Photo by Fahri ramdani on Unsplash

Menurut Institusi Perubatan di US, seorang dewasa perlukan 400 mg asid folik setiap hari. Ianya yang juga dikenali sebagai vitamin B9 ini sangat penting untuk kesihatan kerana mampu membaiki DNA serta menghasilkan sel darah merah.

Jika badan kita kurang asid folik ini, kita mungkin akan mengalami simptom tertentu. Risiko terjadinya anemia juga boleh berlaku iaitu dimana organ dalaman kita tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kurang oksigen.

Inilah 7 tanda badan anda kekurangan asid folik:

1. Masalah Kognitif


Asid folik sangat penting untuk sistem saraf. Jika kekurangan, kita akan mengalami depresi, susah focus dan cepat lupa. Jika tidak dirawat, ia mungkin akan mengundang penyakit Alzheimer.

2. Sakit Badan


Disebabkan otak tidak menerima oksigen sepenuhnya, anda akan mudah mendapat sakit kepala. Tetapi bukan bahagian kepala sahaja, anda juga boleh merasai kesakitan itu di bahagian tubuh lain seperti kaki dan juga dada.

IKLAN

3. Kulit Pucat


Disebabkan kekurangan sel darah merah dan hemoglobin untuk menyalurkan oksigen ke tubuh, kita akan rasa lemah sendi, kebas di tangan dan kaki serta mengalami kulit pucat.

4. Nafas Pendek


Selain simptom ini, anda juga akan mengalami degupan jantung yang laju serta merasai pening ataupun boleh pengsan.

IKLAN

5. Masalah Penghadaman


Muntah, sakit perut, cirit birit merupakan antara tanda badan anda kekurangan asid folik. Dalam kes tertentu, anda juga boleh mengalami aneroxia.

6. Bibir, Mulut Pecah dan Membengkak


Jangan abaikan walaupun rasa ianya sering berlaku kepada diri anda. Ianya kerap berlaku disebabkan kurangnya sel darah merah.

IKLAN

7. Hilang Deria Rasa


Mengikut beberapa kajian, ini boleh terjadi kerana deria rasa kita yang dipanggil papillae tidak boleh menghantar mesej ke otak melalui sistem saraf kerana masalah di lidah.

 

Cara yang paling mudah bagi mengatasi masalah ini adalah dengan mengamalkan diet pemakanan yang betul. Hijabi perlu memperbanyakkan pengambilan sayuran seperti brokoli, bayam dan asparagus. Jika terdapat tanda-tanda ini, sebaiknya berjumpa dengan doktor dahulu supaya anda tahu keadaan diri yang sebenarnya.

SUMBER: BRIGHT SIDE