Photo by Brandon Nickerson from Pexels

Jika anda berasa hendak bersin, jangan ditahan. Mungkin anda punya alasan tersendiri mengapa anda menahan diri daripada bersin. Anda mungkin rasa malu bila bersin terutama apabila anda bersin dengan mengeluarkan suara yang kuat (luar kawalan).

Namun tahukah anda bahawa kajian mendapati menahan bersin membahayakan hingga berkemungkinan boleh menyebabkan tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah. Hasil kajian yang diterbitkan jurnal perubatan BMJ Case Reports menyatakan, mereka yang berasa hendak bersin namun menahannya, boleh mewujudkan tekanan kuat dalam tubuh.

Photo by Brandon Nickerson from Pexels

Seorang lelaki berusia 34 tahun telah dimasukkan ke wad kecemasan selepas dia tanpa sedar, telah memecahkan saluran pernafasan sendiri. Puncanya? Hanya kerana lelaki malang itu cuba menahan bersin.

Lelaki itu seperti terasa letupan kecil di bahagian tekaknya, disusuli dengan rasa kesakitan yang mendalam, selepas dia menahan bersin. Pemeriksaan lanjut doktor mendapati terdapat kesan bengkak yang ketara di bahagian tekak dan leher.

IKLAN

Imbasan X-ray menunjukkan tekaknya telah pecah dan angin yang disedut telah melepasi rekahan di saluran pernafasan dan terus ke tisu berhampiran. Bersin adalah satu mekanima tubuh untuk menyingkirkan habuk, kuman atau apabila ada iritasi pada hidung. Ia melibatkan tekanan di dalam dada yang sangat kuat dan laju.

IKLAN
Photo by Edward Jenner from Pexels

Apabila ditahan dengan sengaja, tekanan ini akan merosakkan saluran darah, mencederakan organ dan saluran pernafasan. Oleh itu, jika anda ingin bersin, jangan tahan, bersin di lengan atau lapik dengan kain.

IKLAN

HIJABISTA: Boleh guna tisu atau sapu tangan ketika bersin. Elakkan bersin secara terbuka kerana tindakan anda ini boleh menyebarkan penyakit selain kurang sopan. 

Sumber kredit: Public Health Malaysia Top image: Photo by Edward Jenner from Pexels

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI