Ramai gadis pada masa kini yang sudah pandai bemekap dan menjaga kecantikan wajah. Bagus sangat kalau macam tu. Namun, yang tak eloknya adalah apabila kita tak reti nak menjaga kebersihan berus mekap dan span yang telah digunakan.

Jangan begitu sis. Berus dan span yang kotor boleh menyebabkan muka kita terkena jangkitan yang tidak diingini. Oleh itu, bersihkanlah berus dan span yang digunakan dengan sebaiknya. Kalau nak cara yang mudah untuk mencuci span (beauty blender), bolehlah ikuti tip yang dikongsi oleh jurusolek popular iaitu Syedewa ini. Senang jer!

Dengan hanya menggunakan sabun buku, beauty blender kembali bersih seperti biasa.

Jelasnya, sabun buku adalah pilihan yang lebih baik kerana sabun cecair akan merosakkan tekstur dan bentuk beauty blender tersebut.