Pasti ramai di antara kita yang suka melancong. Melancong dengan keluarga ataupun bersama rakan semestinya menyeronokkan namun ada juga yang memilih untuk melancong bersendirian ataupun dipanggil ‘solo traveller’. 

Sememangnya banyak cabaran jika memilih untuk melakukan kembara solo ini. Banyak risikonya namun jika hijabi pandai menjaga diri, insyaAllah segalanya berjalan lancar. Seperti yang dikongsikan oleh @malissaali di Twitter, dia telah berkongsikan beberapa tips buat gadis yang ingin travel secara solo ini. Jom kita baca!

Malissa sememangnya berpengalaman dalam hal ini kerana telah beberapa kali melakukan kembara solo ke pelbagai negara.

1. Kaji destinasi anda. Lihat kadar jenayah di negara itu. Jika tempat itu tidak selamat, jangan pergi bersendirian. Tiada maknanya keseronokan cabaran ketika bercuti jika nyawa anda melayang.

2. Elakkan memakai warna baju yang terang. Cuba berpakaian mengikut fesyen masyarakat di sana (semestinya yang sopan).

3. Jangan terlalu berhias dengan memakai pakaian yang mahal dan mewah. Ini akan membuatkan anda mencari sasaran orang jahat.

4. Elakkan menetap di hotel murah sebaliknya pilihlah hostel.

5. Jika anda dicabul secara seksual, jangan panik tetapi segera berlalu daripada kawasan itu dan pergi ke tempat yang ramai orang dan selamat.

6. Jangan bawa passport dan segala kad bank bersama anda. Anda hanya perlu bawa satu kad yang penting, IC dan sedikit tunai. Jika apa-apa terjadi, anda masih dapat keluar daripada negara itu dengan mudah.

7. Kongsi rutin harian anda bersama keluarga atau teman rapat. Jika sesuatu terjadi dan anda hilang, sekurang-kurangnya ada seseorang yang tahu kemungkinan tempat yang anda tujui.

8. Jangan kongsi lokasi anda secara online kerana risau orang jahat akan menjadikan anda sasaran mereka.

9. Pastikan anda simpan segala nombor kecemasan terutamanya polis.

10. Jangan lupa untuk bergembira!

Tinggalkan Komen