Pasti ramai yang tidak menyangkan usia sebenar Nurul Alifah Hamidin atau lebih senang dipanggil Nurul ini. Kelihatan seperti berusia awal 20 an, dia sebenarnya sudah menginjak usia 36 tahun tetapi pandai menjaga kecantikan sehingga dilihat muda daripada usia sebenar.

Telah dididik oleh ibu sejak daripada kecil lagi untuk mementingkan aspek kecantikan, Nurul ternyata ada rahsia kecantikan tersendiri untuk dikongsikan.

IKLAN

“Saya pasti akan mencuci wajah sebelum tidur walaupun tidak mengenakan sebarang solekan. Apabila bangun sahaja dari tidur, saya akan minum air suam sebelum memberus gigi.

“Saya juga akan memastikan saya minum air kosong yang banyak setiap hari. Saya juga gemarkan makanan hijau seperti ulam yang semestinya sangat enak apabila dimakan bersama budu ataupun tempoyak,” katanya yang merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini.

IKLAN

IKLAN

Tambahnya lagi, dia juga rajin mengamalkan pengambilan jamu asli bagi kesihatan dan kecantikan tubuh badan.

“Sejak dari zaman sekolah menengah lagi, saya rajin membuat sendiri jamu yang dikisar contohnya campuran kunyit dan halia. Minuman ini saya akan amalkan apabila waktu haid saya sudah hampir manakala bagi jamu harian, saya akan membuat minuman daun pegaga. Walaupun agak pahit, namun saya harus telan jua!”

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI