Alangkah beruntungnya seseorang itu apabila dipilih untuk menerima hidayah daripada Allah. Berkongsi di Twitter, Shannon Lyn Ak Peter meluahkan rasa syukur apabila menjadi mualaf secara rasminya pada 3 Jun yang lalu.
Memeluk Islam di Jabatan Agama Johor, Shannon kini menggunakan nama Nur Lyn Umairah sebagai nama Islamnya. Ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan berharap dia kekal istiqomah sewaktu mendalami ilmu agama.
Dia merasa terharu apabila dikelilingi ramai orang baik yang mahu memberikannya hadiah sebagai motivasi buat dirinya untuk terus mendalami Islam.
Ramai yang mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan berharap dia tidak melihat pada sikap muslim sebagai contoh tetapi melihat pada keindahan Islam itu sendiri untuk menjadi seorang muslimah sejati.
kredit: twitter @shnonlyn
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pakai Tudung Labuh Macam Makcik & Tak Moden” MIA AHMAD Respon Komen Netizen
Sudah lama menyepikan diri dari dunia lakonan, pelakon cantik Mia Ahmad kini selesa dengan kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu.
Selain menguruskan bisnes barangan ibadah, Sameeha.co, pelakon drama popular ‘Hati Perempuan’ ini kini lebih banyak menumpukan perhatiannya terhadap keluarga.
Selepas mengubah penampilannya dengan mengenakan tudung labuh sejak tahun 2021, Mia Ahmad tidak lagi aktif berlakon. Dia juga dilihat semakin jauh dari dunia glamor.
Isteri kepada bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Izham Tarmizi ini kelihatan tenang dan bahagia menjalani fasa penghijrahan yang telah menjadi titik tolak dalam kehidupannya kini.
Sering menyarungkan pakaian longgar dan bertudung labuh, menjadikan penampilan sopannya itu mendapat pujian dan sokongan ramai.
“Pakai Tudung Labuh Macam Makcik Dan Tak Moden” -Netizen
Memetik perkongsian Mia Ahmad di Instagram peribadinya: –
“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden….
“Sorry, I dress for Allah…”
“Ada yang cakap I takkan istiqomah.. ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.
“Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra.”
Rata-rata warga maya mengharapkan agar Mia terus istiqamah.Baginya bukan mudah untuk istiqamah tetapi dia mampu melakukannya dengan penuh kesabaran.
Mia atau nama sebenarnya, Samihah Ahmad Baderi seringkali dilihat berkongsi rutin kehidupan hariannya bersama suami dan anak-anak di Instagram.
Adakalanya, Mia Ahmad berkongsi kata-kata motivasi, surah-surah dan doa-doa amalan hariannya untuk para pengikut dan peminat di Instagram.
Perkongsiannya itu bukan niat untuk menunjuk-nunjuk kebaikan. Sebaliknya, dia ingin memberi inspirasi buat semua untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan.
Hijabista mendoakan agar Mia Ahmad sentiasa gembira dan bahagia bersama keluarga tersayang di samping menjadi isteri yang solehah.
Buat para hijabi, semoga kita sama-sama menjadi Muslimah yang baik, disenangi ramai dan paling penting diredhai Allah SWT.
Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bangga Kerana Dia Melakukannya Untuk Allah SWT,” – Peninju Terkenal New Zealand Bersyukur Isteri Akhirnya Berhijab
Seorang wanita beragama Islam sudah diajar sejak sekian lama agar menutup aurat dengan sempurna sebaik sahaja mencapai usia baligh. Namun begitu proses untuk menjadi hijabi yang sempurna hadir dengan pelbagai fasa.
Terbaharu, dalam satu ciapan di laman Twitter, peninju terkenal New Zealand, Sonny Bill William mengucapkan rasa kesyukuran apabila isterinya, Alana Raffie Williams akhirnya memilih untuk istiqamah dalam berhijab.
Menerusi ciapan itu dia turut melampirkan gambar isterinya yang manis berhijab di samping empat cahaya mata mereka. Gembira dengan penghijrahan isterinya, Sonny menyifatkan penghijrahan isterinya itu sebagai satu tindakan yang dilakukan kerana Allah SWT dan bukannya paksaan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Biar Proses Ini Tanpa Pujian Atau Makian,” – Aktres Indonesia, Wanda Hamidah Kini Berhijab Pada Usia 44 Tahun
“Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri, saya mengambil keputusan untuk memakai tudung. Salah satu detik paling membanggakan dalam hidup saya. Apa yang menjadikannya lebih istimewa ialah mengetahui dia telah melakukannya untuk Allah SWT dan bukan orang lain.
Semoga Yang Maha Esa sentiasa memberkati anda dengan kesihatan yang baik, rasa cukup dan kebahagiaan,” tulisnya. Ciapan tersebut setakat artikel ini ditulis sudah menerima lebih lima ribu ulang kicau, lebih 33 ribu tanda suka dan juga lebih 752 balasan komen yang positif.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ada Sebab Kukuh Kenapa Allah SWT Suruh Menutup Aurat,” – Bekas Ratu Cantik Filipina Peluk Islam, Kini Tampil Berhijab
Sonny yang dahulunya bekas pemain rugbi terkenal New Zealand memeluk agama Islam pada tahun 2009 dan sejak itu dia sangat berpegang teguh kepada kepercayaannya. Dia yang memegang kerakyatan New Zeland dan Samoa telah berkahwin dengan Allan Raffie pada tahun 2013.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dua Tahun Tidak Dapat Pekerjaan Bila Mula Berhijab, Melly Goeslow Tidak Patah Semangat.
Apabila seseorang berhijab dia pastinya sudah mahu mendekatkan diri dengan suruhan Allah SWT. Baik berada dalam industri pekerjaan mana pun, tiada halangan asalkan tidak melanggar syariat.
Penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslow mendedahkan dia tidak menerima sebarang tawaran untuk mengadakan persembahan hampir dua tahun selepas mengambil keputusan untuk berhiijab.
Menurut laporan portal kapanlagi.com, selama dua tahun itu Melly dan suaminya, Anto Hoed hanya bergantung kepada wang royalti dari hasil karya ciptaan mereka sepanjang kerjaya dalam industri muzik.
Menceritakan tentang penghijrahannya itu, penyanyi dan komposer popular ini menyatakan yang dia memang mahu berhijab sejak dari kecil lagi. Seiring dengan berjalannya waktu dan menginjak ke usia dewasa dia mula terfikir tentang apakah tanggungjawab yang sudah dia lunaskan sebagai umat Islam.
Jelasnya lagi, “Kita takkan lepas dari dosa, pasti ada yang terpalit tetapi paling tidak kita menutup aurat. Tetapi harus diingatkan hijrah bukan hanya menutup aurat tetapi solat perlu dijaga.”
*** P/S – Berhijab bukan bermakna kita sudah suci, tetapi seharusnya hijab menjadikan kita takut untuk melakukan dosa lain dan perlahan-lahan melindungi diri. Alhamdulillah, semoga semua yang mula berhijab menjadi hijabi yang terus maju di jalan Allah dan juga berjaya di dalam kehidupan. InsyaAllah.
Sumber: KapanLagi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI