Bila kita berniat untuk berkahwin, maka kita harus bersedia bahawa kehidupan kita akan berubah secara totalnya. Maka, banyaklah persiapan yang kita harus lakukan untuk menjadi insan yang terbaik buat pasangan kita. Untuk mereka yang bakal bergelar suami, ini adalah beberapa aspek penting yang perlu dilaksanakan sebelum menjaga anak orang.

1. Solat

Kalau sekarang ini tak solat atau solat ikut kerajinan, maka mulai hari ini, jangan pernah tiggal solat dan sentiasalah solat diawal waktu…tapi kalau kita masih sama, masih bawa perangai solat ikut rajin atau tak solat langsung dalam rumahtangga yang akan didirikan, maka rumahtangga tu takkan dapat bertahan lama…sebab imamnya boleh meninggalkan Allah, apatah lagi manusia…

2. Kerja

Bila nak kawin, pastikan anda dah ada kerja yang stabil, yang mana anda selesa di situ dan bakal berkhidmat di situ untuk satu tempoh yang tertentu…nak bela anak orang, nak jaga anak orang, kerja tak boleh ikut suka, tak boleh kerja sekejap, berhenti, pastu menganggur sehingga dapat kerja yang sesuai, yang ikut citarasa anda sendiri…tak boleh macam tu sebab kita ada anak bini untuk ditanggung dan disara dengan hasil gaji yang kita dapat setiap bulan…jadi, pastikan anda mempunyai kerja yang stabil dan pendapatan bulanan yang tetap dahulu…

IKLAN

3. Perangai bujang

Perangai bujang ni banyak kalau nak disenaraikan…merempit, melepak, keluar rumah ikut suka, balik umah ikut suka dan sebagainya…maka kita perlu ubah semua ini, perlu ubah gaya hidup kita tu dengan bawa motor berhati-hati, kurangkan keluar melepak, keluar rumah pada masa-masa yang sesuai dan balik umah sebelum tengah malam…didik diri untuk selesa dengan amalan macam tu supaya bila kita dah berkahwin, kita tak cenderung utk buat perangai-perangai masa kita bujang dulu…

4. Belajar mengemas

Jangan terus letak dalam minda yang keje rumah adalah kerja isteri sahaja…kita sebagai lelaki juga perlu tahu untuk buat kerja-kerja rumah…perlu tahu cara menyapu sampah, mop lantai, kemas rumah, sidai baju, lipat baju dan sebagainya supaya bila kita dah berkahwin, kita masih boleh teruskan apa yg kita dah biasa buat, dah selalu buat tu…percayalah, ia akan mengurangkan bebanan isteri sebanyak 50% dan lelaki nampak macho jika tahu untuk buat kerja-kerja rumah…

5. Berhenti jadi buaya darat, jaga pergaulan

Sekarang, sebelum kahwin mungkin kita mempunyai ramai kawan perempuan…semua kita keep in touch, berhubung berjumpa dan keluar dengan mereka atas nama "kawan"…tapi bila dah berkahwin, kita dah tak boleh keluar dengan perempuan walaupun dia itu seorang KAWAN SAHAJA sebab kita dah beristeri, dan tiada keperluan untuk kita ada kawan perempuan yang kita masih rapat lagi…kawan perempuan selepas berkahwin hanyalah si isteri seorang sahaja…anda dah perlu menjarakkan diri atau kurangkan berhubung saat anda bakal menjadi suami kepada seseorang…

Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan…Perkahwinan bukan sekadar untuk memuaskan nafsu semata-mata tapi ia merupakan satu tanggungjawab dan satu amanah untuk kita pikul, galas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, suami, imam, pemimpin dan pembimbing kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok, untuk diluruskan dalam kita menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t…

Maka, ubah tabiat-tabiat yang dinyatakan jika kita ada niat untuk mendirikan rumahtangga…

kredit : Peguam Syarie Khidmat Masyarakat