orang percaya akan mitos itu, maka kita pun tanpa usul periksa ikut sahajalah apa yang disampaikan itu. Entah betul entah tidak.

Menjawab segala mitos kesihatan mengarut melalui instastory, doktor tersohor, Dr. Amalina Bakri memberikan penerangan yang ringkas namun jelas kepada semua agar tidak terpengaruh lagi dengan perkara-perkara yang tidak benar.

Mandi malam tidak akan membuat paru-paru berair.

Mana ada kicap buat luka jadi hitam!

Hmmm… dah kenapa nak tanam dengan pensil pulak?

Minum soya tak jadi bayi putih punlah!

Makan jamu/ jus buat Miss V jadi ketat? Jangan percaya dengan testimoni mengarut!

Ni ilmu dari mana pulak ni?

Minum air mestilah kena cukup. Tak boleh kurang nanti dehidrasi pula. Tambahan pula, air sangat penting bagi melancarkan sistem pencernaan tubuh.

Air sejuk tak akan berikan kesan buruk pada darah dalam tubuh punlah!

Baru tahu… rupanya angin tak boleh masuk melalui kulit kita.

Basuh baju tiada kaitan okay dengan sakit perut!

Jaga kebersihan sis! Jangan tak cuci rambut pulak waktu tengah datang bulan. Karut semua itu.

Moga lepas baca penerangan daripada Dr.Amalina ini, kita tidak akan terpengaruh lagi dengan benda-benda karut yang akhirnya memberi kesan buruk pada diri sendiri. Ingat ya girls, kaji dulu sesuatu sebelum melakukan sesuatu!

kredit: instagram @dramalinabakri

IKLAN