Apabila sudah mejangkau usia 20-an, kebanyakan daripada kita pastinya sudah memikirkan mengenai soal jodoh bukan? Kerana pada usia begini ramai di antara kita yang sudah mula mendirikan rumah tangga.Namun, masih ramai juga yang menunggu jodoh yang belum berkunjung tiba.
Kadang kala kita mesti terfikir mengapa kita gagal dalam sesebuah perhubungan itu walaupun kita saling mencintai. Tapi percayalah ada sebab mengapa terjadi sesuatu kejadian itu. Jangan bersedih girls! Bacalah perkongsian daripada Syifa Melvin iaitu adik kepada Syatilla Melvin ini. Anda pasti akan kembali tenang…
Jangan terburu-buru dalam sesebuah perhubungan. Lebih baik menunggu daripada berada dalam hubungan yang salah!
?APPRECIATION POST TO ALL SINGLE LADIES?.. Dont rush to be in relationship or to get married,i was there in that phase where I really wanted to get married swallow every shit and pain till lost myself,why??? Bcs everyone is getting married at my age.. Better wait than being with the WRONG ONE!
IKLAN
Walaupun adik dan rakan baiknya terlebih dahulu sampai jodoh, dia percaya Tuhan telah tentukan yang terbaik untuknya. Selain itu, pilihlah rakan yang positif yang dapat memotivasikan kita supaya tidak bersedih!
As time goes by,surrounding berubah,different mindset,umur naik.. I surround myself dengan positive vibes,sadly everyone is getting married too now,my younger sister is engaged and getting there soon and bff is married,don’t you think i need that too? Of course yess but Wallahi after that i’ve been through I finally become matured to accept Qadr or what Allah has written for me.. Obviously my surroundings help me too,thats why cari kawan yg betul2 positive and it will lead you to be more positive…
Sabar.. Tuhan tidak kejam. Dia berikan rezeki lain terlebih dahulu.
its a bit stress I admit when my younger sister is getting married while me still in my own life doing everything alone but HEY!!! Heads up girls!! Its not that u are comitting big sin! Cuma jodoh Allah belum sampai.. Alhamdulillah orang lain jodoh awal tapi Allah gantikan kita dari berjodoh awal dengan Rezeki.. Alhamdulillah Syukur sangat-sangat.. ingat ya,Allah tak kejam.
IKLAN
Gagal dalam perhubungan kerana Tuhan mahu melindungi kita dari orang yang salah.
Why we always failed in relationships? Because Allah is helping us out dari orang yang salah dan jauhkan kita dari sakit hati.. Always remember this one thing “Allah jadikan kita, Allah sayangkan kita, Dia nak yg terbaik utk hambanya” Jangan sesekali cakap “why me” tapi set in mid “What is Allah trying to show me”.
Baiki diri dahulu supaya menjadi lebih baik. Kelak, jodoh itu pasti akan datang jua.
This is my main Point here.. Kalau kita masih leka,jarang solat,banyak buat dosa mungkin tu sebab jodoh kita lambat sampai,jadi kita haruslah berubah,mintak ampun taubat banyak2 sebab kita mestilah nak yg terbaik utk masa depan kita,utk anak2 kita.. jadi kita kena berubah dulu barulah Allah bagi yg terbaik buat kita.. Selalulah berdoa kerana Doa itu senjata orang Mukmin?
Lagu nasyid pada satu ketika dahulu sering menjadi siulan di bibir-bibir anak muda dek kerana liriknya yang mudah dihafal serta irama yang dekat dengan jiwa. Disebabkan itu, lagu-lagu nasyid ini begitu popular sekitar tahun 90-an.
Antara kumpulan nasyid yang popular pada waktu ini adalah Raihan, Rabbani, Hijjaz, Saujana, UNIC dan lain-lain lagi. Hijabista paparkan 10 lagu yang sering menjadi pilihan satu ketika dahulu.
#1 – Raihan: Demi Masa
#2 – Saujana: Sepohon Kayu
#3 – Rabbani: Intifada
#4 – Hijjaz: Sumayyah
#5 – UNIC: Hanya Tuhan Yang Tahu
#6 – In-Team: Kasih kekasih
#7 – Rabbani: Pergi Tak Kembali
#8 – Raihan: Iman Mutiara
#9 – Saujana: Keluarga Bahagia
#10 – Hijjaz: Fatamorgana
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Ayat-ayat Al-Quran sememangnya terkandung 1001 rahsia dan penawar dalamnya. Setiap orang itu mahu rasa disenangi oleh orang sekelilingnya. Untuk itu, apa kata hijabi amalkan doa ini ? InsyaAllah, keserian wajah juga akan terserlah.
Surah Yusuf Ayat 4
Surah Taha Ayat 39
kredit: twitter @AthrhJsni
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahun tidak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu kebaikan dan pahala ditawarkan di dalam bulan ini. Tetapi bagaimana mereka yang tidak dapat berpuasa dan beribadah? Wanita yang datang haid dan uzur yang lain di bulan yang penuh berkat ini, untuk sama-sama dapat meraih pahala.
Di dalam Islam wanita yang datang haid, tidak ada batasan untuk menambah pahala walaupun di bulan Ramadan. Bersedekah, Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi.
Antara adab – adab bersedekah adalah:
Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima)
Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana Allah dan demi mendapatkan keredhaan-Nya. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di Akhirat kelak
Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa – apa yang aku telah Aku wajibkan keatasnya..” (Riwaya t Al-Bukhari)
Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran
Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak-anak yatim, janda dan sebagainya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan Allah dan orang yang bermusafir.” (surah al-Tawbah 9: 60)
Bersedekah dengan harta yang halal – antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil
Tidak mengungkit -ungkit sedekahnya – Sebagai mana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah 2: 264)
Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah S.W.T ke atas dirinya kerana Allah memberikan rezeki yang lebih
Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jangan buruk siku – Tdak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Riwayat Muslim)
Sedekah jariah yang diberikan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah adalah salah satu saham akhirat yang akan mengalir terus pahalanya walaupun ia telah kembali menemui Allah SWT di alam Barzakh.
Kekayaan sebenar bukanlah kerana banyak ‘memiliki’ tetapi kerana banyak ‘memberi’. Sekiranya bulan ini permulaan untuk buat kebaikaan maka cubalah untuk bersedekah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!