Melangkah masuk ke dekad yang baru, Girl Gang travel jangan lepaskan peluang menikmati percutian dengan keunikan kediaman yang menarik seiring dengan percutian Insta Worthy anda. Airbnb mahu anda mendiami kediaman-kediaman unik yang indah pada musim cuti. Airbnb telah memilih senarai kediaman tempatan dan di destinasi luar negara yang mempunyai penerbangan terus oleh syarikat penerbangan tempatan untuk diterokai.
Dengan pilihan daripada dua belas kota dari lapan negara – sama ada anda seorang pencinta pantai, peminat alam sekitar, atau seorang yang mencari destinasi terpencil, Airbnb mempunyai semuanya. Dari suasana pagi yang ditemani bunyi alunan pokok-pokok dan bunyi kicauan burung di Hibiscus Beach Retreat ke melarikan diri dari bandar-bandar yang penuh sesak ke rumah buluh ajaib dan pemandangan menakjubkan di teres padi hijau yang subur di Camaya Bali Lotus, ini adalah beberapa kediaman percutian terbaik yang anda perlu pertimbangkan semasa membuat rancangan untuk melawat negara-negara ini.
Jom terokai 12 kediaman unik yang disediakan oleh Airbnb:
1. Pengalaman Berkaki Ayam di Utara Borneo, Sabah, Malaysia
Nikmati aura percutian di kawasan pinggir pantai paling utara Borneo dengan alunan air laut sejuk di kaki anda. Terletak di puncak tebing kecil dengan pemandangan Laut Cina Selatan, Hibiscus Beach Retreat adalah sebuah chalet 1 bilik yang bersendiri, direka khas buat pasangan dan keluarga kecil, dan satu tambahan sempurna buat paparan Instagram anda!
2. Rumah Pokok Bali dengan Kolam Renang Indah, Bali, Indonesia
Nikmati percutian yang menyamankan di musim cuti ini di rumah pokok yang tersenarai dalam senarai kediaman paling diingini di Bali. Terletak hanya 3 minit dari pantai, anda dapat melihat pemandangan matahari terbit dari veranda dan nikmati pemandangan taman dan kolam yang indah.
3. The Studio – Kadupul Homecation, Da Lat, Vietnam
Dengan lokasinya yang terpencil di lorong kecil dalam kawasan perumahan yang sunyi tetapi ramah, anda dijanjikan masa rehat dan tidur malam yang berkualiti. Kadupul Homecation terletak di kawasan bukit yang tidak jauh dari bandar Dalat dan mempunyai pemandangan landskap indah dengan kawasan perumahan berwarna-warni di bukit yang bertentangan.
IKLAN
4. Vila Onnut Gaya Thai Berkolam Renang yang Sunyi dan Semulajadi, Bangkok, Thailand
Dapatkan pengalaman gaya hidup Thai pada musim cuti di vila berkolam renang Thai yang terletak di tengah-tengah pinggir bandar Bangkok. Sebuah mutiara ketenangan, rumah kompaun Thai dengan suasana sunyi dan bersih ini dikelilingi taman tropika yang subur.
5. Rumah Tradisional Jepun, Yamanashi, Jepun
Alami pengalaman di Rumah Moshi Moshi, sebuah rumah tradisional Jepun berusia 150 tahun yang terletak di puncak bukit di bandar Koshu. Shoji (pintu ruang tamu) apabila terbuka, memaparkan pemandangan panoramik indah kawasan lembah sekitar, dan hos Ayumi akan mengalu-alukan anda dengan sifat ramah dan semangat. Terokai Kofu, bandar berdekatan yang terletak sekitar 15-20 minit dari Rumah Moshi Moshi, yang penuh dengan kuil-kuil yang indah.
6. Canoe Ville – Bilik Terapung di Tengah Tasik, Kerala, India
IKLAN
Tanah ajaib Kerala yang penuh dengan pantai tropika, kawasan sungai yang tenang, keindahan pinggir pantai yang menggiurkan dan festival seni kontemporari terbesar di Asia – Kochi Muziris Biennale. Apabila sudah selesai dengan acara keramaian, berehat di vila terapung yang dihoskan oleh sebuah keluarga di pinggir tasik Vembanad, dikelilingi pohon kelapa dan burung-burung liar.
7. Bilik Kayu Tradisional, Chiang Rai, Thailand
Rumah kayu tradisional yang luas dan selesa ini dikelilingi sumber semulajadi dan aura tradisional berdekatan dengan pinggir tasik yang indah dan di sepanjang gunung, hutan hijau dan padang.
8. Hideout Bali – Rumah Buluh Eko, Selat, Indonesia
Hideout adalah sebuah penginapan eko unik yang tersembunyi di kawasan pergunungan gunung berapi Gunung Agung – terletak jauh dari kehidupan bandar, ia adalah sebuah tempat persembunyian yang sempurna buat pelancong yang sukakan kelainan. Rumah buluh ini dikelilingi alam semulajadi, terletak di pinggir sungai sepanjang sawah padi yang indah.
IKLAN
9. The Tree House, New South Wales, Australia
Ambil sedikit masa untuk berehat dan tenangkan diri anda di rumah pokok pemenang anugerah yang mempunyai pemandangan Taman Nasional Diraja. Anda boleh menikmati aktiviti berbasikal gunung bertaraf dunia, bermain kayak, memancing dan meneroka hutan betul-betul di depan kawasan rumah pokok ini, yang terletak hanya 40 minit dari bandar Sydney.
10. Kediaman Gaya Retro Coca-Cola, Quan Zhou, China
Suka minuman Coca-cola? Sertai semangat berpesta di kediaman bertemakan Coca-cola ini, di mana anda boleh bermain salah satu permainan retro bertemakan Coca-cola yang terbaik.
11. Rumah Thai Saabay di Tengah Bandar, Chiang Rai, Thailand
Rumah Saabay menyediakan kabin gaya Thai yang mewah di kawasan terpencil berdekatan dengan bandar Chiang Rai. Sebuah tempat yang ideal untuk menerokai pelbagai kuil di sekitar kawasan itu, melawat Segi Tiga Emas, puak-puak orang asli bukit dan aktiviti trek gunung dengan pemandangan yang indah.
12. Camaya Bali Lotus – Rumah Buluh Ajaib, Selat, Indonesia
Larikan diri daripada bandar sesak ke rumah buluh ajaib kami dan nikmati pemandangan teres sawah padi yang subur dan indah. Sesuai untuk pengembara dan pencinta alam semulajadi yang ingin menyelami persekitaran sekitar mereka dan bercuti di kawasan terpencil di Bali.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita, pastinya anda memiliki pakaian atau hijab daripada fabrik yang lembut seperti kain berbulu, sutera, kapas dan nylon. Terdapat pelbagai jenis fabrik lembut di pasaran kerana setiap individu memiliki cita rasa yang berbeza.
Fabrik lembut ini perlu dijaga dengan rapi agar ia kekal lama dan tidak mudah rosak. Jadi, anda perlu tahu cara penjagaan yang tepat agar ia tahan lama. Nah, Hijabista kongsikan 6 tip penting yang boleh anda cuba.
1. Cuci Dengan Tangan
Mencuci fabrik lembut dengan tangan dapat menjamin kebersihan serta menjaga kondisi fabrik tersebut. Jadi, sebaiknya anda cuci dengan tangan.
2. Gunakan Laundry Bag
Sekiranya anda mencuci fabrik lembut seperti hijab menggunakan mesin basuh, gunakan laundry bag agar ia tidak mudah rosak. Pilih pusingan sederhana atau perlahan untuk cucian mesin.
3. Jangan Gunakan Peluntur
Jangan sesekali menggunakan peluntur ketika mencuci fabrik lembut kerana ia hanya akan merosakkan fabrik tersebut.
4. Pastikan Guna Pencuci Yang Sesuai
Untuk menjaga kondisi fabrik lembut, pastikan anda menggunakan pencuci yang sesuai. Hijabista cadangkan anda gunakan pencuci TOP Lite kerana ia sesuai untuk cucian fabrik halus dan lembut. Malah, ia juga dapat memelihara kelembutan fabrik serta dapat menghilangkan kesan daki, peluh dan bau hapak dengan sepenuhnya. Mengapa TOP Lite berbeza dengan pencuci baju yang lain? Ini kerana TOP Lite dapat mencegah kepudaran pada fabrik dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan kecerahan warna fabrik. Pencuci TOP Lite lembut pada kulit dengan pH neutral dan ia juga berfungsi sebagai anti-bakteria.
5. Jemur Di Bawah Matahari
Jangan keringkan fabrik lembut menggunakan mesin pengering kerana ia akan menghilangkan bentuk fabrik tersebut. Sebaiknya, gantung dan jemur ia di bawah matahari. Lebih mengujakan apabila pencuci TOP Lite akan mengekalkan keharuman pada fabrik. Sekiranya hujan, anda tidak perlu risau kerana TOP Lite sesuai untuk pengeringan di bawah kawasan yang teduh. Jadi, baju anda tidak akan berbau.
6. Jangan Bilas Menggunakan Pelembut
Seeloknya, jangan bilas pakaian anda dengan pelembut kerana pelembut tidak sama fungsinya dengan pencuci baju. Pakaian anda masih kotor dan pelembut tidak dapat menghilangkan kekotoran pada pakaian anda jika anda membilas pakaian menggunakan pelembut.
Max Kleen9 Hijab Wash Mencuci kotoran yang dapat menghilangkan kesan peluh, minyak dan gincu / mekap dengan mudah. Hanya perlu RENDAM-BILAS-SIDAI. Walaupun hijab wash, ianya tidak hanya mencuci tudung, tapi terbukti dapat membersihkan pakaian sekolah dan telekung yang sudah kekuningan. Cara Penggunaan Tuangkan 2-3 penutup botol hijab wash) ke dalam baldi air kemudian rendam tudung atau fabrik anda beberapa jam. Max Kleen9 Hijab Wash, ia lembut pada tangan dan tidak akan membuatkan tangan anda menjadi lebih kasar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa sangka, ternyata bunga matahari punya banyak khasiat yang boleh merawat kulit kita. Yup! Sunflower oil atau minyak bunga matahari mempunyai banyak kelebihan untuk mengatasi pelbagai masalah kulit.
Malah, ia amat sesuai untuk hijabi yang sedang mencari skincare yang diformulasi menggunakan bahan-bahan semulajadi. Skincare dengan kandungan bahan semulajadi memang tengah In-Trend sekarang ini!
Selain itu, bunga yang menjadi simbol keceriaan ini juga mengandungi banyak vitamin yang membantu meningkatkan kesihatan tubuh serta melindungi kulit dari pelbagai risiko. Jom semak kelebihan menggunakan minyak bunga Matahari ini!
Mencegah Bakteria Punca Jerawat
Sebagai wanita, masalah kulit yang sering kita alami adalah jerawat. Oleh itu, tidak ada salahnya jika hijabi melakukan perawatan kulit supaya wajah kita sentiasa bersih dan bebas dari bakteria jahat yang akan mengakibatkan jerawat.
Anda tidak perlu memakai skincare yang berlebihan, cukup membersihkan wajah secara berkala dan berikan kulit anda vitamin yang mencukupi untuk kulit. Jadi Hijabista menyarankan anda menggunakan sunflower oil yang kaya dengan pelbagai vitamin!
Ini kerana, sunflower oil memiliki kandungan vitamin E, A, C, dan Asid Lemak yang melancarkan proses regenerasi kulit. Sifat antioksida dari kesemua vitamin ini, membantu kulit untuk melawan bakteria penyebab jerawat, sekaligus menjaga kesihatan kulit anda.
Mencegah Iritasi
Lebih menarik lagi, minyak bunga matahari merupakan jenis minyak anti-komedo tau! Minyak ini juga mampu merawat kulit dengan baik tanpa menyumbat pori-pori pada wajah.
Selain itu, minyak bunga Matahari lebih mudah menyerap dan dapat mencegah terjadinya iritasi pada kulit kita. Minyak ini juga amat sesuai digunakan bagi semua jenis kulit. Tidak kira samada kulit sensitif, berjerawat mahupun kulit kering.
Bunga kuning yang satu ini juga sering menjadi bahan utama dalam setiap kandungan produk penjagaan wajah yang memfokuskan untuk mengatasi masalah kulit kering dan melembapkan wajah.
Kandungan vitamin E dan asid linoleat dapat meningkatkan hidrasi kulit serta mengunci kelembapan di dalam sel kulit lebih lama. Ia turut menjamin, kelembapan kulit agar lebih terjaga.
Melindungi Kulit Dari Sinar UV
Manfaat terakhir minyak bunga Matahari ini, adalah membantu menjaga kesihatan dan melindungi kulit. Sekaligus memberikan perlindungan kulit yang optimum dari sinar UV atau sinar matahari.
Ini kerana, kandungan vitamin A dan C yang terdapat dalam minyak bunga Matahari ini juga berfungsi untuk menjaga kelembutan serta mencerahkan kulit.
Jika dilihat dari beberapa manfaat di atas, ternyata produk penjagaan kulit yang mempunyai kandungan minyak bunga Matahari, adalah produk yang amat berbaloi untuk dibeli!
Jika lihat media sosial usahawan terkemuka, Rozita Ibrahim, ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman seringkali memuatnaik videonya bersama-sama dengan pekerjanya yang kelihatan ramah dan akrab.
Menerusi hantaranya dalam Instagram baru-baru ini, Rozita meluahkan rasa sayang dan syukurnya kepada salah seorang pembantu rumahnya, Yati yang kini sudahpun berhenti kerja. Biarpun Yati sudah berhenti, namun dia tetap mengenang jasa Yati yang banyak berjasa kepada diri serta keluarga Rozita.
Yati jaga arwah Mak saya 24 jam tanpa henti! Mandi makan basuh berak, usap Mak saya sebelum tidur! Sedangkan saya tak buat begitu pada Mak saya! Kemuliaan dia menjaga Mak saya sangat buat saya malu.
Tambah Rozita, dia menyayangi pekerjanya tidak kira berasal dari Malaysia atau Indonesia kerana dirinya, apabila mereka banyak menyumbang jasa, serta membuat baik dalam pekerjaan. Sebagai seorang ketua, dia benar-benar suka menguji kesetiaan para pekerjanya.
Kongsinya lagi, Yati merupakan anak yatim (kehilangan ibu) sejak dari kecil lagi. Oleh kerana itu, pembantunya itu sudah menganggap Rozita seperti keluarganya sendiri sehinggakan pakaian pun akan dipakaikan oleh Yati.
Yati ni semua dia nak pakaikan saya. Butang baju, kasut kalau boleh seluar dalam pun dia nak pakaikan. Dia sayang saya kerana dia tak pernah ada ibu sejak kecil.
Sebagai tanda penghargaan, Rozita menghadiahkan pembantu rumahnya itu seutas gelang tangan emas. Bagi Rozita, pekerjanya merupakan jiwa dan keperluan utama dalam kehidupannya.