Baru-baru ini, pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad ada meluahkan perasaannya di laman sosial apabila dia tiba-tiba mengalami rasa sedih dan stres hingga mengganggu waktu tidurnya.
Tak mahu terus dibelenggu perasaan sebegitu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu telah meminta para pengikut laman instagramnya berkongsi cara bagi mengatasi masalah yang dialami.
Few days ago, I had a severe mental breakdown. Macam-macam rasa yang negatif ada dalam diri. Tiba-tiba rasa sedih, takut, penat, risau tapi tak tahu apa yang dirisaukan, stress sampai migraine. And paling teruk bila terjaga pukul 3-4 pagi, berpeluh-peluh lepas tu tak boleh tidur sedangkan badan rasa sangat2 penat. Rasa worthless.
Pastu Yana tanya dekat igs. Apa yang korang selalu buat kalau rasa down. Thank you kepada yang respond and share dengan Yana. I really appreciate it. Rupanya ramai yang rasa macam tu. In fact, ada yang pernah rasa lagi teruk dari tu 🥵
IKLAN
Alhamdullilahhh I’m feeling a lot better now. Apa yang Yana boleh kongsi is kita jangan menidakkan perasaan ni. Jangan suppress atau pendam sorang-sorang. Luahkan dekat orang yang kita percaya. FEEL the feelings and ALLOW the feelings to pass. It’s just a bad phase, not a bad life. Paling penting, kita kena TERIMA diri kita & SAYANGI diri kita sendiri.
Minda kita memainkan peranan yang sangat penting. Kalau kita fikir negatif, trust me negatif lah hidup kita. I’m trying to self-reflect and look at what Allah has bestowed upon me. Banyak sangat nikmat Allah bagi yang patut disyukuri. Alhamdullilahhh.
IKLAN
Semoga rasa negatif ni akan berlalu pergi dan digantikan dengan kegembiraan yang berpanjangan. Aamiinn 🤲🏻
Also, swipe left to see some beautiful comments & tips dari mereka yang turut berkongsi 😊
IKLAN
Berikutan itu, ramai yang memberi respon terhadap soalan yang diberikan oleh Uyaina termasuklah rakan artis iaitu Janna Nick dan Fiza Frizzy.
Tanpa disangka, ramai juga yang pernah berdepan dengan situasi yang lebih kurang sama dialaminya dan mengatakan tidak mengapa untuk bersedih seketika namun jangan lupa untuk bangkit selepas itu.
Peringatan sebegini sememangnya sangat berguna untuk seluruh individu sebenarnya. Ramai di antara kita yang memilih untuk berdiam diri daripada meluahkan. Tak elok begitu. Janganlah anggap isu kesihatan mental ini suatu benda yang remeh kerana ia mampu mengganggu kehidupan seharian kita. Let’s take a good care of our mental health sister!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Majlis Pernikahan bermula dari 3 September 2020 pasangan Mira Filzah dan Wan Emir Astar telah diijab kabul. Artis dan pengacara yang berusia 27 tahun ini menamatkan zaman bujangnya bersama pasangan yang mempunyai restu kedua ibu bapa.
Usai majlis persandingan semalam di Le Meridian Putrajaya, Mira Filzah seperti puteri kayangan dengan persalinan yang indah dengan tema‘The Midnite Sky’, warna dekorasi agak berbeza dari hari pernikahan sentuhan Rekatemor .
Kini tiba hari ketiga meraikan dua mempelai ini, apa yang menariknya busana yang disarungkan Mira Filzah sedikit berbeza. Pernah menjadi ‘face of Rico Rinaldi Bridal Collection’, Rico sekali lagi diberi tanggungjawab mereka busana di majlis ketiga Mira Filzah yang bertempat di A-Park Pulau Meranti Puchong.
‘Modern Chic Muslimah’ sentuhan agung Rico
Pelakon dan pengacara Nona, Mira Filzah, sudah pasti selesa bekerjasama dengan Rico Rinaldi dan pastinya peluang untuk mereka busana persandingan Bintang Popular ini menjadi satu kebanggaan seorang pereka terkenal negara.
Pasti setiap busana yang indah dihasilkan mempunyai cabaran dan ceritatera disebaliknya. ‘Modern Chic Muslimah Wear’ busana yang di sarungkan oleh Mira Filzah, Rico sesuaikan dengan majlis mengikut Mira mempunyai beberapa ‘games’ dan majlis yang diadakan di siang hari agar mudah Mira bergerak dengan selesa.
“Apa yang pentingnya Rico membayangkan keselesaan pengantin ketika majlis itu satu rekaan yang chic , sleek, tak sarat, tak kembang dan pada masa yang sama sesuai dengan tema taman”.
“Cabaran untuk Rico menghasilkan busana ini adalah masa yang singkat di mana Rico hanya mengambil masa 2 minggu untuk menyiapkan kedua-dua busana, Mira mahupun Emir” jelas Rico.
Rico Rinaldi yang terkenal dengan busana pengantin yang penuh dengan perician khas yang anda semua kenal pasti setiap rekaan itulah Rico Rinaldi. Tidak kurang jua rekaannya kali ini, walaupun permintaan Mira mahukan sesuatu yang ringkas dan moden namun Rico tidak pernah menghampakan Mira. Bertemakan warna biru lembut sepasang busana terhasil indah.
Pelawaan Mira Satu Penghargaan
Pasti ramai pereka terkenal menanti-nantikan untuk mereka busana selebriti popular ini. Walaupun pernah menjadi face of bridal collection Rico Rinaldi, namun Rco tidak meletakkan harapan tinggi untuk Mira memilihnya.
“Secara peribadi Rico tidak berkecil hati sekiranya tidak terpilih, kerana sebelum ini komitmen Mira adalah atas dasar kerja, jujur kata Rico sebagai raja sehari Mira pasti ada pilihan designer yang digemarinya”.
Perasaan Mira Melihat Busana Sentuhan Rico
Sehari sebelum majlis kedua mempelai ini berkunjung ke butik Rico Rinaldi untuk ‘fitting’ terakhir dan melalui muat turun IG story Rico, ternyata Mira dan Emir cukup berpuas hati dengan sentuhan Rico Rinaldi.
Terbayang dari raut wajah Mira dan Emir sendiri membuat ramai yang tertanya-tanya rekaan yang bakal disarungkan.
Rico Titipkan Doa Dan Ucapan Buat Mira..
Sebagai kenalan lama dari Mira menjadi model Muslimah sehingga menjadi bintang paling popular, Rico semoga Mira dan pasangan bahagia hingga Jannah dan setinggi jutaan terima kasih menjadi face of Rico Rinaldi Bridal Collection dan memilih Rico sebagai salah seorang pereka busana majlis berbahagia Mira.
Sentuh sedikit mengenai koleksi pengantin akan datang, Rico tidak menetapkan siapa lagi sebagai muka penjenamaan koleksi akan datang. Terdahulu selebriti Daiyan Trisha dan Mira Filzah pernah menghiasi koleksi bridal Rico Rinaldi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ada tak yang disini lambat nak memahami subjek kira-kira seperti Matematik? Bila orang suruh ‘congak’ dan mengira, mulalah menggelabah dan ‘panic’. Untuk pengetahuan anda semua,penyakit ini merupakan sebahagian daripada ‘learning disability‘. Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan juga perkongsian daripada salah seorang pesakit diskakulia yang tular di TikTok.
Mungkin ramai yang cakna dengan ‘disleksia’ namun tidak ‘diskalkulia’. Kedua-duanya merupakan masalah pembelajaran. Disleksia merupakan kesukaran kemahiran pembelajaran seperti menulis, ketepatan ejaan, kelancaran pembacaan dan pemahaman ayat. Manakala diskalkulia ini lebih kepada kesukaran untuk mengira dan mengenal angka. Diskalkulia dan ‘calculation‘….memang berkait rapat! Tambahan itu, penyakit diskalkulia ini tidak boleh dirawat tapi boleh dikawal.
Diskalkulia ini adalah gabungan bahasa Greek “dys” yang bermaksud kesukaran, dan perkataan Latin “calculia” bermaksud “pengiraan”. Jadi dyscalculia ditakrifkan
sebagai masalah pembelajaran khusus seperti matematik. Penghidap diskakulia ini sering menghadapi masalah untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dan juga cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan dan tidak yakin dengan jawapan tersebut. Bahkan, ada yang baru melihat nombor pun jadi pening.
Simptom-simptom Diskalkulia
Menurut perkongsian daripada Iluminasi,terdapat lapan tanda-tanda seseorang itu menghidap diskalkulia. Berikut adalah diantara tanda-tandanya:
Lemah dalam pengiraan yang spontan.
Susah mengenal nombor dan simbol-simbol asas dalam matematik seperti +, -, x dan ÷.
Sukar untuk menentukan nilai mana yang lebih besar dan kecil. Contohnya, tidak dapat mengenal pasti nilai yang terbesar antara 69 dan 96.
Mengira sifir 2 atau 5 dalam turutan menurun.
Lemah dalam mengira wang atau melihat masa.
Sukar membuat anggaran dan pengukuran seperti nilai, saiz, jarak atau cecair.
Kurang kesedaran tentang kedudukan, arah dan lain-lain disebabkan tidak pandai membaca peta atau jadual.
Payah menggunakan peraturan matematik dan prosedur. Oleh itu, mereka tidak dapat mengingati langkah-langkah untuk menyelesaikan pengiraan matematik.
Terdapat juga beberapa punca terjadinya diskalkulia ini. Antara punca berlakunya penyakit ini adalah daripada genetik (disebabkan ahli keluarga yang turut mengalami masalah diskalkulia), kecederaan otak, pendedahan matematik yang terlalu awal (terdapat sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil) dan juga faktor pengajaran di sekolah.
Penghidap diskalkulia yang tular menerusi TikTok
Sebelum ini pernah tular satu video mengenai wanita yang dikatakan penghidap diskalkulia. Dia telah berkongsi dan memberi kesedaran mengenai penyakit ini dan telah berjaya menarik perhatian netizen. Iya lah, rata-rata masyarakat tidak tahu mengenai penyakit ini dan ia merupakan sesuatu yang baharu. Video yang tular itu juga telah mendapat kesukaan sebanyak 18.1K.
Wanita yang senang disapa sebagai Fija ini telah berkongsi bahawa dia tergerak hati untuk membuat penilaian(assesment) secara online selepas membaca mengenai penyakit ini di internet. Menerusi perkongsiannya bersama Mstar, Fija berkata dia mengunjungi sebuah pusat penilaian dan membuat ujian berkaitan soalan Matematik selama dua jam, sebelum didiagnos dengan masalah Diskalkulia pada awal tahun ini.
“Sepanjang dua jam membuat soalan berkaitan pengiraan, ada seorang pakar akan observe dan monitor. Selepas buat ujian, mereka keluarkan keputusan dan sememangnya saya didiagnos dengan Diskalkulia.”
Tambahnya lagi, selepas didiagnos individu tersebut kebiasaannya disarankan untuk meneruskan dengan rawatan terapi, khususnya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Namun saya tak buat terapi kerana kekangan waktu disebabkan tuntutan kerja.”
“Walaupun agak lambat mengesan situasi ini, namun saya lega akhirnya dapat juga tahu jawapan mengenai situasi yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Bercerita serba ringkas mengenai masalah tersebut ketika berada di bangku persekolahan, Fija berkata dia mengambil masa yang lama untuk memahami topik dalam subjek Matematik yang diajar oleh gurunya.
“Saya pernah tanya cikgu untuk minta dia ajar lebih jelas, tapi masih tak faham… saya segan juga sebab orang lain senang faham.”
“Jadi saya akan bertanya kepada kawan-kawan. Merekalah yang mengajar saya walaupun struggle juga nak bagi saya faham.”
“Jadi setiap kali ujian atau peperiksaan besar, saya akan bangun awal pagi untuk buat latihan dan ulangkaji. Boleh dikatakan hampir setiap pagi. Alhamdulillah, untuk subjek lain saya tiada masalah untuk skor,” ujar Fija sambil menambah, keputusannya untuk subjek Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak memuaskan hasil usaha kerasnya itu.
Wanita ini juga telah berkongsi bahawa dia telah diagnosis di Dyslexia Genius Titiwangsa Centre. Dia sempat berpesan kepada ibu bapa terutamanya agar lebih cakna dengan perkara ini kerana ianya mampu memberi kesan dalam kehidupan harian. Bayangkan, kalau kita mahu membeli barangan atau makanan pun kita kena pandai kira-kira kerana takut kalau ditipu. Ini kerana jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kerana ianya berkait rapat dengan keyakinan diri.
Komen daripada warganet
“Apabila saya share, ramai yang bertanya mengenai lokasi di mana saya buat assessment. Dan ada yang komen, situasi tersebut sama macam yang dialami oleh anak muridnya.
“Kadang ada yang fikir, seseorang pelajar tu lemah sebab malas. Tapi sebenarnya pelajar tu struggle dengan masalah ini.” katanya lagi.
Langkah gadis ini menyebarkan kesedaran kepada masyarakat wajar dipuji. Kalau tidak, sampai bila-bila masyarakat tidak tahu mengenai penyakit Diskalkulia. Segeralah melakukan dignosis dan dapatkan rawatan sekiranya anda ada tanda-tanda diskalkulia. Risau penyakit ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian anda. Kalau anda mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar, anda akan belajar cara untuk menangani masalah ini.
Apabila kita dibebani pelbagai tuntutan kerja, pastinya badan dan minda kita juga akan cepat letih hingga menimbulkan rasa mengantuk. Boleh tahan mencabar juga situasi ini apatah lagi ketika di bulan puasa. Nak tak nak kena teruskan jugalah.
Namun, jika rasa mengantuk itu makin kuat mencengkam diri, anda bolehlah cuba ikuti tip yang Hijabista sarankan ini. InsyaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk hilangkan rasa mengantuk itu.
1. Ambil Snek
Ambil snek seperti buah-buahan untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Elak daripada mengambil makanan yang berat dan mengandungi karbohidrat kerana ia akan membuatkan anda bertambah mengantuk. Tapi jangan dicuba pulak pada bulan puasa ya!
2. Jalan-Jalan Sebentar
Kajian menunjukkan bahawa jalan-jalan selama 10 minit boleh meningkatkan aliran oksigen dalam darah dan menambah tenaga selama 2 jam.
3. Quick Nap
Salah satu cara untuk menghilangkan mengantuk adalah dengan tidur. Tidak perlu tidur lama-lama, cukup sekadar 25 minit untuk menghilangkan rasa mengantuk dan menambah tenaga anda.
4. Berborak Dengan Kawan
Sekiranya anda sedang melakukan tugasan dan mengantuk, apa kata telefon BFF anda dan berborak seketika. Bila sudah ‘membawang’, mesti hilang rasa mengantuk kan? Hehe
5. Dengar Muzik
Mendengar lagu ketika sedang mengantuk pasti akan membuatkan anda lebih segar. Lagi-lagi bila dengar lagu favourite kan.
6. Minum Air
Salah satu penyebab anda mengantuk adalah disebabkan oleh dehidrasi. Jadi, jangan lupa minum air okay!
7. Alihkan Pandangan Daripada PC
Menatap PC dengan terlalu lama boleh menyebabkan mata anda penat. Jadi, alihkan dan rehatkan mata anda daripada melihat PC. Cuba lakukan perkara lain seperti berborak dengan kawan, touch up makeup atau melihat pokok yang hijau.
8. Minum Kopi
Cara ini sering menjadi pilihan orang ramai kerana ia dikatakan lebih efektif. Satu hingga tiga hirupan kopi mampu mengembalikan kembali tenaga anda.
9. Lampu Yang Terang
Pastikan pencahayaan di sekitar anda terang dan tidak malap. Keadaan yang malap akan membuatkan anda semakin mengantuk.
10. Stretching
Jika anda tidak mempunyai waktu yang cukup untuk berjalan-jalan atau quick nap, cuba lakukan stretching. Lakukan dengan perlahan serta nafas yang dalam. Oksigen akan mengalir ke dalam aliran darah lalu rasa mengantuk pun hilang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!