Setiap wanita yang meninggalkan puasa wajib qada’ puasa tersebut sebelum bermulanya Ramadan yang akan datang. Atas alasan tertentu, anda tidak sempat menghabiskan qada’ puasa dan masih ada beberapa hari lagi yang tinggal.

Sekiranya hal ini terjadi, anda perlulah membayar fidyah. Apa itu fidyah? Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.

Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, ia ibarat satu hutang kepada Allah Taala. Jadi, jangan memandang ringan hal ini ya hijabi. Ia mudah sahaja jika anda faham konsepnya.

Hukum Fidyah Puasa

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. Kewajipan ini jelas dinyatakan dalam firman Allah SWT yang bermaksud :

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu, maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain, dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa). –  al-Baqarah: 184

Golongan Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa

Sebelum mahu membayar fidyah jika tidak sempat menggantikan puasa terdahulu, ada perkara yang perlu kita fahami dengan jelas kerana bukan semua boleh diselesaikan dengan membayar fidyah, malah puasa tetap wajib diganti juga.

Berikut adalah kategori golongan yang boleh membayar fidyah.

1. Mereka yang tidak dapat ganti puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua.Fidyahnya adalah satu cupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan disamping ganti puasa bagi setahun tertinggal.

Kalau tidak diganti sehingga tiba dua Ramadan, maka dikenakan dua cupak tetapi puasa tetap  juga 1 hari (tiada tambahan)

2. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh.

3. Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya untuk berpuasa.

4. Fidyah orang yang meninggal dunia.

IKLAN

Orang yang ada ganti puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian. Maka fidyah tersebut perlud dibuat oleh keluarga si mati atau diambil daripada harta pusakanya.

5. Perempuan yang mengandung dan menyusukan anak

Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anaknya perlu ganti  puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya.

Tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya, dia hanya wajib ganti puasanya.

Kadar Fidyah Puasa

Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Di Mana Boleh Bayar Fidyah?

Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.

Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Cara Bayar Fidyah

1. Tetapkan Negeri Anda

Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang telah ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.

IKLAN

2. Buat Kiraan

Contohnya seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Jadi, sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:

RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40

3. Buat Bayaran

Bayar fidyah secara tunai – Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.

Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.

Foto: Laman Web Lembaga Zakat Selangor

Ini caranya jika anda mahu bayar menggunakan Maybank2U:

  1. Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’

2. Klik ‘Zakat & Charity’

IKLAN

3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing

4. Pilih ‘Fidyah’

5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!

Tetapi, ia bergantung juga kepada jenis bank atau negeri. Kemungkinan sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah online.

6. Boleh juga guna Kalkulator Fidyah di laman web Lembaga Zakat Selangor.

Dah, jangan tangguhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa. Ingat, jika anda tidak membayar fidyah, ibarat anda berhutang dengan Allah!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sumber: Laman Web Lembaga Zakat Selangor

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI