Sumber Gambar: Cottonbro from pexels.com

Mungkin ramai daripada kita terlepas pandang soal penjagaan kuku. Kalau nak tahu kesihatan kuku sebenarnya sangat penting kerana ia melambangkan peribadi kita.
Bayangkan jika wajah sudah cantik dan berseri namun apabila dilihat pada kuku warnanya kusam dan tidak berseri. Paling teruk ada kesan dek tabiat menggigit jari. Aduh, sangat tidak kena.

Mungkin anda boleh ke pusat manicure dan pedicure namun tahukah anda selain kunjungan ke sini, anda sebenarnya boleh lakukannya sendiri di rumah.
Berikut adalah tip yang anda boleh ikuti demi mendapatkan kuku yang cantik dan sihat.

  1. Potong Kuku Dengan Tepat

Apabila anda memotong kuku. potong biar sedang elok dan jangan dipotong terlalu dalam. Jika anda memotong terlalu panjang ia akan menyebabkan bahagian hujung kuku luka sekaligus boleh menyebabkan ‘cagu’.

IKLAN
  1. Buang Tabiat Mengigit Kuku

Mesti ramai memiliki tabiat menggigit kuku, betul tak? Cuba elak dari melakukan perkara ini lagi. Tabiat menggigit kuku menyebabkan pertumbuhan kuku tidak sihat, lagi pula amalan itu agak menggelikan kerana hujung jari anda merupakan lokasi kuman mudah terkumpul.

Sumber Gambar: Trang Doang from pexels.com
  1. Makan Makanan Bernutrisi.

Kuku yang sihat bermula dari dalaman juga, apa yang kita makan haruslah bernutrisi untuk membekalkan nutrient yang mencukui dalam menjaga kesihatan kuku. Agar kuku tidak mudah rapuh anda boleh mengambil makanan yang memiliki vitamin B, C, E dan juga berprotein.

IKLAN
Sumber Gambar: Designcologist from pexels.com
  1. Hindari Memakai Pewarna Kuku Terlalu Kerap

Sebagai seorang hijabi mungkin pewarna kuku bukan pilihan kerana susah untuk dibawa solat. Bagi yang gemar memakinya ketika waktu ‘datang bulan’, kalau boleh kurangkan amalan ini. Pewarna kuku sebenarnya menyebabkan kuku tidak boleh ‘bernafas’. Elak pewarna kuku yang memiliki bahan aseton kerana jenis kimia keras ini boleh merosakkan permukaan kuku.

IKLAN

Jangan lupa amalkan tip-tip ini untuk kuku yang lebih sihat. Semoga bermanfaat buat semua pembaca Hijabista.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI