Kecergasan memberi impak yang ketara pada kecantikan seorang wanita. Sama ada kita edar atau tidak, tubuh yang sihat dan cergas sebenarnya memberi banyak kesan kepada kecantikan diri serta penampilan wajah.

Tidak kiralah sama ada amalan pemakanan sihat, gaya hidup aktif atau kekal dengan emosi positif, ketiga-tiga unsur ini boleh menjadi kunci utama untuk membentuk diri wanita itu agar kelihatan anggun penuh pesona.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

Tidak dapat dinafikan amalan pemakanan yang sihat mampu menjadikan seseorang itu bukan sahaja sihat tetapi juga memiliki kulit yang cantik dan berseri. Berikut dikongsikan beberapa amalan penjagaan dalaman menggunakan bahan asas epal hijau.

Air Rebusan Epal dan Kulit Kayu Manis

Air rebusan ini juga merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan dalam masa yang pantas, jika diamalkan dengan cara yang betul.

Bahan-bahan:
1 biji epal
1 batang kulit kayu manis
1.5 liter air

Photo by RP from Pexels
Photo by Pixabay from Pexels

1.Rebus kesemua bahan.
2.Biarkan selama satu jam.
3.Amalkan air rebusan ini bila-bila masa sahaja terutama ketika mengambil makanan berat seperti nasi dan sebagainya.

Jus Epal Tomato Dan Lobak

IKLAN

Bagi memastikan kulit sentiasa cantik dan gebu, mengamalkan jus daripada tiga gabungan ini amat disarankan.

Hasilnya kulit lembut, selembut kulit bayi. Bukan hanya untuk kulit malah ia juga sebagai detoks terbaik untuk tubuh kita.

Bahan-bahan:-
1 biji epal hijau
1/2 biji tomato
1/2 biji lobak merah

Photo by RP from Pexels
Photo by picjumbo.com from Pexels

1.Kisar hingga sebati.
2.Tapiskan dan minum jusnya.
3.Amalkan minum jus ini empat kali seminggu dan jadikan ianya sebagai rutin.

Epal Dan Daun Saderi

IKLAN

Ini pula merupakan ramuan untuk membuang toksin dalam tubuh. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksin dengan pantas menerusi sistem pencernaan.

Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

Bahan-bahan:
2 biji epal
Daun saderi

1.Kisarkan sebiji epal hijau dengan daun saleri.
2.Amalkan minum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

IKLAN

Jus Epal Serai

Bahan-bahan:
2 biji epal
4 batang serai
1 liter air

1.Epal dipotong kecil-kecil dan serai diketuk.
2.Masukkan ke dalam periuk bersama 1 litre air dan biarkan mendidih.
3.Rebus guna api sederhana lebih kurang 30 minit.
4.Lenyek-lenyekkan epal dan tapis airnya. Sejukkan dan boleh diminum.

*Membantu mereka yang mengalami masalah lutut.

HIJABISTA: Minum banyak air. Air sangat penting untuk kesihatan badan dan mental. Pengambilan air yang cukup juga membantu memperbaiki masalah kulit kering.

Sumber kredit: Ana Mahabu Top image: Photo by Toni Cuenca from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI