Rambut yang lebat berkepuk-kepuk memang menjadi idaman semua wanita. Namun, apabila usia semakin menganjak rambut pula semakin berkurang. Alamak, takutnya!

Bagaimana sebenarnya nak selesaikan masalah ini? Haaa, jangan buntu. Jom ikuti tip yang dikongsikan oleh Shehnaz Khan ini.

Saja nak share siapa ada rambut gugur dan kelumumur tu boleh lah try ni ye. Mahal sikit tapi bagus 🙂 sebab she perasan mak ayah adik-adik semua tegur rambut she lebat panjang cantik even hari-hari gugur. Pelikkan? Tapi yang gugur banyak tapi tapi tapi anak rambut banyak sangat tumbuh.

IKLAN

Ha banyak kau tapi tapi hahahaha . Rambut gugur tu normal tapi kalau kurang dari 50 helailah kalau lebih tu memang masalah . Tapi camne nak kira lak sehelai-sehelai? Hahahha test pakai tangan . Rasa-rasa segenggam gugur kulit kepala dah nmpk and mula botak , ketahuilah awak dah ada masalah kulit kepala .

Rambut gugur disebabkan oleh kulit kepala kelumumur , berminyak , kering dan pemakanan. She share setiap detail di gambar 🥰

IKLAN

Ok lah semoga bermanfaat 🥰

IKLAN
Ni je pakai . Try and error . Tapi sebab bagus aku share lah . Tak bagus mampos kau lah kisah ape aku .

 

Seborin hair tonic Schawarzkopf . Tonik untuk kuatkan akar rambut dan khas untuk rambut nipis dan gugur . Dia bukan spray . So korang nak jimat korang beli btol spray kat mr diy atau kedai rm2 . Then spray kat kulit kepala . Sambil spray tu gsok2 . 1 botol seborin rm 50 . Jangan terkejut ye boleh pakai sampai 3 4 bulan . Pakai setiap hari . Bau ubat biasalah . Beli kat shopee pastikan beli yang original ye sebab banyak yang fake dan clone .
Shampu alpacin . Untuk rambut gugur dan kuatkan akar rambut . Bau macam ais mentol . Pakai shampu ni biar 2 3 minit then bilas . Lepas kau bilas kau akan rasa rambut kau kejung keras sikit . Normal sebab shampu ni tak ada paraben ,sls . So kena pakai conditioner atau hair mask . Harga kat watson rm34 . Ni kalau lelaki pakai boleh lah tahan sebulan . Aku pakai 2 3 minggu habis . Tapi best ye sejuk je kat kepala best 😍
Hair tonik seborin . Tapi ni khas untuk kelumumur . Pakai ni kat tempat kelumumur . Seriusly ye recommmend . Bagus nak arwah . Hahahhaa . Harga rm50 . Nak jimat letak dalam botol spray kang kau tonggang kat rambut habis basah rambut kau. Beli kat shopee ye gaiss
Hair mask keratin smooth . Korang kalau buat treatment keratin kasi elokkan rambut rosak beratus ye . Kau beli ni je ram 35 pakai semingu 3 kali je . Aku tak ada pakai conditioner sebab conditioner akan buat rambut cepat gugur . Beli kat shopee jugak ..refer gambar atas tu . Ade link .
Cara pakai lepas shampu pakai alpacin tu , sapu benda ni dari tengah rambut sampai hujung . Biar 5 – 10 minit . Lepas tu bilas . Lembut gile and wangi .
Ni paling aku suka . Loreal elseve extraordinary oil . Banyak2 hair oil aku cube semua berminyak . Yang ni sumpah bagus gile kau letak lah banýak mana tetap rambut kau lembut gila bapak ..menyesal aku tak beli dulu . Ada 4 5 jenis . Aku amik yang ni . Untuk all hair types . Kenapa aku amik loreal ? Sebab dia punya minyak tu light and meresap . Recommend for those ada masalah rambut kering , warna dan rambut kejung . Pakai 2 3 titis kat tapak tangan then ratakan dari tengah rambut sampai hujung ..

Macam inilah caranya sis. Yang penting jangan culas kalau nak cantik! Kalau tak berusaha macam nak dapat hasilnya bukan? Pilihlah produk yang bersesuaian dengan anda agar rambut cantik bagai seorang Ratu.

kredit: Shehnaz Khan

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI