Salah satu minuman terbaik untuk diet adalah air detoks. Selain membuang toksin dalam badan, air detoks dikatakan mampu menurunkan berat badan. Sudah tentu air detoks ini adalah baik untuk melengkapkan program diet anda.

Air detoks itu sendiri adalah air yang telah diselitkan dengan perisa buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan rempah ratus. Air detoks juga sering disyorkan dalam program diet, kerana minuman ini rendah kalori.

Cara menyediakan air detoks juga amat mudah. Boleh gunakan sebarang kombinasi buah-buahan, sayur-sayuran atau herba kegemaran anda. Siapa hendak rasa tubuh segar boleh cuba resipi air detoks cantik seperti yang dikongsikan oleh Afy Al Habibi Minum sambil gigit-gigit bunga kekwa.

AIR DETOKS CANTIK 
BAHAN-BAHAN:
1 cawan air panas
1 uncang teh ( lebih elok dan sedap jenama Ahmad Tea)
sehiris lemon
2-4 kuntum bunga kekwa (lalukan air sebelum guna)
1/2 sudu teh madu asli (optional- letak lepas air sudah mula suam)
Photo by anna-pou- from Pexels.
Photo by lukas from Pexels.
Photo by pixabay- from Pexels.
Photo by Mohd Azrol via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

CARA MEMBUAT:

IKLAN

1. Satukan semua bahan di atas dalam satu gelas. Perah sehiris lemon.

2. Biarkan bunga kekwa kembang seketika. Selepas air rendaman jadi suam kuku, masukkan madu asli.

3. Untuk kesan yang efektif, minum ketika masih suam.

IKLAN

Jom amalkan. Bolehlah kita cantik dari dalam sama-sama.

Sumber kredit: Afy Al Habibi via Diet Suku Suku Separuh

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.