Zaman mak-mak kita membesar dulu, mesti biasakan pakai bedak sejuk untuk menjaga kecantikan kulit. Namun, pada masa sekarang macam susah pula kalau nak mencarinya sebab ramai yang dah tak pandang dah pada bedak sejuk ini.
Jangan pandang rendah tau pada kehebatan bedak sejuk sebab kalau kulit muka anda breakout, bedak sejuk merupakan alternatif terbaik untuk dipilih sekiranya segala produk yang dicuba tidak menjadi.
ARTIKEL BERKAITAN: Parut Jerawat Hilang Dalam Seminggu Bila Guna Asam Jawa Campur Bedak Sejuk Je!
Sebenarnya, salah satu tip untuk mengecutkan jerawat yang sedang kemerahan adalah dengan meletakkan sesuatu yang sejuk di wajah anda.
Oleh kerana fungsi bedak sejuk adalah untuk menyejukkan muka, ia mampu menyurutkan jerawat dengan baik.
Dihasilkan daripada tepung beras, ini adalah khasiat-khasiatnya yang perlu anda tahu:
- Menyerap minyak berlebihan di muka
- Mencerahkan dan membaiki tona kulit muka jika digunakan secara konsisten
- Tiada bahan kimia
- Mengurangkan jerawat
- Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
- Menanggalkan sel-sel kulit mati
- Menyerikan kulit muka
ARTIKEL BERKAITAN: DIY Bedak Sejuk Guna Beras Pulut+Kunyit+Kulit Kayu Manis, Jerawat Kecut & Kulit Pun Jadi…
Banyakkan manfaatnya? Jadi bolehlah sis start amalkan pakai bedak sejuk sebelum tidur. Pastinya kulit nampak lebih halus dan lembut. Wajah pun akan nampak lebih awet muda tanpa mengeluarkan kos yang mahal pun.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/VfM9f2lAf3Q
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Ada Niat Untuk Tidak Berkahwin. Ini Penjelasan Perkahwinan Yang Ditetapkan Tuhan.
Pernahkah terdetik di hati kita apabila berfikir mengenai tujuan dan niat untuk membina masjid, kadang-kadang hadir perasaan takut dan tidak yakin dengan diri sendiri.
“Adakah mahligai yang bakal dibina ini akan berkekalan sehingga ke akhirnya?”
“Adakah pasangan yang aku pilih ini benar-benar jodoh aku?”
“Bagaimana kalau suatu hari nanti masing-masing berubah dan sudah tak saling mencintai, adakah berdosa untuk membubarkan sesebuah perkahwinan?”
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالًا كَثِيرًا وَنِسَاءً ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالْأَرْحَامَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا
“Wahai manusia sekalian bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.”
(Surah An-Nisa, 4:1)
Dan macam-macam lagi persoalan yang bermain di benak fikiran kita. Dengan membina sebuah mahligai, kita merasakan bahawa kita sedang bertaruh dengan diri kita sendiri, bertaruh dengan kehidupan dan masa hadapan masing-masing.
Jadi, benarkah kata-kata yang sering diutarakan oleh sesetengah golongan yang berpendapat bahawa perkahwinan itu sebuah perjudian?
“Berjudi kan haram, jadi bagaimana dengan situasi aku ini yang sedang berjudi dengan kehidupan dan perkahwinan aku?”
“Takutlah nak kahwin, sebab dah macam mempertaruhkan masa depan sendiri.”
Wahai pembaca, berhentilah menidakkan yang halal dan membenarkan yang haram. Perkahwinan itu sendiri bermaksud sebuah ikatan yang suci dan halal hukumnya malah perkahwinan digalakkan dalam Islam apabila seseorang itu yakin dengan dirinya untuk membina masjid. Malah, Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berkahwin maka dia telah mengikuti sunnahnya melalui sebuah riwayat yang telah diriwayatkan oleh Anas RA yang berbunyi:
عَنْ أَنَسٍ أَنَّ نَفَرًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَسَأَلُوا أَزْوَاجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَعَنْ عَمَلِهِ فِي السِّرِّ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَتَزَوَّجُ النِّسَاءَوَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ آكُلُ اللَّحْمَوَقَالَ بَعْضُهُمْ لاَ أَنَامُ عَلَى فِرَاشٍ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِفَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ قَالُوا كَذَا وَكَذَا لَكِنِّي أُصَلِّيوَأَنَامُ
وَأَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَفَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي
“Bahawa beberapa orang dari sahabat Nabi SAW menanyakan dengan rahsia kepada isteri-isteri nabi tentang amal (ibadat) nabi, kemudian di antara sahabat itu ada yang mengatakan: “Saya tidak akan mengahwini perempuan.” Yang lain mengatakan: “Saya tidak akan memakan daging.” Yang lain mengatakan lagi: “Saya tidak akan tidur di atas hamparan (tikar). Setelah diberitakan kepada Nabi SAW, baginda mengucapkan: “Mengapa ada beberapa orang mengatakan begini dan begini? Tetapi aku sembahyang dan tidur, puasa dan berbuka dan mengahwini perempuan. Sebab itu siapa yang tidak menyukai sunnahku, maka orang itu tidak termasuk golonganku.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan sebuah hadis yang lain, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa, sesiapa yang telah menikah, maka dia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya dengan hadis berikut:
إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي
Maksud: “Apabila seseorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Oleh itu, janganlah kita menetapkan niat untuk tidak berkahwin sehingga ke hari tua kerana perkahwinan itu dianjur dalam Islam malah Allah menyukai hamba-hambaNya yang membina masjid.
Perkahwinan sebuah perjudian itu hanyalah sekadar perumpamaan. Kita melihat banyak perkahwinan yang berlaku di sekeliling kita, malah kita juga melihat ramai yang menghadapi penceraian setelah merasakan bahawa rumahtangga itu tidak mampu dipertahankan lagi.
Malah, sebuah penceraian itu juga merupakan takdir terhadap seseorang yang perlu dilalui. Jangan salahkan apa yang terjadi, namun, muhasabahlah dengan setiap yang berlaku, mungkin akan jumpa hikmahnya. Jangan berputus asa dan terus melabel perkahwinan itu sebagai sesuatu yang merugikan seperti perjudian kerana hakikatnya tidak.
Dengan berkahwin sahaja kita sudah mendapat pahala apatah lagi berusaha untuk menjadi pasangan yang baik. Berbeza dengan perjudian yang betul-betul merugikan diri sendiri malah berdosa jika dilakukan.
Perkahwinan Itu Qada’ Dan Qadar
Perkahwinan itu sebenarnya sebuah qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan untuk kita. Setelah Allah meniupkan roh kepada kita, Allah telah menulis jodoh, rezeki serta ajal sejak kita empat bulan di dalam kandungan lagi. Malah, Allah juga ada menyebutkan bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik serta sebaliknya.
Mafhum: “(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat; dan (sebaliknya).” (Surah An- Nur 24:26)
Bagaimana pula dengan kehidupan seorang yang baik dan solehah, contohnya ustazah yang telah jatuh ke tangan lelaki yang buruk akhlaknya seperti drama Ustaz Hamadi dan Aisyah dalam Nur? Dan ada juga nasib lelaki yang malang dapat isteri mata duitan atau tidak bersyukur dengan suami sendiri. Adakah itu juga takdir yang Allah tetapkan terhadap seseorang?
Ya, kerana itu semua adalah ujian yang telah ditimpakan oleh Allah terhadap seseorang. Sayangnya Dia terhadap hambaNya sehingga ingin mengangkat darjat seseorang dengan memberikan ujian yang begitu hebat.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Maksud: “Dari ‘Aisyah dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada satu pun musibah yang menimpa seseorang muslim berupa duri atau yang seumpamanya melainkan dengannya Allah akan mengangkat darjat atau menghapus kesalahannya.” (Hadis Riwayat Muslim)
Perumpamaan perkahwinan itu suatu perjudian kerana kita tidak mengetahui nasib yang bakal terjadi terhadap rumahtangga tersebut, kita tidak tahu adakah anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi anak yang baik akhlaknya atau sebaliknya, kita tidak tahu adakah kita mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dengan baik atau tidak.
Sedarkah anda, jika anda berpendapat bahawa perkahwinan itu sebuah perjudian, kehidupan anda juga boleh jadi sebuah perjudian. Dalam tidak sedar, kita meletakkan diri kita di lembah yang tidak tahu sejauh mana curamnya boleh membunuh kita.
Contohnya, kita tidak tahu harta yang dikumpul ini sempat digunakan sampai bila. Kita tidak tahu adakah pekerjaan yang kita lakukan ini bersesuaian dengan diri atau tidak. Semuanya bergantung kepada nasib yang kita pertaruhkan.
Sebenarnya, ia juga merupakan qada’ dan qadar yang telah Allah tetapkan kepada kita dengan usaha yang kita lakukan. Semuanya adalah berdasarkan pergantungan dan doa kita terhadap Allah. Allah telah menyuruh hambaNya supaya tidak mudah berputus asa dengan kehidupan dan menyalahkan takdir yang telah terjadi. Doa, usaha dan tawakkal merupakan salah satu kunci dalam kehidupan yang boleh dijadikan panduan. Allah sendiri menetapkan supaya berdoalah hanya kepadaNya untuk kehidupan yang sejahtera.
Mafhum: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.” (Surah Ghafir, 40:60)
Dalam ayat lain, Allah ada menyebut mengenai perlunya setiap hamba itu berusaha untuk sesuatu:
Mafhum: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak); Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang sempurna.” (Surah An-Najm, 53:39)
Dalam ayat di atas sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kita perlukan usaha untuk melalui kehidupan ini. Allah tidak pernah merendahkan usaha seseorang malah ia akan diberikan ganjaran dan pahala yang setimpal. Tidak ada satu pun yang dilakukan dalam dunia ini secara sia-sia.
Oleh disebabkan itu, manusia disyaratkan untuk beristikharah dan beristisyarah sebelum membuat sesuatu keputusan. Ia juga merupakan salah satu usaha kita dengan kehidupan ini. Dengan meletakkan pergantungan terhadap Allah, itu membuktikan bahawa kita sebenarnya hanyalah hamba yang lemah yang mengharapkan bantuan daripada sang Pencipta.
Kesimpulan
Perkahwinan dan kehidupan sebagai suatu perjudian hanyalah sebuah perumpamaan yang dicipta supaya kita lebih berhati-hati dengan setiap keputusan yang bakal dilakukan. Perkahwinan dan penceraian yang berlaku adalah salah satu usaha kita untuk mentaati perintahNya dan menyempurnakan sifat kita sebagai manusia yang dicipta secara berpasang-pasangan.
Jangan takut dengan perkahwinan, tetapi berusahalah untuk menjadi pasangan yang baik dengan melaksanakan tanggungjawab dalam sesebuah perkahwinan.
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Mafhum: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakan di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah Al-Mulk, 67:2)
SUMBER: Tazkirah
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakar Saran Perlu Memulakan Hari Anda Dengan Air Betik, Dalam Keadaan Perut Kosong. Lain Macam Hasilnya!
Betik adalah sumber vitamin A yang baik, yang penting untuk penglihatan,kata pakar diet. Kita semua tahu tentang pelbagai faedah mempunyai buah-buahan segar, seperti betik, untuk kesihatan yang baik, tetapi tidak ramai di antara kita mungkin tahu tentang kebaikan air betik.
Memberitahu kita semua tentangnya, pencipta kandungan Armen Adamjan di laman sosial Instagram untuk berkongsi mengapa seseorang mesti mempunyai air betik untuk kesejahteraan keseluruhan. “Kebanyakan orang tidak tahu tentang kebaikan betik! Inilah cara membuat air betik!” dia menulis di platform media sosial.
Untuk membuatnya, menurut Adamjan
- Potong betik separuh. Kupas kulit.
- Keluarkan bijinya.
- Potong kecil-kecil.
- Rebus dengan air selama kira-kira lima minit.
- Tanggalkan api. Biarkan ia sejuk.
- Simpan air betik di dalam peti ais dan minum seperti air biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Patutlah Kulit Wanita Thailand Flawless & Glowing, Salah Satu Rahsianya Pakai Masker Betik
“Anda mempunyai air betik yang sangat sihat dan semulajadi,” katanya. Menurut Adamjan, air betik padat dengan vitamin, mempunyai sifat anti-kanser, baik untuk penghadaman, melegakan sakit senggugut, melindungi buah pinggang dan membantu migrain dan arthritis.
Tetapi mengapa perlu minum air apabila boleh makan buah segar?
Di sinilah kandungan likopena memainkan peranan. Walaupun terbaik untuk mengambil buah-buahan mentah untuk memanfaatkan faedah kandungan seratnya, dalam beberapa kes, memasak meningkatkan tahap sebatian pelindung tertentu. Begitulah kes likopena dalam betik yang bersifat termo-stabil, jelas, pakar diet berdaftar. Likopena terperangkap dalam dinding sel sehingga rawatan haba digunakan. Fitonutrien ini membantu dalam mencegah pelbagai jenis kanser, bersifat kardioprotektif dan neuroprotektif.
Masa terbaik untuk minum air betik
Jika anda perlu mendapatkan manfaat buah ini untuk penurunan berat badan, ambil air betik pada awal pagi kerana ia membantu membersihkan kandungan usus dan membuangnya keluar dari badan.
“Cuba masukkan kiub betik dalam minuman ini juga, kerana ia akan menambah kebaikan. Ini kerana dinding sel kiub betik akan dibuka apabila mendidih, membebaskan antioksidannya seperti likopena dan memusnahkan anti-nutriennya.
Walaupun apa-apa air buah-buahan (air detoks pada air infused) boleh diminum pada bila-bila masa sepanjang hari, minum air betik pada awal pagi semasa perut kosong akan menghasilkan faedah maksimum. Ini kerana kehadiran enzim papain di dalamnya, yang mesra usus dan membuang toksin dari saluran usus.
Beberapa faedah lain
Kaya dengan vitamin C – Merebus kiub betik dalam air dan kemudian memakannya adalah cara terbaik untuk mempunyai vitamin C, vitamin larut air. Vitamin ini dikeluarkan dalam air yang menghasilkan antioksidan yang baik dan membantu meningkatkan imuniti. Ia memberikan ketahanan terhadap pelbagai jangkitan.
Banyak beta karotena – Betik adalah sumber vitamin A yang baik, yang penting untuk penglihatan.
Keutuhan papain – Buah oren kekuningan ini mengandungi enzim protease yang dipanggil papain, yang membantu mencerna protein yang dimakan oleh seseorang individu. Ia tahan panas, jadi setiap kali betik direbus dalam air, papain kekal utuh dan membantu melancarkan pembuangan air besar. Papain menghalang kembung perut, gas dan sembelit serta mesra usus.
Kesan anti-radang – Memandangkan enzim pencernaan yang terdapat dalam betik adalah tahan haba, sitokin dilepaskan yang mempunyai sifat anti-radang.
ARTIKEL BERKAITAN: Makan Buah Betik 14 Minggu Berturut Bantu Mudakan Kulit Wajah, Daunnya Pula Redakan ‘Menstrual Pain’
Menangani senggugut – Kestabilan termo ini juga membantu mengawal hembusan darah semasa haid dan memberikan kelegaan segera daripada kekejangan rahim.
Kesan anti-karsinogenik – Minuman ini mempunyai sifat anti-karsinogenik yang kuat kerana kehadiran fitonutrien, polifenol dan flavonoid di dalamnya. Ia melindungi daripada kanser kolon, prostat dan payudara.
Bolehkah minuman itu diminum setiap hari dan disimpan selama beberapa hari bersama-sama?
Minuman ini boleh dimakan setiap hari tetapi perlu dibuat segar kerana vitamin, mineral dan antioksidan hilang semasa penyimpanan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalan Bagi Para Muslimah Mudah Ke Syurga, MasyaAllah…
Syurga adalah tempat yang menjadi idaman buat para umat Islam, itulah impian semua manusia dimana mereka ingin berada di kehidupan hakiki kelak. Namun apakah kita selayaknya menerima syurga Allah SWT?
Artikel berkaitan: Mulakan Permulaan Hari Yang Baik Dan Berkualiti Dengan Amalan Rasulullah Ini!
Jangan putus harapan! Meskipun hidup ini banyak dosa telah kita lakukan, Allah SWT masih lagi memberi peluang supaya kita bertaubat. Banyak juga masa untuk perbaiki diri dengan sedaya upaya.
Syurga untuk semua dengan usaha…
Sememangnya, lelaki dan perempuan layak memasuki syurga tidak kira jantina, tiada perbezaan pun untuk kedua-duanya. Apa yang membezakan ada bagaimana jaminan seseorang itu dengan amalannya untuk layakkan diri ke syurga Allah SWT, itulah persoalannya.
Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya dan mentaati perintah suaminya, maka ia diundang di akhirat supaya masuk syurga berdasarkan pintunya mana yang ia suka (sesuai pilihannya).”
(HR. Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Jadi jelas di sini menyatakan ada terdapat amalan-amalan tertentu yang memudahkan seseorang wanita itu untuk memasuki syurga. Solat lima waktu, puasa pada bulan ramadhan, menjaga harga dirinya serta mentaati sang suami–syurga di janjikan buatnya. Secara lazim, amalan yang penting untuk wanita patuhi adalah dengan menjaga serta mendirikan solat lima waktu.
Allah SWT pernah berfirman:
“Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa) sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”
(Surah An-Nisa ayat 103)
Manakala, diriwayatkan oleh Jabir R.A, Rasulullah SAW juga bersabda:
“Perumpamaan solat lima waktu adalah seperti seseorang yang mandi di sebuah sungai yang dalam yang mengalir di depan rumahnya sebanyak lima kali sehari.”
(HR. Muslim)
Namun, ada juga amalan yang harus diketahui oleh para muslimah. Amalan ini juga boleh menghapuskan kesalahan dan meningkatkan darjat seseorang muslimah itu.
Di petik oleh Abu Hurairah R.A, mengatakan Rasulullah SAW bersabda:
“Sukakah engkau semua saya tunjukkan pada sesuatu amalan yang dengannya itu Allah SWT akan menghapuskan segala macam kesalahan serta mengangkat pula dengannya tadi sampai beberapa darjat? Para sahabat menjawab; “Baik, ya Rasulullah”
Baginda bersabda:
“Iaitu menyempurnakan wudhu’ sekalipun banyak menghadapi kesulitan, melangkahkan kaki untuk pergi ke masjid, serta menantikan solat setelah selesai solat yang satunya. Yang sedemkikian itulah yang dinamakan ribat (perjuangan).”
(HR. Muslim)
Artikel berkaitan: Orang Yang Meninggalkan Solat Adakah Amalan Baiknya Yang Lain Tidak Diterima Allah SWT
Apa yang dapat kita simpulkan melalui hadis serta penjelasan baginda SAW adalah:
- Sempurnakan wudhu’ sekalipun menghadapi kesulitan, misalnya di saat cuaca dingin sekali, sehingga airnya pun menjadi sangat dingin.
- Dalam hadis di atas di jelaskan bahawa sentiasa berthaharah yakni kekal suci dari hadas besar dan kecil, maka solat dan segala sesuatu yang dilakukan dengan niat ibadah dan berbakti kepada Allah SWT, adalah sama pahalanya dengan berjihad fii sabilillah.
Sumber: Kalam
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI