Bulan Ramadhan diketahui semua sebagai bulan yang penuh dengan keberkatan. Maka kita sebagai umat Islam haruslah berlumba-lumba bagi mengejarkan ibadat untuk mendapat amalan pahala yang berlipat kali ganda dalam bulan ini.
Selain itu, terdapat lagi satu amalan yang sangat baik dilakukan iaitu berdoa sebelum tibanya waktu berbuka puasa. Ini bukan bermakna waktu lain tidak elok, cumanya inilah waktu yang lebih afdal untuk berdoa.
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.
Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
Cadangan doa ketika berbuka puasa:
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat ALLAH.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan.
Semoga memberi manfaat buat semua.
In sha ALLAH.
Kredit : Syed Hameed
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Sanggup Juga Tidur Walaupun Hanya Bertilamkan Tikar Sahaja” – Luahan Hati #Thorwback Haji V Shantie Cukup Menyentuh Hati
Walaupun musim haji sudah berlalu, namun pemergian ke sana memang memberikan impak yang sangat mendalam pada kehidupan sesetengah jemaah.
Lihat sahaja perubahan yang berlaku pada Mizz Nina yang melakukan perubahan cukup drastik dan dia terus istiqomah walaupun ke sana beberapa tahun lalu.
Pengalaman yang dilalui jemaah itu sendiri menjadi tetamu Allah sukar untuk diluah dengan kata-kata. Bukan seminggu dua berada di tanah haram itu, tetapi ada yang tinggal selama 30 hari dan memang meninggalkan kesan cukup mendalam.
Begitu juga dengan selebriti jelita ini Vie Shantie Khan. Beliau yang diberi peluang mengerjakan haji tahun lalu telah menulis pengalamannya melalui catatannya sebagai VSKHajiJournal.
Dalam tulisannya di laman instagram, beliau meluahkan apa yang dirasakan sepanjang berada di sana selama 30 tahun hidup di muka bumi Allah. Dalam banyak-banyak catatan #throwback itu ada satu post yang cukup menyentuh hati.
Vie Shantie menceritakan apa perasaan yang dialami terutama pada hari kemuncak iaitu bermalam di Mina dan wukuf bersama jemaah lain di Padang Arafah. Dia tidak dapat menggambarkan kesayuaannya hingga tidak berhenti air mata menitis di pipi.
Luahannya itu cukup menyentuh hati dan mendapat reaksi positif dari netizen. Rata-rata mengucap syukur dan turut terkesan dengan luahan isi hati dari sudut hatinya yang sangat dalam.
1.Selama 30 tahun saya hidup dibumi milik Allah SWT ini, tidak pernah saya merasai hari yang sungguh menyentuh hati nurani seperti hari Wukuf di Arafah.. Ada satu perasaan yang luar biasa sukar diungkap oleh kata-kata hanya yang pernah hadir disini sahaja yang fahami rasa itu.. diiringi Khubah Afarah oleh bekas Mufti Johor, Datuk Haji Noh Gadut yang penuh syahdu membuatkan mata ini tidak berhenti menitiskan airmata syukur..
.
2.Inilah suasana didalam Khemah kami sebelum menjelang Waktu Zohor.. Syukur Alhamdulillah sebenarnya terdetik dihati saya pada masa ini, ‘ya Allah, inikah khemah kami ? Subhannallah.. masyaAllah.. tabarakallah.. Allahuakbar !! sayu berbisik dalam hati sendiri betapa mewahnya kami disediakan disini’ Jauh amat dengan tafsiran saya, tidak pernah saya terfikir ada khemah yang sebegini sempurna.. sebab saya sudah tanam didalam hati dan fikiran bahawa disini bukannya tempat untuk bersenang lenang.. malah saya sanggup juga tidur walaupun hanya bertilamkan tikar sahaja.. tapi Allah berkehendakkan lain.. dan bagi saya ini bukan hanya kerana saya mampu membayar lebih.. tapi ini sudah Qada dan Qadar yang Allah tulis untuk saya nikmati.. Segala puji hanya untuk-Mu ya Rahman
3.Lepas sahaja masuk Fardu Zohor dan solat berjemaah tibalah hari wukuf yang ditunggu-tunggu.. Diluar khemah kami, dibawah sang matahati yang terik menjadi saksi duduknya seorang hamba yang ingin merasa nikmatnya berpanas seperti yang dirasakan oleh kekasih-Mu, Rasulullah SAW.. insha Allah
4.Diatas izin-mu ya Allah, tidak berganjak kaki ini dan sesungguhnya mata ini menjadi saksi terbenamnya makhluk yang selalu menerangi alam semesta-Mu.. Setiap yang mula pasti ada pengakhirannya.. maka berakhirlah hari penuh berkah yang bersejarah buat semua jemaah DuyurfurRahman pada tahun 1437 Hijrah ini..
5.Sesungguhnya makna ‘Wukuf’ adalah BERHENTI, diam tanpa bergerak.. Wukuf adalah merupakan satu contoh sebagai peringatan kepada kebenaran Allah SWT.. Status hukum wukuf diArafah adalah rukun haji, yang jikalau ditingalkan maka hajinya tidak sah.. Disini juga merupakan miniatur padang Masyar, dimana seluruh umat islam akan dibangkitkan..
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Perlu Ada Harta Sendiri Sebelum Jadi Isteri, Jika Dapat Belilah Sebuah Rumah Pelaburan
Sebaik-baiknya sebelum mendirikan rumah tangga, wanita bina dahulu kerja. Capai dahulu target dalam kerjaya dan dalam masa yang sama kumpul harta dan set sebanyak mungkin.
Kita tidak tahu masa depan bagaimana. Jangan hanya berharap apabila sudah berkahwin nanti, semuanya suami yang akan sediakan. Anggapan ini tidak seharusnya ada dalam kamus hidup seorang wanita.
Berusahalah untuk mengumpul harta sendiri. Baca perkongsian berikut.
WANITA PERLU BERHARTA
Saya galakkan wanita ada harta sebelum jadi isteri tercinta. Kita tak boleh jangka apa akan berlaku pada kita.
1. Usahakan ada simpanan sendiri sebelum jadi isteri.
2. Jika dapat belilah sebuah rumah pelaburan sebagai persediaan.
3. Jika suami tercinta beri duit nafkah, usahakan buat simpanan sendiri. Jangan belanja semuanya.
4. Jika suami tiada wawasan kewangan, rahsiakan berapa simpanan yang ada. Tak cerita semua bukan dosa.
5. Jangan serahkan masa depan pada orang lain, rancang masa depan sendiri.
6. Belajar bawa kenderaan dan ada lesen sendiri.
7. Buat catatan setiap perbelanjaan. Tahu setiap wang kita ke mana.
8. Suami hanya pinjaman tuhan sahaja. Bila bila masa boleh dijemput pergi atau digoda oleh wanita misteri.
Bersedia sebelum datangnya ujian dan badai melanda.
"Alahhh lelakikan ada?" Bersedialah hadapi bencana. Semoga berjaya.
Sumber kredit: Azizul Azli Ahmad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Khusyuknya Awak Bilal…” – Ramai Puji Anak Neelofa Fokus Tonton Animasi Himpunan Surah Al-Quran
Alahai…comelnya lihat bayi yang khusyuk melihat sesuatu, kita pula yang fokus dengan keadaan itu. Memang tidak boleh terlepas pandang jika lihat sesuatu yang comel dan manis apatah lagi mengenai telatah bayi kecil.
Perkongsian Neelofa pada Instagram Story meraih banyak perhatian melihat telatah Bilal yang asyik menonton animasi Islamik. Ramai yang memuji kelakuannya yang baik dan tidak meragam dalam video durasi pendek itu.
Fokusnya awak tengok surah-surah itu…
Baru-baru ini, usahawan serta selebriti terkenal, Neelofa, memuat naik Instagram story menunjukkan bertapa khusyuknya anak lelakinya, Muhammad Bilal, menonton sebuah video animasi islamik khas untuk kanak-kanak. Dia kelihatan sangat tekun melihat pada skrin tanpa menoleh kemana-mana arah.
Selepas pelakon itu mendedahkan wajah anak sulungnya itu, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengikuti perkembangannya. Siapa sahaja yang tidak mahu melihat kecomelan bilal itu, sudah pasti ramai yang tidak mahu terlepas.
Artikel berkaitan: Kongsi Wajah Bilal Sepenuhnya, Neelofa Titipkan Doa Semoga Afiyyah Sentiasa Untuknnya…
Meski pun, perkongsian Neelofa itu telah pun tamat di laman media sosial miliknya, namun, ia di muat naik semula melalui Instagram peminatnya di @lofa.page yang memaparkan semula video itu. Alangkah khusyuknya Bilal melihat animasi Islamik, Riko the series, yang memaparkan himpunan surah dari al-Quran.
“He loves riko so much! Boleh tengok macam ini berpuluh surah.” tulis Neelofa dalam video InstaStory itu.
Kini kita ketahui bahawa Bilal yang berusia 10 bulan itu boleh menonton siri animasi Islamik dengan jangka yang panjang! Bahkan ia sangat bagus kerana mempunyai kandungan intipati yang mengajar ayat-ayat al-Quran.
Bilal ini anak yang bijak, MasyaAllah…
Ramai yang terpegun dan tidak putus-putus memuji kecomelan serta telatah Bilal yang sangat baik. Ada juga yang sangat geram dengan kecomelannya dan mendoakan yang baik buat bayi itu.
“Bilal budak bijak, semoga membesar dengan sihat ya…love you bilal,
“Bagus fokus anak soleh ini, MasyaAllah,
“Tak berkelip matanya tengok video itu…” itulah antara komen-komen yang diberikan oleh pengikutnya melalui instagram fan page itu.
Artikel berkaitan: Konsultan Kongsi Neelofa Gigih Tuntut Ilmu Parenting; “Bilal Dah Boleh Tidur Tanpa Dukung,”- Neelofa
Sumber: Ohmymedia! dan Instagram lofa.page
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI