Lepas Je Raya Pertama, Lisa Surihani Ambil Berkat Syawal Jadi Tetamu Allah Bersama Suami & Keluarga

Share

Kalau orang lain merayakan Syawal dengan melawat sanak-saudara serta rakan taulan di kampung halaman, tetapi pelakon popular Lisa Surihani mempunyai cara berbeza menyambutnya tahun ini. Mengambil keberkatan bulan Syawal, usai menyambut Syawal pertama, dia dan keluarga terus terbang ke Madinan dan Tanah Suci Mekah untuk menjadi tetamu Allah di sana. 

Sebelum itu, Lisa ada muat di laman Instagramnya mengucapkan selamat hari raya kepada semua followernya dan dia juga memberitahu mengenai pemergiannya untuk menyambut Aidilfitri di sana di samping menjalani ibadah.

Dia juga menzahirkan rasa terujanya untuk meraikan Aidilfitri dengan menziarahi makam Rasulullah SAW dan masjid-masjid di Madinah sebelum kemudiannya mengerjakan umrah di Mekah.

Pelakon cantik manis ini turut berdoa segala urusannya mengerjakan ibadah ini dipermudahkan memandangkan ia kali pertama menjadi tetamuNya bersama suami serta anaka-anak.

Assalamualaikum wbt, kami sekeluarga ingin mengucapkan Salam Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.Buat pertama kali, kami meraikan Aidilfitri dgn menziarahi makam Rasulullah saw dan masjid2 di Madinah dan kemudian menziarah dan menjalankan umrah di Makkah in shaa Allah Amin.

Semoga dipermudahkan perjalanan , urusan, dan dalam mengerjakan ibadah. Moga kami semua diberikan kesihatan untuk melaksanakan ibadah. Moga kami semua dikurniakan umrah yang mabrur. Dengan rendah diri, saya sangat bersyukur, kali pertama saya ke sini adalah bersama suami, ibu dan juga anak-anak. Tiada kata-kata yang cukup utk menggambarkan perasaan ini. Saya doakan moga anda semua dijemput ke sini oleh-Nya. Amin.

Bagaikan dapat meneka perasaan dialami oleh Lisa sekarang ini ketika berada di tanah suci. Walaupun kali pertama, dia tidak kekok menjalani ibadah bersama suami, anak-anak serta keluarganya.

Malah melihat penampilannya yang manis berhijab tanpa sebarang solekan juga mendapat pujian netizen. Masing-masing suka meihat penampilannya yang begitu.

star.aqua.1 Cntik lisa bertudung…semoga semuanya di permudahkan amin….

syazana_sya09 Nur Di wajahmu

huda_buyong So beautiful

cikma16 tanpa makeup pun cantik

Hijabista doakan semoga urusan Lisa dan keluarga di sana akan dipermudahkan, menjelang saat melakukan umrah nanti di Kota Suci Mekah. Insya-Allah.

KREDITFOTO: INSTAGRAM LISA SURIHANI

IKLAN