Sebagai seorang wanita, memang pantang sekali mendengar atau membaca cara tertentu untuk tampil cantik dan berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi kini segala maklumat ada di hujung jari dan boleh terus melakukannya bila-bila masa.

Ada juga sesetengah daripada kita yang masih rajin pergi ke spa atau pusat kecantikan untuk merawat wajah secara bulanan. Terpulang pada cara masing-masing mengikut kesesuaian dan bajet.

Selain itu ada juga yang masih menggunakan cara tradisional  untuk kelihatan cantik dan menarik dan boleh kita amalkan tidak kira tua ataupun muda. Misalnya menggunakan bahan alami daripada tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan yang sudah pasti ia selamat dan halal.

Juga petua yang diamalkan melalui perkongsian menggunakan ayat suci Al-Quran yang diajar oleh Datuk Dr. Fatma El-Zahra untuk kesan awet muda, menawan dan wajah berseri. Boleh diamalkan semua cara-cara ini ataupun amalkan satu sahaja dan paling penting perlu istiqomah sewaktu mengamalkannya. Insya-Allah.

Dr. Fatma El-Zahra Sumber foto: Raudhah Lifeskills

Cara 1:

Dilakukan selepas solat Isyak

Ambil air segelas

Baca al-Fatihah sekali

Ayatul Qursi sekali

Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

IKLAN

Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga.

Cara 2:

Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:

Baca ” Ya Badiyah ” 1 x

Baca ” Ya Nur ” 1x

Baca ” Ya Hadi ” 1 x

Baca ” Ya Allah ” 3x

IKLAN

Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.

Cara 3:

Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.

Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.

IKLAN

INFO TAMBAHAN:

Guna Timun & Kurma Basah Rahsia Cantik Isteri Nabi

Soalan:

Ada di antara kita mungkin pernah tertanya-tanya bagaimana para isteri Nabi Muhammad SAW menjaga kecantikan mereka sesuai dengan tuntutan Islam dan apakah bahan-bahan kosmetik yang digunakan pada zaman itu?

Jawapan:

Percaya atau pun tidak, rahsia Siti Aisyah R.A kekal cantik dan bagaimana beliau menjaga penampilannya adalah hanya menggunakan timun dan kurma basah saja. Lebih-lebih dalam mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal seperti tubuh kurus cengking menjadi lebih berisi. Malah Rasulullah SAW sendiri pun menggunakan cara ini dalam menjaga kesihatannya.

Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata “Ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk, saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah SAW dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudian aku menjadi gemuk dengan bentuk yang ideal”– HR Ibnu Majah.

Artikel Berkaitan: Redakan Penat Dengan Zikir Fatimah

SUMBER: TVCERAMAH.COM

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI