Dikurniakan badan yang besar akan membuatkan pergerakan kita cukup terbatas. Terutamanya soal solat dan juga pemilihan baju bersesuaian.
Inilah dilema yang sering dialami oleh Farhiyah Fazdly yang sebelum ini mempunyai berat badan mencecah 153KG. Menurutnya, kesulitan untuk bersolat kerana perlu duduk menyebabkan dia tekad untuk berubah. Bukan itu sahaja, sebelum itu dia juga turut merasa rendah diri tatkala dia seorang perempuan yang berada di tempat awam. Seperti terngiang di telinga ejekan ‘gemuk’ pada dirinya.
Justeru dia lebih senang duduk sahaja di rumah dan menghadkan aktiviti bersama teman-teman lain. Oleh kerana kasihankan ibu dan tak mahu hatinya terguris, Farhiyah nekad mendaftarkan diri untuk Program Jom Kurus 1 Malaysia pada tahun 2015.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Walaupun semangatnya hampir jatuh sepanjang program itu, tetapi Farhiyah tetap meneruskan aktiviti yang disarankan dan akhirnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 80KG dalam masa setahun setengah.
Jom ikuti perkongsiannya melalu laman facebook miliknya dan Kevin Zahri.
“Semakin naik badan si farah tu, Kamu tak nasihatkan ke Ani?” Ibu hanya mampu tersenyum bila orang sekeliling mempersoalkan dirinya dan seolah-olah tak pandai menjaga saya dan tak prihatin kepada keadaan fizikal saya.
Saya tahu jauh di sudut hati ibu, luluh hatinya apabila dia dituduh sebegitu.
Saya pula hanya tertunduk dan hati berasa pedih kerana saya tahu ibu saya tak pernah berhenti nasihatkan saya. Tetapi saya buat tak tahu sahaja. Kasihan ibu.
Maafkan saya ibu, kerana degil tak mau berubah dan ibu disalahkan. Satu hari saya nekad, saya tak mahu lagi ibu disalahkan. Saya nekad untuk berubah.
Keperitan Apabila Seberat 153KG
Diam tak diam, berat saya mencecah 153.3kg. Tinggi tak sampai 150cm, fizikal saya sangat membataskan aktiviti-aktiviti harian saya sama ada di rumah, pejabat dan di tempat awam.
Apabila pergi ke pusat membeli belah, saya tak boleh berjalan jauh disebabkan berat badan yang amat sangat terutamanya pada kaki. Sekiranya jalan lebih daripada biasa, saya akan mengah dan semput.
Jadi, saya terpaksa mencari tempat letak kenderaan yang paling hampir dengan pintu masuk dan sanggup menunggu dan berpusing banyak kali bagi mendapatkan lokasi yang dekat. Selain itu, kaki saya juga mengalami bengkak di sebabkan ‘water retention’ yang mana saya rasa tak selesa sepanjang hari walaupun dalam keadaan duduk.
Umur Baru 20-AN, Tetapi Sudah Solat Duduk
Perkara yang saya paling ralat ketika masalah berat badan ini adalah saya tak dapat solat seperti orang biasa.
Pada umur 20-an saya terpaksa sembahyang di atas kerusi kerana saya tak dapat menampung berat badan saya ketika tunduk dan duduk di bawah. Cuba juga untuk duduk, tetapi payah dan perit hanya tuhan yang tahu.
Merasa Rendah Diri
Saya juga turut mengalami masalah ‘inferiority complex’. Lebih-lebih lagi saya seorang perempuan yang mana saya merasa sangat rendah diri untuk berada di khalayak ramai terutama ketika berada di tempat awam.
IKLAN
Ini kerana saya merasa semua orang memerhati, mengata dan mentertawa saya. Terngiang di kepala seperti ada orang mengata “eee.. gemuknya…!”
Atas sebab itu saya lebih selesa berada di rumah atau bersama teman rapat sahaja.
Namun, jauh di sudut hati saya, saya merasa kasihan kepada teman-teman rapat saya yang terpaksa membataskan had mereka dalam melakukan aktiviti hanya kerana mahu saya selasa dan menjaga hati saya.
Tak Mahu Hati Ibu Terguris
Saya nekad, saya kuatkan hati dan tak mau hati ibu terguris lagi. Dengan bantuan kakak dan rakan beliau, saya daftarkan diri menyertai program Jom Kurus 1 Malaysia musim ke Empat.
Misi kurus badan saya bermula pada Januari 2015 di mana saya telah menyertai kawasan Ampang di bawah Team Leader Agam. Pada mulanya, saya tak meletakkan harapan yang tinggi untuk kurus. Cuma lebih kepada mau dapatkan ilmu-ilmu baru dalam fitness dan cara diet yang betul.
Dengan semangat daripada rakan-rakan dan juga keluarga, pada minggu pertama, saya telah berjaya hilangkan berat badan sebanyak 6.6kg!
16KG Untuk 6 Minggu
Semangat saya terus meningkat. Siapa sangka saya dapat turunkan 6.6kg untuk minggu pertama. Namun coach ada ingatkan, jumlah yang banyak ini adalah air kerana saya gemuk air. Betul apa yang diingatkan oleh coach, minggu kedua dan ketiga berat saya tak turun. Namun saya tetap fokus dan cuba cari jalan dan mula disiplin menjaga makan. Alhamdulillah untuk usaha yang berterusan sepanjang JK1M #4, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 16 kg dalam tempoh 6 minggu.
Ibu Mula Tersenyum
Disebabkan hilangnya KG sebanyak itu, saya mula tanamkan azam untuk teruskan misi saya walaupun ianya mengambil jangka masa yang lama. Bagi saya yang penting adalah istiqomah dan ‘enjoy’ dengan setiap aktiviti yang saya lakukan.
IKLAN
Saya mula nampak pelbagai perubahan kecil yang berlaku pada diri saya walaupun orang luar tak perasan perubahan itu. Contohnya sebelum ini saya tak dapat buat senaman seperti org lain, tetapi setelah beberapa lama mengikuti latihan yang disediakan saya mampu ikut aktiviti-aktiviti tersebut seperti orang biasa.
Paling penting, Ibu saya mula tersenyum melihat saya semakin hari semakin kecil.
Hilang 80KG, Perjalanan Yang Bukan Mudah
Selepas tamat program JK1M musim ke empat, saya mencari program lain sementara menunggu JK1M yang seterusnya. Selama setahun saya berlatih di bawah coach Zack Zakwan dan coach Bo termasuk JK1M musim ke lima dan ke enam.
Banyak ilmu yang telah diajar dan bersama mereka juga saya telah berjaya kurangkan berat badan yang banyak. Sepanjang perjalanan ini memang ada cabaran yang saya rasa mau untuk give-up antaranya ketika berat badan saya turun semakin lambat.
Sebelum ini, dalam tempoh sebulan, saya boleh turun lebih daripada 6 kg. Sekarang paling banyak pun adalah sekitar 3kg sahaja.
Semangat Kadang Kala Jatuh
Apabila keadaan ini terjadi, semangat saya jatuh. Namun atas sokongan daripada sahabat-sahabat dan keluarga, Semangat saya bangkit semula.
Alhamdulillah sehingga Julai 2016 saya berjaya menurunkan berat badan saya sebanyak 80kg. Perjalanan yang bukan mudah tapi saya tahu ia amat berbaloi.
Syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang memberi rezeki ini dan sokongan padu dari ahli keluarga serta sahabat-sahabat yang tak pernah berputus asa. Perjuangan perlu diteruskan kerana sasaran saya adalah mau mencapai capai berat ideal. Insyallah
TIP UTAMA MENGURANGKAN BERAT BADAN
Perkara paling penting dalam kurangkan berat badan ada 10 perkara:
IKLAN
1. Tetapkan sasaran jangka masa pendek dan jangka masa panjang
2. Istiqamah dengan apa yang kita lakukan. Biar lambat asalkan kita capai
3. Melakukan setiap senaman dengan rasa seronok tanpa rasa beban – Enjoy & Fun
4. Bergaul & berkawan di dalam kelompok yang mempunyai tujuan & minat yang sama – mudah untuk bertukar-tukar pendapat dan ilmu & melakukan aktiviti bersama
5. Tidur yang cukup
6. Pengambilan air yg secukupnya
7. Melakukan aktiviti-aktiviti sekurang-kurangnya 3 atau 4 kali seminggu – kalau boleh elakkan dari rehat lebih dari 2 hari berturut-turut
8. Mengambil ukuran badan setiap 2 kali seminggu
9. Perlu ada hari berehat dalam setiap minggu
10. Perlu ada usaha yang berterusan dalam mencari ilmu fitness & diet – perlu rajin membuat bacaan berkaitan fitness & die dan merujuk kepada mereka yang pakar
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bersenam merupakan perkara yang bagus untuk badan manusia. Tetapi, adakah anda tahu bahawa terlampau bersenam juga akan memberi kesan pada diri anda. Seeloknya, dinasihatkan supaya anda tidak melampau dalam melakukan senaman. Takut risiko yang buruk akan terjadi!
Setiap manusia yang melakukan senaman mempunyai matlamat kehidupan mereka sendiri. Ada yang ingin menurunkan berat badan, ada yang ingin kekal bertenaga, ada juga yang ingin meningkatkan metabolisma diri dan lain-lain. Walaupun bersenam mempunyai banyak kebaikan, akan tetapi jika anda terlebih bersenam juga akan menyebabkan bahaya pada diri.
Jadi, bagaimana cara untuk mengetahui diri anda jika terlebih bersenam? Ini adalah 5 tanda anda melakukan senaman berlebihan:
1. Prestasi Menurun
Anda akan merasakan prestasi bersenam berkurang. Walaupun, ada peningkatan intensiti latihan atau kelantangan tetapi anda akan sedar akan daya tahan dan kekuatan semasa reaksi lebih perlahan. Ini juga akan menyebabkan kelajuan anda melakukan senaman juga menurun dan cepat terasa letih.
Anda akan mula merasakan keletihan melampau dan rasa malas pada masa-masa tertentu. Keletihan yang anda alami untuk senaman sebelum ini tiada peluang untuk pulih sepenuhnya kerana anda terlalu lebih bersenam. Jadi tenaga akan berkurang. Ini akan menyebabkan anda akan rasa sangat penat lalu membuatkan sedikit bahan bakar terjadi.
3. Kekacauan dan kemurungan
Latihan berlebihan akan mempengaruhi hormon tekanan anda, termasuklah kortisol dan epinefrin. Jadi, ketidakseimbagan hormon akan menyebabkan seseorang itu mengalami perubahan mood, kerengsaan yang luar biasa dan suka untuk menumpukan perhatian sepenuhnya.
4. Hilang selera makan
Hormon yang tidak seimbang akan menjejaskan mekanisme kelaparan dan ketenangan seseorang itu. Jadi, latihan yang banyak perlu merangsang lebih banyak selera makan. Tetapi, jika keletihan fisiologi OTS berlaku akan menyebabkan penindasan selera makan seseorang itu.
5. Bengkak atau kecederaan kronik
Apabila bersenam terlalu banyak akan menyebabkan sakit yang berterusan di bahagian otot dan sendi anda. Jadi, sakit yang tidak reda dalam masa dua minggu atau lebih akan menyebabkan kecederaan yang ketara. Apabila ia mengatasi semua sistem tubuh badan, ia akan lebih sukar untuk menangkis jangkitan. Jadi, sakit yang kerap dan jangkitan saluran pernafasan merupakan tanda-tandanya juga.
Akhir kata, jika anda ingin bersenam pastikan untuk tidak melampaui batas. Pantau dan hadkan limit bersenam anda agar anda tidak jatuh sakit disebabkan bersenam sahaja. Sekiranya anda mempunyai kecederaan atau keadaan diri anda menjadi semakin serius, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah viral dek kerana busana hari tunangnya koyak disebabkabkan saiz badannya yang terlalu besar, wanita ini memiliki sebuah bingkisan cerita yang bisa dijadikan sebuah inspirasi kepada pembaca Hijabista yang ingin menurunkan berat badan.
Coach Aminah atau lebih mesra dipanggil sebagai Coach Ami, pernah memiliki berat badan seberat 127 kg. Namun, semangatnya tidak pernah luntur untuk melakukan perubahan dan hari ini, dia tersenyum lebar apabila saiz tubuhnya menjadi 60 kg. Proses menurunkan berat badannya yang hanya selama 7 bulan bukti dirinya tidak mudah melatah.
Bertanyakan mengenai pengalamannya dahulu saat bersaiz besar, dia menyatakan bahawa dia tidak pernah menerima sebarang kecaman ataupun kata-kata negatif dari orang sekelilingnya. Namun, perubahan itu muncul dari dirinya sendiri yang mendorongnya untuk mendapat berat badan hari ini.
“Jujurnya, semuanya bermula saat kain busana nikah saya koyak. Ketika itu perasaan saya bercampur-baur. Walaupun ketika itu saya tidak mendapat apa-apa kecaman dari orang ramai, namun saya berasa malu dan tidak yakin dengan diri sendiri,” ulasnya.
“SEMUA BUTIK TIADA SAIZ..”
Kongsinya lagi, antara momen yang paling memalukan apabila dia sukar untuk mendapatkan busana perkahwinannya kerana saiz badannya yang besar.
“Setiap kali masuk ke butik pengantin, pasti saya menjadi stres kerana mereka tidak mempunyai busana yang mengikut saiz saya. Perasaan negatif ini kadang-kala saya tidak tunjuk di khalayak ramai. Ia akan hadir apabila saya berseorangan dan membuatkan saya berfikir secara negatif,” tegasnya lagi.
Bermula dari momen itulah Coach Ami menyimpan hasrat untuk menurunkan berat badan dan berusaha untuk mendapatkan saiz yang ideal biarpun prosesnya bukanlah mudah dan singkat.
“Percayalah, bersaiz besar itu bukan normal. Jika kita membiarkannya, ia akan memberi kesan pada hari tua kelak. Sakit lutut, sukar untuk bergerak dan menghidapi penyakit-penyakit lain, antara kesan buruk yang bakal menganggu hari tua nanti,” ujarnya.
Menurut Coach Ami lagi, orang sekeliling bukanlah penentu untuk diri kita berubah. Apa yang penting, diri sendiri yang serius ingin melakukan perubahan.
Sedikit info mengenai Coach Ami, namanya sudah tidak asing lagi dalam dunia kesihatan dan kecergasan. Sehingga hari ini, ramai wanita terutamanya yang mengalami masalah berat badan menjadikan Coach Ami sebagai rujukan dan belajar darinya. Ia secara tidak langsung menjadikan Coach Ami antara instruktor kecergasan yang semakin dikenali dan dipercayai ramai.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Berikutan debut yang berjaya tahun lepas, Under Armour hari ini mengumumkan bahawa UA COMBINE, salah satu pertandingan kecergasan terbesar di rantau ini akan kembali untuk tahun kedua sebagai jenama prestasi meneruskan komitmennya dalam mewujudkan prestasi atlet terbaik penanda aras.
UA COMBINE yang julung kali diadakan tahun lepas menyaksikan 1,200 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut diadakan di empat negara di rantau ini iaitu Singapura, Malaysia, Thailand dan Australia.
Diinspirasikan oleh “Lindungi Rumah Ini” Under Armour, UA COMBINE tahun ini juga akan meningkatkan para peserta untuk memulakan dan mengatasi ujian berbeza yang menonjolkan kerja berpasukan, sebagai sebahagian daripada perjalanan mereka untuk mencapai cabaran yang berbeza ditetapkan untuk mereka selesaikan.
Semakin meriah
Edisi tahun ini juga akan menyaksikan atlet daripada pelbagai sukan dan disiplin latihan di Depoh Sentul yang ikonik, meletakkan had mereka untuk menguji dan bersaing menentang orang lain di negara ini kerana mereka mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM51,000.
Di samping itu, Under Armour menurunkan umur kemasukan untuk memberi inspirasi kepada beberapa atlet muda, berumur 16 hingga 18 untuk bersaing dan memenangi tajaan produk Under Armour selama setahun bernilai RM4,500 untuk lelaki teratas dan remaja perempuan masing-masing.
Penyertaan yang menarik
UA COMBINE MY 2022 pemenang keseluruhan wanita – Yip Hui Teng, menerima anugerahnya. Dijadual berlaku pada 9 September 2023, pendaftaran untuk UA COMBINE 2023 akan dibuka kepada 350 pesaing bermula 8 Mei 2023, dengan semua atlet yang mengambil bahagian menerima set lengkap Under Armour peralatan pesaing pada hari acara.
UA COMBINE akan menyaksikan pesaing menguji had mereka dalam sejumlah lapan ujian fizikal dan mental direka oleh Ketua Prestasi Atlet Global Under Armour, Michael Watts, dengan setiap ujian mencabar ketangkasan, stamina, menegak, kuasa, daya tahan, kekuatan, kelajuan dan kognisi atlet.
Mata akan diperolehi untuk setiap ujian yang telah selesai dan atlet akan disenaraikan mengikut keputusan akhir mereka, dengan pingat dan hadiah wang tunai RM15,000, RM7,500 dan RM3,000 diberikan kepada tempat pertama, kedua dan ketiga atlet dalam kedua-dua bahagian lelaki dan wanita masing-masing.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja namanya, sudah pasti terbayangkan riak muka bibir mungil muncung dengan dengan dua jari diletakkan di bahagian pipi. Malah penampilan Vida yang sentiasa berani menggayakan busana-busana berat sentiasa membuatkannya Outstanding