Lain orang lain caranya dalam menjaga kecantikan wajah. Namun step asas rutin penjagaan biasa tetap sama, cuma produk digunakan berbeza-beza. Tidak kiralah produk mana digunakan asalkan hasilnya mampu membuat wajah jadi lebih halus, berseri dan flawless.

Seperti perkongsian wanita ini Aida Azman di laman sosial facebook. Dia memberitahu cara penjagaan wajah hanya dengan menggunakan produk drugstore terpilih bgi mengelakkan wajah jadi cela dan bermasalah.

Turut berkongsi jika mahu membeli semua produk berkenaan bukan sekaligus tetapi mengikut bajet dan kemampuan.

My Drugstore Skincare Routine (long post alert!)

First and foremost, disclaimer:

Pasang niat dulu

1. Niat. Pastikan anda pasang niat yang betul kenapa anda decide nak mulakan rutin penjagaan muka yang agak panjang ini. Secara peribadi, saya berpendapat kaum wanita terlalu banyak mengambil masa di surau/masjid semata-mata untuk remove makeup, ambil wuduk, solat and then pasang balik mekap (saya tak terkecuali).

Tapi kalau tak guna mekap, kita kaum wanita sering berasa insecure dengan kulit muka sendiri yang kurang sempurna macam kawah bulan. Jadi, saya memang berniat untuk mulakan rutin penjagaan seperti ini agar kulit muka bebas cela dan kurang bermasalah. With clear skin, you’ll have more confidence to step out of the house with minimal makeup. Less makeup also means less time removing it so you can perform ablution (wuduk) quicker. That’s my main goal.

Kalau tak jaga muka dengan elok, nanti kulit akan jadi bermasalah

2. Penulisan ini bukanlah bertujuan untuk promote products yang digunakan (saya beli guna duit sendiri okay) tetapi lebih kepada perkongsian tentang langkah-langkah penjagaan kulit muka yang baik. If you’re late thirties and have no problematic skin, (I hate you) then you might not need to read further.

Tapi kalau anda ada masalah seperti parut jerawat, acne/breakouts, pigmentation, large pores etc, mungkin perkongsian ini boleh memberi sedikit manfaat. No matter how much you’re blessed with good genes, kalau tak jaga kulit muka dengan elok, lama-kelamaan kulit muka akan timbul masalah juga. So kalau nak kulit muka yang sihat, kena rajin dan disiplin buat rutin penjagaan muka okay?

Kena tahu kandungan dalam produk digunakan

3. I’m no dermatologist but I do have a little bit of chemistry background. As a former chemist, you can say that we’re trained to read labels, detect abnormalities dan kena tahu fungsi dan kegunaan sebatian kimia dalam makanan atau produk tertentu. Tapi kalau anda bukan seorang chemist sekalipun, anda kena cerewet tentang bahan-bahan dalam produk nak-nak lagi kalau bahan tersebut kita nak letak atas muka atau makan. Bak kata Fazura, sayangilah dirimu hehe…

Skincare mahal tak semestnya berkesan…

4. Before choosing any product that suits you, understand your own skin and do lots of research. Baca review yang banyak terdapat di internet (contoh boleh rujuk www.thedermreview.com). Kebanyakan review boleh membantu anda untuk mengenalpasti masalah kulit, jenis-jenis bahan aktif yang disarankan serta contoh produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut. Skincare yang mahal tak semestinya berkesan dan begitu juga sebaliknya. Ia bergantung kepada kesesuaian kulit muka individu.

Untuk mengatasi masalah kulit, tak semestinya kena guna pencuci muka, toner, pelembap dari satu jenama yang sama (kulit kita tak kenal pun brand jenis apa yang kita guna kan). Yang penting, cuba satu per satu dahulu. Contoh guna pencuci muka dahulu, kemudian toner dan pelembap.

Jadi kalau ada masalah kulit timbul, kita boleh kenalpasti samada pencuci muka (atau toner atau pelembap) tu yang tak sesuai untuk kita. (Sekiranya anda ingin mencuba produk skincare yang baharu, pakar kulit mencadangkan tempoh masa sekurang-kurangnya 4 minggu untuk setiap produk ini menunjukkan keberkesanannya. Ini kerana sel kulit mengambil masa sebulan untuk memperbaharui sel-sel mati).

Ini rutin penjagaan wajah yang biasa dilakukan

5. My skincare routine consists of 10 steps : makeup remover > double cleanser > exfoliator > toner > essence > serum/ampoule > mask > eye cream > moisturizer/sleeping pack > sunscreen. It is lengthy I know, but I’ve adapted to this regime since 2 years ago and I’ve noticed a lot of improvement on my skin.

My acne scars are reduced, less visible/smaller pores and clearer (also brighter) complexion that my foundation swatch has changed from NC30 to NC25 (MAC foundation). But again, what suits me might not be best for you. So feel free to adjust to your own needs.

Senarai produk drugstore yang digunakan:

Langkah 1 : Buang Mekap (makeup remover)

Perkara paling penting sebelum memulakan rutin mencuci muka ialah dengan membuang kesan mekap pada kulit wajah. I always believe the amount of time you spent putting on makeup should be the same amount of time you spent removing it. Those who knew me dah sedia maklum, cara saya remove mekap memang agak teliti sampaikan mascara on each strand of lashes pun saya bersihkan elok-elok guna cotton tip haha…

Kalau tak pakai mekap pun, segala produk seperti face cream, moisturizer, sunscreen yang dah ditepek pada muka wajib dibersihkan terlebih dahulu. Untuk langkah ini, saya gunakan Garnier Micellar Cleansing Water in Oil. Saya lebih gemar menggunakan makeup remover yang mengandungi campuran minyak kerana ianya lebih efektif dalam menanggalkan kesan mekap yang kalis air seperti waterproof mascara atau eyeliner.

Ini kerana produk mekap yang kita gunakan biasanya berasaskan minyak jadi tentu sekali makeup remover yang oil-based lebih berkesan untuk menanggalkan mekap daripada makeup remover jenis air (micellar water). Garnier has always been innovative by producing makeup remover that not only does the job well, but at the same time it’s affordable, doesn’t irritate contact lens user like me and it has refreshing scent of argan oil that lingers around, sumpah sedap giler bau dia haha..

Garnier Micellar Oil-Infused Cleansing Water (RM19.90)

Biore Makeup Remover Wipes Refill Pack (RM24.50)

2. Langkah 2: Double Cleanser

Yes, I use 2 (eh, actually 3) types of cleanser for washing up my face. One is oil cleanser (Senka Perfect Watery Oil) and another one is foam cleanser (Hada Labo AHA/BHA Foaming Wash). Why? Because oil cleanser helps to remove makeup residue that may be left behind after makeup removal. Besides I love how oil cleanser moisturizes my skin after every wash.

Senka Perfect Watery Oil (RM29.47)

3. Langkah 2: Double Cleanser

Now after oil cleansing, use any foam wash of your choice to further cleanse and prep your skin for the next step. Saya guna pencuci muka jenis AHA/BHA kerana ianya juga bertindak sebagai pengelupas (exfoliant) untuk kulit muka. Yang ni saya guna untuk sebelah malam, manakala pagi biasanya saya guna pencuci yang lebih lembut seperti Cetaphil Gentle Cleanser.

Hada Labo AHA/BHA Facial Foaming Wash (RM30)

4. Langkah 2: Double Cleanser

Sebenarnya Cetaphil cleanser saya dah guna lama sebelum ianya viral dalam fb memandangkan anak-anak saya ada eczema jadi Cetaphil memang sentiasa ada di rumah. Tambahan pula, brand inilah yang saya sentiasa bawa sebagai pencuci muka sekaligus sabun mandi ketika bertugas outstation kerana fungsinya sebagai multipurpose cleanser yang juga sesuai digunakan bukan setakat untuk kulit muka malahan pada tubuh badan.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser (RM22)

5. Langkah 3: Pengelupasan (exfoliator)

Tujuan pengelupasan (exfoliation) ialah untuk membuang sel-sel kulit mati yang menghalang liang pori pada muka. Produk-produk seterusnya akan menyerap dengan lebih berkesan apabila liang pori telah dibersihkan. Ada 2 jenis teknik pengelupasan yang saya amalkan iaitu physical and chemical exfoliation. Untuk physical exfoliation, ianya lebih kepada pengelupasan di atas epidermis kulit, maka pencuci berbentuk scrub sering digunakan.

IKLAN

For this, I use Clarins One Step Gentle Exfoliating Cleanser twice a week. You can use any type of scrub which suits you, I just happen to have this since it was given to me by mom. Good brands like St Ives and Freeman also offer great range of scrub in local drugstores at Watsons and Guardian. Do remember that excessive exfoliation can also trigger your oily skin to produce more oil. So use it sparingly.

Clarins One-Step Gentle Exfoliating Cleanser (RM128)

6. Langkah 3: Pengelupasan (exfoliator)

As for chemical exfoliator, I use Cosrx AHA 7 Whitehead Power Liquid and Cosrx BHA Blackhead Power Liquid, alternately 2 times a week.

Pengelupasan secara kimia (chemical exfoliation) bertindak jauh ke dalam sel-sel kulit dan hasilnya ialah kulit yang lebih sihat, cerah dan bermaya. Penggunaan Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hydroxy Acid (BHA) membantu menghaluskan kulit wajah sekaligus memudarkan kesan parut, mengecilkan liang pori dan mencerahkan wajah.

Cosrx BHA Blackhead Power Liquid (RM76.32)

7. Langkah 3: Pengelupasan (exfoliator)

Cosrx AHA Whitehead Power Liquid (RM62.54)

8. Langkah 4: Toner

Ok, yang ni saya tak guna sebab malas. Lagi satu, sebab saya rasa dgn kaedah double cleansing yang diamalkan, kulit wajah dah pun bersih sebersih-bersihnya maka boleh lah kot skip toner hehe… Untuk langkah ini, saya gantikan dengan Hada Labo Hyaluronic Acid (Moist/Light) Lotion.

Kebanyakan produk skincare yang saya amalkan mengandungi Hyaluronic Acid (HA) kerana sel-sel HA dikatakan mampu membekalkan 6x ganda hidrasi (air) pada sel kulit sekaligus menghasilkan kulit wajah yang lembap dan inilah rahsia awet muda sebenarnya hehe…

Ramai di kalangan wanita Malaysia suka memilih produk yang mengandungi agen pemutihan (whitening/brightening) tetapi secara peribadi bagi saya, sekiranya kita jaga kulit muka dengan baik, secara tidak langsung ianya akan terhasil mulus, putih dan cerah dengan sendirinya. Permasalahan kulit seperti jerawat, kulit kusam dan lain-lain sebenarnya berpunca daripada masalah dehidrasi iaitu kekurangan air. Sel-sel kulit yang lembap dan cukup kandungan airnya Insha Allah akan menghasilkan kulit muka yang bebas cela, sihat dan bermaya.

Hada Labo Hydrating Lotion (Light) RM55

9. Langkah 5: Essence

The Koreans have always been at the forefront of beauty innovation (essence, bb cushions, anyone?). I remember seeing the bb cushion trend from korean brands waayy before Maybelline, L’oreal etc come up with their own bb cushion. In terms of skincare, dorang pun sebenarnya 10 tahun lebih ke hadapan berbanding brand dari US. Maka tak hairan lah kalau trend dorang menjadi ikutan.

OK berbalik kepada essence, ianya bertujuan menghidratkan dan mengoptimumkan keadaan kulit untuk penyerapan bahan-bahan seterusnya. Time Revolution: The First Treatment Essence (FTE) from Missha is my definite holy grail (ni dah botol ke-3). Yang ni hanya boleh didapati secara online (Hermo, Althea, Shoppee dll) dan kebanyakkan review membandingkan FTE Missha ini setanding dengan SKII namun pada harga yang lebih mampu milik.

Mula-mula guna memang saya agak skeptical tetapi selepas 3 bulan, parut jerawat semakin pudar dan yang paling ketara, liang pori semakin mengecil (woohoo…!). Kalau nak baca lebih lanjut tentang perbandingan antara FTE Missha dan FTE SKII boleh rujuk skinandtonics.com. Ianya sangat berkesan untuk kulit muka saya yang jenis combo dan saya memang setia guna sampai sekarang. Essence ini saya guna sebelah pagi dan malam.

Missha Time Revolution FTE (RM155.88)

IKLAN

10. Langkah 5: Essence

Selain daripada Missha, saya juga selang selikan penggunaannya dengan satu lagi essence daripada L’Oreal iaitu Youth Code Boosting Essence. Yang ni saya baru guna selama 2 minggu jadi kena tunggu lagi samada berkesan atau tidak. Saya beli essence ni semasa warehouse sale dengan harga RM20 sahaja.

L’Oreal Youth Code Boosting Essence (RM151.50)

11. Langkah 6: Serum/Ampoule

Penggunaan serum/ampoule penting sebagai ‘zat tambahan’ kepada kulit kita. Biasanya serum mengandungi molekul-molekul yang sangat halus dan ini memudahkan ianya diserap oleh sel kulit. Ada banyak jenis serum yang ada di pasaran, bergantung kepada permasalahan kulit anda. Untuk serum (malam sahaja), saya guna Night Repair Science Activator Borabit Ampoule, juga daripada Missha.

This serum has been said to be almost an exact dupe to Estee Lauder Advanced Night Repair but with more affordable price tag.

Missha Time Revolution Night Repair Borabit Ampoule (RM100)

12. Langkah 6: Serum/Ampoule

Besides this, I also use Tiam C21.5 Vitamin C Serum to combat wrinkles and as anti-aging property.

Tiam C21.50 Pure Vitamin C Serum (RM68.90)

13. Langkah 7: Mask

Topeng muka jenis sheet mask saya guna 1x seminggu dan saya suka simpan dalam peti sejuk sebelum digunakan. Selain daripada sheet mask, saya juga gemar menggunakan clay mask seperti Freeman Anti Stress Clay Mask (juga hadiah pemberian rakan) 1x seminggu.

Freeman Dead Sea Minerals Anti-Stress Mask (RM22)

14. Langkah 7: Mask

Watsons dan Guardian ada banyak pilihan sheet mask yang murah dan berkualiti. Dalam gambar ini antara sheet mask yang saya ada (stok dah berkurang), beli masa sale kat Elianto harga RM1 lebih je sekeping

15. Langkah 8: Eye Cream

Eye cream yang saya gunakan ialah Super Hyaluronic Acid Moist Eye Cream daripada Hada Labo. Walaupun agak mahal, tetapi disebabkan dah obses sangat dengan produk yang mengandungi HA maka ahkak butakan mata pekakkan telinga sahaja hahah…

Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moist Eye Cream (RM58.57)

IKLAN

16. Langkah 8: Eye Cream

Selain eye cream, sebenarnya saya juga baru saja mencuba Garnier Brightening Eye Roll-On yang dibeli semasa sale di Guardian. Kadang-kadang kalau tak cukup tidur memang ketara eyebag saya (nasib baik kedut bahagian mata belum ada lagi), jadi kita tengok dulu samada berkesan atau tidak eye roll-on ni okay?

Garnier Brightening Eye Roll On (tak ingat harga tapi rasanya dalam RM11 mcm tu, watsons sale. Again haha…)

17. Langkah 9: Moisturizer (siang) / Sleeping Pack (malam)

Untuk pelembap pada waktu malam, saya baru sahaja mencuba L’Oreal RevitaLift Filler (HA) Revolumizing Cushion Cream yang dibeli semasa warehouse sale. Jadi, kesannya belum nampak lagi, kena tunggu lagi 2 minggu baru boleh bagi review okay?

L’Oreal RevitaLift Filler (HA) Revolumizing Cushion Cream (RM80.75)

18. Langkah 9: Moisturizer (siang) / Sleeping Pack (malam)

Manakala untuk pelembap siang, sekiranya anda mempunyai jenis kulit muka berminyak, seeloknya gunakan pelembap jenis gel berbanding krim. Saya pengguna setia pelembap Perfect Gel daripada Hada Labo kerana ianya ringan, mudah diserap kulit dan turut mengandungi HA yang baik untuk kelembapan kulit.

Hada Labo Perfect Gel (RM85)

19. Langkah 9: Moisturizer (siang) / Sleeping Pack (malam)

Pelembap siang juga, diselang seli penggunaannya dengan Perfect Gel Hada Labo. Yang ni lebih kepada jenis matte, sesuai kalau nak mekap.

L’Oreal RevitaLift Magic Blur (RM85)

20. Langkah 10: Sunscreen

Kesalahan besar bagi wanita ialah apabila tak pakai sunscreen bila keluar dari rumah. Walaupun hanya di pejabat tak berjemur pun, jangan skip ye adik2 kakak2. Saya sangat suka guna Aqua Rich Watery Essence Sunscreen daripada Biore ini sebab ianya memang ringan, tak berminyak dan cepat meresap ke kulit. Tambahan pula ada SPF 50 PA++++ (so far Biore ni yang paling banyak tanda + saya tengok hehe…). Tak hairan lah produk ni merupakan sunscreen yang paling laris di Jepun. 

Biore UV Aqua Rich Watery Essence (RM32.36)

Extra Treatment:

Yang ni saya gunakan hanya apabila perlu (especially time of the month). Bagus untuk mengeringkan parut jerawat tapi kena konsisten pakai ye…

Hiruscar Gel (RM30)

 Extra Treatment:

Spray muka yang berguna untuk mengekalkan kelembapan wajah, boleh digunakan sebelum dan selepas mekap juga. Kalau mengantuk semasa memandu, sembur sikit agar segar mata hehe… Lagi satu ingredient favourite saya yg ada dalam spray ni: hyaluronic acid! Ya betul 

Watsons Water 360 Mineral Spring Hydrating Spray (RM15)

OK tu je daripada saya, penat dah menaip. Sedikit tips: kebanyakkan produk yang saya gunakan adalah produk drugstore (kecuali essence dan serum), jadi sememangnya harga berpatutan dan setanding kualitinya dengan jenama lain. Beli sikit-sikit dulu atau tunggu sale, kalau ada trial/travel pack lagi bagus. Sebelum beli jangan lupa buat research dan baca review tentang brand tersebut. Semoga bermanfaat!

#nofilterneeded

(not that I’ve ever used a filter before, hence lack of selfie in my album. Only this, the most decent and sincere one ngee…)

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI