Photo by Aiony Haust on Unsplash foto: dotrade.

Bagi mendapatkan solekan yang cantik, ia tidaklah terhad kepada satu cara sahaja. Banyak cara yang boleh kita cuba janji ia sesuai dengan kita. Boleh juga cuba teknik yang terkenal di Korea iaitu Jamsu. Tahu tak sis apa itu jamsu?

Model terkenal, Bella Hadid.

Jamsu ini telah diperkenalkan oleh seorang blogger terkenal dari Jepun. Dalam bahasa Korea, Jamsu bermaksud menyelam. Menurut laman web Cosmopolitan, trend ini menjadi terkenal di Korea lebih-lebih lagi pada musim panas. Selain membuatkan solekan nampak seperti semulajadi, ia juga memberikan kesegaran pada kulit wajah. Teknik ini juga turut menjadi pilihan model terkenal, Bella Hadid. So refreshing!

gambar sekadar hiasan

IKLAN

Ini caranya:👉🏻

1.Sapukan primer di wajah anda.

2.Ratakan foundation dan concealer di wajah anda.

3.Gunakan pula bedak bayi .

IKLAN

4.Seterusnya langkah yang paling best, rendam wajah di air sejuk selama 15-30 saat. Jangan lebih dari 30 saat kerana ia boleh mengeringkan kulit wajah.

5.Tekapkan wajah pada tuala bersih.

IKLAN

6.Sambung rutin solekan seperti biasa.

7.Siap! Anda pasti dapat lihat hasilnya apabila solekan anda dapat bertahan seharian walau apa jua keadaannya.

 

Photo by Joeyy Lee on Unsplash
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI