Pelbagai usaha telah dilakukan untuk kuruskan badan tetapi masih tak menjadi? Tentu anda stress kan bila usaha yang dilakukan seakan sia-sia. Nanti dulu, jangan mudah berputus asa. Kurus dengan cara mudah, hanya makan tembikai dalam masa 7 hari. Wow, bukan?
Tembikai merupakan salah satu buah yang berkesan untuk menurunkan berat badan secara semula jadi. Malah, ia mampu memberi anda tenaga dan boleh menyahtoksik badan tanpa rasa lapar. Ia padat dengan nutrien, mempunyai kandungan air yang banyak serta rendah kalori.
Menariknya, pengambilan buah tembikai setiap hari boleh mengurangkan risiko obesiti, penyakit jantung dan diabetes.
Cara Diet Buah Tembikai
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu makan tembikai setiap hari semasa sarapan pagi dan makan malam. Untuk bulan Ramadan, anda boleh makan semasa waktu sahur. Diet ini amat berkesan untuk menghilangkan toksik berlebihan dalam badan, garam dan kotoran-kotoran lain.
IKLAN
Berapa Banyak Tembikai Kena Makan?
Sekiranya anda melakukan diet buah tembikai, anda perlu memastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan. Nisbah yang ideal adalah 1:10. sekiranya berat badan anda 60 kg, bermakna anda perlu makan 6 kg buah tembikai.
Jumlah yang ideal untuk sekali makan adalah 150 kkal. Tembikai mengandungi 97 peratus air, jadi ia dapat membantu menambah air di dalam badan. Menurut pakar pemakanan, diet tembikai buat orang ramai lebih tertarik kerana ia lebih realistik dengan matlamat yang dicapai.
IKLAN
Tetapi perlu anda tahu bahawa diet ini boleh dilakukan selama seminggu atau 5 hari sahaja kerana jika dilakukan secara berlebihan, ia akan memberikan kesan negatif pada kesihatan.
IKLAN
Selain itu, anda boleh jadikan ia sebagai salad yang telah dicampurkan bersama beberapa biji rami atau benih chia. Tembikai ini juga boleh anda jadikan sebagai jus.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tidak dinafikan ramai dalam kalangan kita kini menjadikan travel ke beberapa destinasi menarik seluruh negara ini sebagai hobi atau aktiviti terutamanya pada hujung tahun. Jika masih panjang umur, pasti akan kembali ke tanah air dengan selamat.
Namun jika sudah ditakdirkan meninggal dunia ketika travel di negara orang, siapalah kita untuk menghalang takdir Allah. Dalam hal ini bagaimana agaknya jasad kita mahu dibawa pulang jika meninggal di tempat orang lebih-lebih di negara yang bukan patuh syariah.
Menurut Pegawai Hal Ehwal Islam dan Editor Penerbitan al-Quran Karya Bestari, Ustaz Amiro Safwan Mohd Kamil menjelaskan jika seseorang itu travel ke luar negara terutama yang bukan patuh Syariah dan kemudiannya meninggal dunia dan ada di kalangan keluarga berhajat kepada jenazah ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Malaysia, prosesnya memang agak rumit.
Langkah pertama haruslah rujuk kedutaan Malaysia di negara yang mereka kunjungi. Ahli keluarga atau sesiapa juga boleh membawa masuk jenazah bukan warganegara Malaysia dengan syarat mendapat kelulusan dari pejabat kedutaan Malaysia di negara berkenaan.
“Jasad atau jenazah disedut keluar apa sahaja darah atau seumpamanya kerana dikuatiri jangkitan itu akan merebak yang boleh menyebabkan masalah keselamatan dan menyebabkan virus berlaku.
“Kebiasaaanya jasad itu akan dibekukan kemudian disimpan di tempat yang khas dengan suhu yang telah diaturkan. Dan untuk jasad ini dibawa pulang ke Malaysia akan melalui proses-proses tertentu,” ujar Ustaz Amiro Safwan.
Menurutnya yang meninggal dunia itu di di kalangan orang Malaysia dan pihak kedutaan akan bertanggung jawab menguruskan proses berkenaan.
“Pihak yang akan menguruskan jenazah adalah Kedutaan di negara berkenaan. Proses membawa balik ini akan mengambil masa paling kurang dua atau tiga minggu barulah jenazah boleh dibawa pulang,” tambahnya sebelum mengakhiri perbualan.
Panduan membawa balik dan keluar jenazah atau abu mayat boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setelah sukses dalam menjalin kerjasama dengan penyanyi sensasi, Aina Abdul pada tahun lalu, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) menyambung kolaborasi terbabit di tahun 2022.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan Trulooks kerana saya memang pengguna Truskin. Bukan sahaja produk ini berkualiti, malah pihak Trulooks juga sering memudahkan tugas saya sebagai wajah jenama ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Impian menjadi kenyataan
Aina merupakan pengguna rangkaian produk penjagaan wajah Truskin di bawah jenama Trulooks, teruja wajah Aina terpampang di papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia adalah salah satu impian menjadi kenyataan.
“Apa yang saya tak sangka, wajah saya terpampang di papan iklan. Tak pernah saya bayangkan, seorang gadis yang mempunyai masalah kulit muka di zaman remaja mendapat peluang untuk terpampang di billboard besar serata negara.
“Masalah kulit wajah saya semakin dapat diatasi dengan penggunaan produk ini dan apa yang penting, saya mendapat keyakinan diri untuk beraksi sebagai seorang penghibur di atas pentas,” katanya.
Wajah Aina sebagai testimoni yang tepat
Aina ditemui di majlis Grand Launching & CEOBOSS Entrepreneur Award 2022 anjuran Trulooks di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Ahad. Ketua Pegawai Eksklusif Trulooks, Julia Suhaila Lah mendedahkan ada kata-kata sumbang kedengaran ketika mereka menampilkan Aina sebagai wajah jenama mereka pada penghujung tahun lalu.
“Ketika mula menyunting Aina pada 2021, ada suara sumbang mempertikaikan kenapa kami memilihnya kerana Aina mempunyai masalah kulit wajah.
“Kami sendiri mahu menunjukkan perubahan kulit muka Aina ketika menggunakan Truskin kerana ia lebih meyakinkan pengguna. Kami percaya kami harus meraikan semua jenis kecantikan kerana itu merupakan antara visi yang ingin Trulooks capai,” katanya lagi wajah Aina adalah testimony yang tepat bagi memberi impak keberkesanan produk ini pada mereka yang mempunyai masalah yang sama.
Susuk tubuh makin langsing
Penampilan yang menjadi perhatian ramai, Aina Abdul tidak pernah memilih jalan pintas untuk tampil lebih langsing. Pernah berasa selesa dengan susuk tubuh dahulu namun untuk kekal dalam industri dan demi kerjaya Aina terpanggil untuk menjalani kehidupan sihat. Cukup dengan mengamalkan makanan sihat dan senaman yang konsisten yang dibantu oleh pembantu peribadi kesihatan bermula dari fasa pandemik, Aina berjaya turunkan berat badan 8kg dan 50kg berat badan yang ideal menjadi impian Aina.
Sambung kolabrasi bersama
Pengarah Trulooks, Dr Adibah Abd Bari gembira kerana dapat menyambung kolaborasi dengan pelantun lagu Sepi ini.
“Sangat mudah bekerjasama dengan Aina. Dia seorang yang sangat profesional. Apa yang penting, dia menggunakan Truskin dan ia memberi kesan positif terhadap kulit wajahnya.
“Majlis ini juga melancarkan Truskin Trio Happyness Edition dan meraikan kerja keras CEOBOSS, ejen kami yang bekerja keras sepanjang tahun lalu serta menyuntik semangat agar kecemerlangan itu berterusan pada 2022,” katanya.
Mula bertapak di Malaysia pada tahun 2016, Trulooks merupakan syarikat kosmetik tempatan yang membawa imej premium. Bermula pada tahun 2019, Trulooks mula mengeluarkan rangkaian penjagaan kulit mereka, Truskin.
Sehingga sekarang, ia mempunyai lebih 2,000 stokis dan ejen di seluruh negara, termasuklah Brunei dan Singapura. Truskin Trio Happyness Edition mengandungi micellar cleanser, TryMe mosturizer dan essence toner yang mampu untuk meningkatkan aras kelembapan kulit selama 72 jam, memastikan kulit sentiasa sihat dan anjal, memperbaiki tekstur kulit dari dalam dan turut memberi kesan ‘healthy glow’ seawal 7 hari. Hadiah percuma istimewa iaitu lip tint dengan setiap pembelian set istimewa ini.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap wanita tentunya mahu memiliki kulit yang cantik, sihat, ‘glowing’ dan kekal awet muda. Tidak dapat dinafikan bahawa tidak semua bernasib baik untuk memiliki kulit yang mulus dan bersih. Tetapi, dengan penjagaan wajah yang tepat serta pengambilan makanan yang berkhasiat, insyaAllah kulit boleh kekal cantik dan berseri.
Selain mengamalkan penjagaan wajah yang tepat, anda juga perlu menjaga pemakanan untuk memastikan kulit kekal cantik dan terjaga. Jadi, pilih makanan yang terbaik untuk kulit anda ya! Menerusi laman Facebook, seorang wanita bernama Zana Mokhtar telah berkongsi cara untuk kekal awet muda hanya dengan amal minum air campuran nenas dan lemon.
Menurutnya, minuman ini boleh mengelakkan penuaan pada wajah. Malah, kulit yang kusam pun boleh berseri dan anjal. Jika anda amalkan secara konsisten, anda mampu memiliki kulit idaman anda. Malah, kosnya pun murah dan berpatutan. Ayuh baca perkongsian Zana Mokhtar.
Setiap pagi dan sebelum tidur kan, ni lah rutin harian Kekna taw. Ye lah kos dia tak ada lah mahal kot dengan dua bahan ni beli dan nak minum hari-hari pun boleh.
Air ni kan walaupun mungkin nampak macam biasa-biasa je kan bagi korang tapi kalau korang konsistenkan minum, korang boleh elakkan penuaan.
Senang cakap dia anti-aging lah. Kulit korang yang kusam pun boleh berseri-seri dan boleh anjalkan kulit. Sebab tu lah nampak glowing cantik je kan.Tak payah dah nak cucuk botox, minum je lah air ni. Jimat dan sedap gilerr.
Meh Kekna nak tunjuk cara buar air yang sedap ni dengan mudah je pun sangat.
Dua bahan yang mudah sangat korang boleh cari kat pasar tu ha.
Bahan-Bahan:
Nenas yang dah di potong kecil kecil.
Air perahan lemon.
Cara-Cara:
Nenas tu kan masukkan air sedikit, kisarkan sampai hancur dan lepas tu masukkan perahan lemon tu kan dalam nenas tadi.
Sejukkan dalam peti ais dan boleh la terus minum.
Senangkan. Siapa cakap nak cantik-cantik kena guna modal besar kan. Minum je lah air jus ni hari-hari.