Photo by Louis Hansel on Unsplash Photo by Cliff Booth from Pexels Photo by Han Lahandoe on Unsplash

Selain masalah jerawat dan bintik hitam pada wajah, ketiak hitam juga merupakan antara masalah yang sering terjadi kepada kaum wanita. Perkara ini tidak selalu dibincangkan kerana mereka merasa malu untuk berbicara tentang hal ini. Hijabi, anda tidak perlu malu untuk bercakap tentang perkara ini kerana jika ia tidak bincangkan, tentu tiada jalan penyelesaiannya.

Anda tidak perlu melakukan sebarang rawatan atau membeli produk-produk di pasaran yang tidak diketahui kebaikannya semata-mata mahu memiliki ketiak yang putih. Cukup sekadar amalkan petua tradisional berasaskan bahan alami yang tentunya lebih murah dan tidak berbahaya.

Terdapat satu petua yang dikongsi oleh sebuah page iaitu Petua Ibu tentang cara untuk memutihkan ketiak yang hitam. Apa yang pasti, ia sangat mudah dan cukup berkesan. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat!

Foto: Facebook Petua Ibu

Korang kena tahu sebab-sebab kenapa ketiak dan celah-celah tertentu hitam.

Pisau cukup seeloknya setiap kali nak mencukur, WAJIB ambil yang baru. Jangan guna berulang kali. Esok lusa tulat semua korang pakai yang sama. Bila dah tumpul punca ketiak dan celah hitam.

Ok rawatannya sangat mudah dan semestinya bagus untuk kulit.

IKLAN

Apa fungsi lemon dan timun nie??

Ok fungsinya untuk mencerahkan ketiak dan celahan yang gelap…

Macam mana nak buat?? Setiap kali korang mandi, potong lemon dalam 5 keping dan timun 5 keping seperti gambar di atas…

Selepas kamu dah sabun dah bercukur bagai, last step harus guna lemon dan timun. Caranya hanya gosokkan sahaja di tempat-tempat yang hitam seperti ketiak dan celah-celah yang hitam tu…

IKLAN

Harus di mulakan dengan timun dahulu. Gosok sampai hancur timun tu pun xpe…

Dan bilas ye…

Photo by Antonio Conte from Pexels

Selepas itu diteruskan dengan lemon. Sama jugak gosok-gosok dan gosok sampai hancur lemon tu pun takpe. Tapi perlahan-lahan la jangan gelocoh pulak. Ok dah siap bilas saja. JANGAN SABUN!

IKLAN

AMALKAN SELALU DAN RAJIN KAN DIRI. TOLONG JANGAN MALAS. KALAU MALAS SAMPAI KE SUDAH LA DIKNON HITAM KELADAK.

Sumber: Facebook Petua Ibu

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe