Kulit wajah yang licin, bersih dan gebu pastinya menjadi idaman semua wanita di dunia. Siapa yang tak nak bukan?
Tapi, nak milikinya bukan senang. Pelbagai cara perlu dilakukan untuk mendapat hasil sebegitu. Tak kisahlah cara mudah atau susah, murah atau mahal, yang penting pilihlah cara yang bersesuaian dengan kulit kita.
Kalau nak tahu rahsia miliki kulit cantik dengan modal 50 sen sahaja, ikuti cara yang dikongsikan oleh gadis ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Amalkan Masker Telur & Kunyit, Kulit Jadi Lembut & Licin. Jerawat Pun Dah Tak Muncul!
TIP KULIT LICIN DAN CANTIK HANYA GUNA 3 BAHAN DAPUR
Holla holla assalamualaikum
Ciksu share dengan korang tips hilangkan bunga bunga chenta dekat muka korang. Guna bahan kat dapur jerr.
Bahan bahan:
- Putih telur
- Serbuk kunyit
- Span muka
Cara cara dia ada kat setiap pic tau.
Ade video cara pakai sekali tau.
Posted by Viral Media Malaya on Tuesday, 8 August 2017
Murah jurr buat masker nih. Tak sampai lima puluh sen pun. Kadang-kadang kita kena back to basic. Asyik guna skincare jer kan.Nak cantik kena la rajin. Kalau malas takpe. Ciksu tak rogi pun 😁. Nanti bunga bunga chenta taik ayam dah kecuttts dan ploles jangan lupa share dengan ciksu hokehhh.
Korang jangan lupa #share tau tips nih. Bia rakyat Malaysia hidup bebas jerawattt. Yeahhhh 💪💪💪 jangan cantekkk sorang-sorang tau 😉
Kredit: Suraya Abdul Wahab
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Edisi Terhad Koleksi Sephora Bersama Coach Hadiah Teristimewa Sempena Hari Wanita Antarabangsa
Raikan Hari Wanita, hadiahkan orang yang tersayang atau teman wanita istimewa denga koleksi edisi terhad sephora dengan kerjasama jenama Coach.
Mempunyai tujuh elemen reka bentuk eksklusif Coach x Sephora Edisi terhad ini terinspirasi oleh sikap warisan dan semangat bebas dari Coach dan kepakaran kecantikan Koleksi Sephora. Potongan-potongan ini merangkumi tafsiran motif dan maskoticiconic Coach dan menghidupkan pendekatan rumah yang menyenangkan kepada warisan rakyat Amerika.
Dibayangkan dalam palet warna yang hangat dan dengan perkakasan yang diinspirasikan oleh warisan rumah itu dalam pembuatan kulit, koleksi ini dilengkapi dengan kemasan berkilauan yang menampilkan ilustrasi berwarna dan nostalgia.
Pengarah Kreatif Stuart Vevers menginspirasikan kesemua rekaan tidak lari dari rekaan beg tangan atau jenama Coach yang sedia ada. Apabila mengeluarkan edisi istimewa ini,kreativiti dan gaya adalah cara untuk wanita meraikan eksperesi diri.
“Matlamat Sephora Collection adalah bukan sahaja membuat produk kecantikan yang berpatutan dan inklusif, tetapi untuk memberi inspirasi kepada pelanggan untuk belajar, meneroka dan bermain dengan keyakinan untuk tampil cantik,” kata Brooke Banwart, Naib Presiden dan Pengurus Besar Sephora Collection Amerika Utara.
“Ketika kami memikirkan permainan yang memberi inspirasi, Coach merasa seperti pasangan yang sempurna kerana nilai inklusiviti, ekspresi diri dan keaslian mereka selaras dengan Sephora.”
Koleksi ini merangkumi 7 produk:
- Rexy Eyeshadow Palette: Diilhamkan oleh semangat Rexy yang tak kenal takut dan suka bermain, pemimpin maskot Coach, palet pembayang mata ini mengandungi gabungan warna logam dengan kemasan matte dan nuansa lembut.
- Sharky Eyeshadow Palette: Diilhamkan oleh Sharky yang menyeronokkan dan garang, salah satu maskot Coach, palet pembayang mata ini mengandungi campuran mentega, kemasan logam dan warna lembut dan berkilauan yang sempurna.
- Uni Face Palette: Diilhamkan oleh Uni ajaib, salah satu maskot Coach, warna matte dan berkilau lembut romantis ini akan membawa cahaya wajah anda ke tahap seterusnya.
- Tea Rose Brush Set: Set berus 5 kepingan berkilauan ini mempunyai maskot Coach yang suka bermain dan teh mawar, simbol semangat feminin liar Coach Girl. Setiap berus direka khas dengan pemegang glitter dan bulu sintetik vegan.
- Tea Rose Lip Gloss Set: Diilhamkan oleh Tea Rose, simbol semangat feminin liar Coach Girl, empat warna gloss bibir ini meluncur dengan lancar di bibir meninggalkan sensasi menyegarkan untuk pemakaian yang tidak melekit yang selesa.
- Tea Rose Eye Masks: Topeng mata ini diperkaya dengan ekstrak timun dan minyak mawar memberikan rasa menenangkan di sekitar mata dengan sentuhan segar. Set dilengkapi dengan tiga pasang tompok bawah mata.
- Tea Rose Nail Set: Set kuku ini merangkumi cat kuku berwarna merah jambu yang cantik dalam alas / topcoat yang sempurna dengan pelekat kuku yang menyeronokkan yang menampilkan maskot Coach untuk penampilan kuku yang menyeronokkan dan menyenangkan.
NOTA: Klik pada pautan untuk beli terus di atas talian.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selain Pudina,Ini Teh Herba Lain Yang Popular & Bagus Untuk Kesihatan!
Sedapnya kalau dapat hirup secawan teh herba, lagi-lagi sewaktu pagi hari atau sewaktu hujan. Memang sangat menyenangkan! Teh herba bukan sahaja menyenangkan dan menghangatkan tubuh badan, malah ia juga mempunyai banyak khasiat yang tersembunyi.
Teh adalah minuman biasa dua pertiga penduduk di dunia. Ia dibuat dari Camellia sinensis, juga dikenal sebagai tanaman teh, yang telah ditanam selama ribuan tahun kerana rasa dan khasiat perubatannya.
Teh herba pula adalah infus yang dibuat dengan pembuatan ramuan, buah kering, daun, bunga, atau tunas dari tanaman selain Camellia sinensis. Berbeza dengan teh biasa, teh herba mempunyai lebih banyak khasiat dan kelebihan. Berikut merupakan beberapa contoh teh herba yang patut anda cuba serta khasiatnya yang tersendiri:
5 jenis teh herba serta khasiatnya yang tersendiri
#1 Teh chamomile – membantu menangani masalah gangguan tidur atau gangguan mental.
Kamomil (chamomile) ialah sejenis herba yang berasal daripada bunga dari keluarga bunga daisi. Ia boleh diekstrak menjadi minyak atau teh yang boleh disapu pada badan serta diminum.
Kelebihan teh herba ini ialah ia dipercayai mempunyai kesan menenangkan. Bahkan, ianya digunakan oleh mereka yang mengalami gangguan tidur dan gangguan mental.
Kajian yang dijalankan ke atas 34 pesakit insomnia mendapati bahawa meminum teh chamomile ini dua kali sehari membantu merawat masalah tidur. Selain itu, teh jenis ini juga mempunyai ciri antibakteria, antivirus, dan anti-radang yang dipercayai dapat melindungi organ hati.
Artikel berkaitan: Kandungan Kalori Mengikut Jenis-Jenis Teh, Tak Semua Boleh Dikategorikan Teh Sihat.
#2. Teh pudina – meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman dan pencernaan
Teh pudina dibuat dengan mengekstrak daun pudina dan digunakan sebagai salah satu minuman herba yang paling terkenal di dunia. Kandungan antioksidan tumbuhan ini dipercayai dapat meningkatkan sistem penghadaman dan kesihatan pencernaan.
Tambahan itu, menurut kajian makmal yang dijalankan, teh peppermint atau pudina ini dipercayai boleh merehatkan usus serta perut yang mengalami masalah-masalah berkaitan. Kesannya, minuman ini mungkin dapat merawat masalah seperti senak, ketidakhadaman, sakit perut, loya, muntah, dan pedih ulu hati.
#3 Teh bunga raya – mampu melawan virus
Siapa sahaja yang tidak mengenali bunga raya, bunga kebangsaan Malaysia, kan? Bunga raya kebiasaannya menjadi tanaman hiasan yang biasa dilihat di halaman rumah. Namun, anda perlu tahu bahawa bunga raya juga boleh diminum sebagai teh.
Khasiat bunga raya yang dijadikan teh sememangnya menjadi salah satu bentuk olahan yang popular. Sebenarnya bunga raya telah digunakan sebagai tumbuhan herba yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu.
Menurut kajian, ekstrak herba ini mungkin mampu melawan strain virus selesema burung. Namun tahap keberkesanannya masih belum disahkan. Bahkan di negara-negara Afrika pula, ramuan bunga raya ini sering digunakan untuk menurunkan suhu badan semasa demam, merawat penyakit jantung, dan melegakan sakit tekak.
#4 Teh herba Echinacea -menguatkan sistem imun tubuh badan
Echinacea adalah sejenis herba yang juga berasal daripada bunga dan biasa diekstrak menjadi teh untuk diminum bagi mendapatkan manfaat kesihatan tertentu. Ia juga dikenali sebagai “purple coneflower”.
Antara khasiat teh herba ini adalah dikatakan mampu menguatkan sistem imun tubuh badan lantas membantu melawan sebarang jangkitan atau penyakit. Menurut pelbagai kajian, dipercayai bahawa pengambilannya mampu memendekkan tempoh jangkitan penyakit demam atau selesema yang biasa.
Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan mampu melegakan sakit tekak serta hidung yang tersumbat dengan hingus. Jadi kalau anda mengalami gejala biasa penyakit demam atau selesema, cepat-cepat la menghirup teh ini ya!
#5 Teh herba Rooibos- bagus untuk pertumbuhan, perkembangan dan ketumpatan tulang.
Rooibos adalah sejenis herba yang berasal dari Afrika Selatan. Ianya biasa digunakan sebagai teh herba untuk menyihatkan badan. Antara kebaikan teh herba ini adalah sangat baik untuk tumbesaran, perkembangan dan ketumpatan tulang.
Menurut kajian, teh herba rooibos boleh merangsang sel-sel yang terlibat dalam proses ketumpatan tulang dalam tubuh manusia. Teh herba rooibos juga dipercayai mampu membantu dalam merawat masalah batu karang dalam buah pinggang, namun ia masih memerlukan kajian lanjut.
Artikel berkaitan: Mampu Kurangkan Berat Badan, Teh Cendawan ‘Mekah’ Boleh Juga Kuatkan Memori. Tapi Kesan Sampingannya Pada…
Sumber: Hello Doktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Firdaus Wong – “Jika Benar Wanita Itu Melayu & Muslim, Hafal 15 Juzuk Al-Quran Sebenarnya Dia Hina Dirinya & Bukannya Hina Islam”
Satu klip video tular disyaki menghina agama Islam yang berlaku di sebuah kelab di sekitar Taman Tun Dr Ismail.
Di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559), mana-mana individu yang secara lisan atau secara bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan cara-cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ngajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam merupakan satu kesalahan yang apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Melalui perkongsian Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung beliau mengulas tentang isu ‘hangat’ ini.
Ada seorang sahabat telah menghantar satu klip 54 saat dengan caption “acara menghina Islam” yang dikatakan berlaku di sebuah kelab komedi di TTDI.
Seorang wanita berbaju kurung dan berhijab di atas pentas berkata;
“Hello dan assalamualaikum everyone. Nama saya Siti Amira Binti Abdullah. Saya berasal daripada Kuala Kangsar Perak. Im Malay dan Muslim. Dan saya telah menghafal 15 juzuk Al-Quran. BUT, one second…”
Wanita itu meletakkan mic dan mula menanggalkan tudung dan baju kurungnya sehingga penonton mula bersorak.
MENGHINA DIRI SENDIRI
Secara jujur, jikalau benar wanita itu adalah Melayu dan Muslim serta telah menghafal 15 juzuk Al-Quran sebagaimana didakwa dalam video, dia sebenarnya menghina dirinya dan bukannya menghina Islam.
Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.
Jikalau benar dia ‘claim’ telah menghafal 15 juzuk Al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal Al-Quran, memahami dan mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.
Islam telah datang memuliakan kita. Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi.
SIFAT MALU ITU FITRAH KEPADA SEORANG WANITA
Dalam ilmu akhlak terdapat satu sifat yang menjadi teras kepada ajaran Islam iaitu sifat malu atau bahasa Arab disebut ‘al-haya’. Sifat malu mendorong manusia untuk tidak melakukan perkara yang dibenci atau tercela.
Islam mementingkan sifat malu kerana ia mengukuhkan lagi pegangan akidah dan memandu pelaksanaan ibadah seorang Muslim. Perkara ini dijelaskan dalam sabda Rasulullah SAW: “Malu dan iman sentiasa bersama. Apabila salah satunya dicabut, maka hilanglah yang lainnya.” (Riwayat al-Hakim)
Jelaslah implikasi sifat malu adalah untuk mengukuhkan iman seseorang Muslim. Semakin tinggi iman seseorang, maka semakin tinggi harga dirinya. Apatah lagi, dengan sifat malu juga seseorang Muslim dapat menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang ditegah oleh Allah SWT.
Sifat malu ini adalah sebahagian daripada fitrah seorang wanita yang mendorong mereka untuk memelihara kehormatan dirinya dan batas pergaulan apabila berhadapan khalayak masyarakat. Sifat itu juga membantu mereka menghindarkan diri daripada perkara negatif.
Apabila sifat malu itu hilang maka berlakulah perkara-perkara terkutuk yang tentunya menyalahi hukum agama Islam. Moga kita dilindungi daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah.
Sumber kredit: Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung Berita Harian dAstro AWANI dan Instagram Ustaz Adnin
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI