Menggunakan alat pencukur bulu ketiak memang memudahkan kerana ia tidaklah sakit seperti mencabutnya menggunakan kaedah wax dan sebagainya. Namun, keburukannya ialah bercukur boleh menyebabkan kulit di bahagian ketiak menjadi hitam dan kasar.

Untuk mencerahkan ketiak dan mengelakkannya menjadi hitam selepas bercukur, anda bolehlah mengikuti tip yang dikongsikan oleh Sayyidatul Nusaibah ini di Facebooknya. Jangan risau, ia selamat dan berkesan.

  1. Guna mesin pencukur bulu yang sesuai. Saya suka guna jenama Schick yang warna pink sebab ada aloe vera yang lembut dan selamat ketika sesi menghapuskan bulu ketiak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ketiak Ketibas & Bau Hangit, Hapuskan Dengan Bahan Alami Selamat Digunakan. No 4 Perlu Dielakkan!

Pilih yang sesuai okey, kalau guna mata pisau yang besar dan tumpul, nanti kulit jadi kasar. Dan awas! Pastikan mata pisau pencukur anda tak berkarat.

  1. Lepas siap buang bulu

Sapu gel aloe vera di sekitar ketiak.

Aloe vera ni sangat berkesan untuk melembabkan kulit dan boleh mencerahkan juga tau. So, kulit tak akan jadi kering, kasar dan gelap.

IKLAN

Lagi satu, bila sapu aloe vera ni, bulu akan tumbuh lebih lembut dan halus…lepas ni nak cabut bulu pun jadi mudah tak sakit.

  1. Tukar deodoran stick/gel anda kepada DR.MIST

Dr.mist dah lama wujud. Korang kena dapatkan di farmasi, guardian,watson. Saya dah lama guna spray ni, sangat best.

Spray di ketiak untuk hilangkan bau badan. Selain itu, dr mist ni boleh guna untuk kaki. Dan yang ramai tak tahu, ia juga boleh rawat jerawat.  Tak percaya boleh buka website dr.mist. Saya dah siap screenshot, boleh tengok di komen bahagian gambar. Tiada chemicals berbahaya tau.

IKLAN

  1. Okey, mesti masa mula-mula guna Dr.Mist ni korang akan rasa tak yakin yang bau badan boleh hilang ke sebab takdak bau wangi macam deodoran lain. So, korang wajib guna Mineral Crystal Deodoran lepas mandi. Basahkan ketiak dan roll on je benda ni. Terus hilang bau busuk. Ada dijual di watson/guardian. Saya syorkan jenama Smelly No More.

Guna setiap hari setiap kali mandi, lama-lama korang akan perasan yang ketiak dah tak bau mashammm.

  1. Setiap malam sebelum tidur- Sapu TBH Gluta Lotion.

Apa fungsi lotion ni?

IKLAN

Semestinya untuk cerahkan kulit yang kusam dan gelap tu.

Yang paling best, lotion ni bukan untuk ketiak je, semua kawasan badan boleh sapu. Yang muka putih tapi tangan hitam tu, wajib guna lotion ni. Tekstur lotion ni sangat ringan, tak berminyak dan mudah serap. Sangat membantu korang untuk baiki struktur kulit dan cerahkan ketiak. Bau wangi lembut je, bau lemon.

  1. Last part. Rajinkan diri scrub kat bahagian ketiak yang gelap tu. Guna scrub secara lembut sebab kawasan ketiak ni kulit lembut sensitif. Sambil scrub badan, scrub juga ketiak tu ye…

Lepas scrub, bersihkan dan sapu aloe vera gel. Okey, ni je cara yang berkesan untuk cerahkan ketiak dengan happy. Tak perlu cabut bulu, guna je pencukur seperti biasa.Yang penting penjagaan kulit kena betul. Elakkan deodorant selain dr.mist. Kalau nak bagi bau wangi sikit, sapu Gluta Lotion TBH.

Silakan share untuk kebaikan bersama. 😉

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/2es3n_gQyy4

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI