Perasaan putus cinta itu memang menyakitkan. Hati seolah rasa dihempas dan hancur berderai. Untuk mencantumkannya kembali mungkin mengambil masa yang lama dan ada juga yang bertekad untuk terus menutup pintu hati kerana hakikatnya yang memeritkan.ย 

Artis terkenal, Zulin Aziz mengakui ramai yang bertanya bagaimana untuk move on selepas melalui episod cinta yang memeritkan. Memuat naik sebuah video bagi menjawab persoalan tersebut, ternyata pandangan yang dilontarkan menjadi inspirasi buat orang ramai.

Jangan tinggalkan kelukaan di hati…

Assalamualaikum, ramai yang DM tanya saya macam mana cara Kak Zulin move on. Tengok saya gelak ‘hahaha’ macam tak ada masalah. Tapi hati saya Allah sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya katakana adalah manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Jadi saya selalu rasa begini. Bila dia pergi, saya percaya ada yang baik akan menggantikannya. Kalau saya tutup pintu hati saya, maksudnya saya tinggalkan kesan yang tidak baik di hati saya. Di mana perasaan akhir yang ada di hati saya adalah kekecewaan. Rugilah. Kita tak boleh tutup pintu hati kita. Kita buka pintu hati kita sebab kita kena percaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. InsyaAllah, selepas dengan ujian Allah akan gantikan dan hadiahkan dengan kebahagiaan, InsyaAllah. Yang paling penting doa, tawakal, berserah, kuatkan iman kita pada Allah semoga kita ditemukan dengan orang yang baik.

View this post on Instagram

๐Ÿ‡ช๐Ÿ‡ธ Barcelona day 2

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Ternyata di balik tawa seseorang itu, siapa yang menyangka apa yang dirasai di dalam hati kan? Moga Zulin Aziz dan semua hijabi di luar sana terus diberi kekuatan oleh Tuhan. InsyaAllah, jodohmu pasti akan sampai jua. ๐Ÿ˜‰

kredit: instagram @zulinaziz