Memang nampak comel kalau pipi kita tembam macam kuih pau. Buat orang lain geram nak cubit-cubit. Masalahnya mereka yang berpipi tembam ini adalah apabila mahu bersolek mahupun mengenakan hijab.

Ada orang perempuan yang sukakan pipi yang nampak rahang runcing persis primadona Erra Fazira, kerana apabila mekap akan nampak lebih cantik. Jangan risau kalau pipi anda seperti pau tetapi mahu kelihatan kurus. Boleh cuba 4 cara mudah ini.

4 CARA KECILKAN PIPI TEMBAM

• Lakukan Senaman Rahang

Selain daripada senaman badan, anda juga boleh lakukan senaman rahang atau muka yang di kenali sebagai ‘yoga face’. Teknik ini akan  meregangkan otot-otot di wajah dan mengecilkan pipi. Lakukan senaman ini setiap pagi dan sebelum  tidur. Ia bukan sahaja mengecilkan pipi malah ia juga meanjalkan lagi kulit muka dan mengurangkan masalah kulit kedut di wajah.

• Urut Halus Di pipi

Teknik mengurut di bahagian wajah juga boleh menghilangkan lemak yang terkumpul. Buat urutan  satu arah dari bawah ke atas. Untuk efek yang berganda oleskan sekali krim di wajah. Perlu di ingat, buatlah urutan yang lembut dan halus kerana kulit di wajah adalah kawasan kulit yang paling nipis.

• Guna Teknik Solekan Yang Betul

IKLAN

BACA JUGA ARTIKEL INI: Tak Perlu Sorok Pipi Lagi, Ini Tip Gayakan Hijab Bawal Buat Hijabi Berpipi Tembam

Bila bersolek pastikan anda menggunakan teknik yang tepat dan sesuai dengan bentuk wajah. Untuk langkah selamat oleskan pemerah pipi mengikut bentuk rahang. Jangan sesekali sapu pemerah pipi mengikut bentuk bulatan kerana ia akan memberi efek yang lebih tembam pada anda.

• Ais Batu

Pada individu yang miliki masalah kulit sensitif, apa kata gunakan sahaja ais batu dan tepuk-tepukkan ia di daerah dagu dan pipi selama beberapa minit setiap hari. Ia akan melegakan oto-otot wajah dan secara tidak langsung merehatkan otot anda yang sedang membengkak.

IKLAN

4 SENAMAN KECILKAN PIPI

1. Chewing Gum

Serius! Kunyah gula-gula getah adalah satu senaman ringkas bagi ‘muscle’ pipi yang menjadikan tulang korang lagi sharp.

2. Fish face

IKLAN

Sedut bahagian dalam pipi macam ikan dan cuba senyum.

3. Lebih kerap senyum

Senyum boleh ‘tone up muscle’ pipi dan boleh kurangkan lemak pada bahagian tersebut.

4.  Senaman ‘O’

Buka mulut seluas yang mungkin. Gerakkan bibir ke depan dalam bentuk O seolah hendak bersiul. Kembali ke keadaan asal. Ulang gerakan ini dalam 20 kali dalam 4 hingga 5 set.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI