Dalam barisan produk penjagaan wajah, serum juga merupakan produk perawatan wajah yang dianggap penting kerana mempunyai pelbagai fungsi. Ia berasaskan air dan tidak mengandungi sebarang minyak atau bahan pelembap seperti petroleum yang menjadikannya lebih likat.

Fungsi serum pada kulit bergantung kepada kandungan bahan aktifnya. Serum berfungsi untuk merawat kedutan, jeragat, pigmentasi, antipenuaan, mencerahkan kulit dan antiradang. Jenis serum pula bergantung kepada bahan aktif yang terkandung di dalamnya.

Wanita berusia 40 tahun sangatlah digalakkan memakai serum kerana kulit mulai kering, pigmentasi dan garis halus mula muncul. Walau bagaimanapun pemakaian serum bukan hanya bergantung pada umur sahaja tetapi lebih kepada jenis dan masalah kulit.

Berikut ENAM pilihan serum yang sesuai dipakai bagi memastikan kulit kekal awet muda.

Cosmoderm Tea Tree Oil Oil-Control Serum (30ml)

Mampu untuk mengurangkan jerawat, blackhead serta whitehead dengan bertindak membersihkan pori terbuka. Selepas toner, serum boleh diaplikasi pada wajah dengan cara mengurut perlahan-lahan pada kulit untuk penyerapan yang bagus. Sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak untuk mengawal sebum berlebihan pada kulit muka.

 

THE ORDINARY Vitamin C Suspension 23% + HA Spheres 2% (30ml)

Mempunyai sumber Vitamin C, juga dikenali sebagai L-Ascorbic Acid meningkatkan pengeluaran kolagen dan mempunyai sifat antioksidan penting untuk menjaga kulit dari penuaan serta tona tidak sekata. Sistem ini disokong dengan penambahan sfera dehidrasi HA bermaksud Hyaluronic Acid, yang berupaya menarik 1,000 kali berat ke dalam air.

IKLAN

Garnier Sakura White Ultimate Serum (50 ml)

Serum ini mampu mengembalikan keanjalan serta memberi penampilan awet muda. Ianya juga membantu mencerahkan parut dan melindungi cela pada wajah anda selepas beberapa minggu. Kulit anda akan tampil lebih glowing. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama yang bermasalah seperti sensitif.

 

NUTOX Advanced Serum Concentrate (30ml)

Nutox Advanced Serum Concentrate memberi tumpuan kepada dua ciri utama, Actigenic +, dan B’Nest Collagen. Gunakan secara konsisten bagi mengurangkan kesan penuaan seperti garis halus, kedut, dan kekusaman.

 

EUCERIN ProAcne Solution Super Serum (30ml)

Serum Eucerin ProAcne mengandungi 100% Natural Acid, mengurangkan jerawat dalam lapisan kulit wajah. Teksturnya cepat menyerap, tidak menyumbat liang pori, bebas paraben dan sangat lembut terutamanya pada kulit yang mudah rosak seperti sensitif.

IKLAN

 

THE FACE SHOP Yehwadam Revitalizing Anti-Aging Care Serum (45ml)

Serum dari The Face Shop ini mengandungi 3 bahan semulajadi utama yang diproses menggunakan herba tradisional Korea untuk membantu menaikkan kembali seri wajah akibat kekusaman dan penuaan. Ginseng, Safflower dan Goji Berry adalah diantara bahan tambahan yang telah diproses kedalam serum ini agar kulit nampak kekal awet muda sentiasa

TIP PEMILIHAN SERUM:

*Cuba serum terlebih dulu pada kawasan kecil di muka untuk memastikan kesesuaian terhadapnya. Jika cairan sesuai, biasa­nya ia tidak berminyak dan tiada reaksi seperti kemerah-merahan atau gatal.

IKLAN

*Serum harus dipakai selepas mencuci muka dan penyegar iaitu sebelum memakai losen atau krim. Jika sudah memakai losen atau krim, kadar penyerapan serum akan berkurangan kerana bahan pelembap petrolatum dalam losen atau krim sudah menyelaputi permukaan kulit dan menghalang penyerapan serum secara efektif.

*Jika anda mempunyai kulit berminyak, serum saja mungkin sudah cukup, tidak perlu krim atau losen.

*Jika pori muka tersumbat dan banyak komedo seperti bintik putih dan bintik hitam, lebih baik lakukan rawatan menggunakan bahan sental dan pengelupasan terlebih dahulu supaya serum lebih menyerap ke dalam kulit.

*Wanita berusia 40 tahun ke atas yang berkulit kering dinasihatkan menggunakan gabungan serum dan krim untuk kesan lebih intensif.

*Jika tidak begitu rajin memakainya, banyak langkah penjagaan wajah yang boleh dipilih. Pakai serum pada waktu pagi dan krim atau losen pada waktu malam kerana waktu pagi dan tengah hari kulit terdedah pada cahaya matahari terik jadi kulit lebih berminyak.

*Gunakan krim atau losen pada waktu malam terutama jika tidur di bilik berhawa dingin kerana kulit lebih cenderung kekeringan.

Sumber kredit: Productnation.com dan Harian Metro