Lumrah seorang wanita mahu sentiasa tampil cantik dan menawan. Tidak salah jika anda mahu sentiasa cantik tetapi perlu kena dengan caranya. Jangan sewenang-wenangnya lakukan perkara yang boleh membahayakan kesihatan semata-mata mahu tampak sempurna di mata orang lain. Anda sendiri yang akan menanggung akibatnya.

Seperti yang kita semua tahu, suntikan Vitamin C sememangnya popular dalam kalangan wanita yang mahu memiliki kulit yang cerah dan berseri. Ia seakan-akan sudah menjadi trend dalam masyarakat kita. Tetapi, tahukah anda bahawa sebenarnya suntikan ini mempunyai kesan yang negatif. Ya, mungkin anda akan tampak cantik tetapi buat apa nak cantik kalau ia membahayakan kesihatan anda.

Seorang doktor bernama Rusyainie Ramli menerusi akaun Facebooknya telah berkongsi tentang keburukan yang akan terjadi terhadap individu yang mengambil suntikan Vitamin C. Ayuh kita baca perkongsiannya. Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Suntikan nak cantik

Akak ni dah tak tahu macam mana nak bebel dengan nada sebaik malaikat bab yang memudaratkan macam suntikan Vitamin C ni. Akak tak sanggup tengok betapa ada makhluk yang mampu meraih pendapatan begini punya besar dek sebab adik-adik yang kemaruk nak rupa macam artis. Terkejut dot com bila akak tengok dia ada dekat 100000 pengikut di FB.

IKLAN
Foto: Facebook Rusyainie Ramli

 #1

Suntikan Vitamin C DIHARAMKAN di negara kita. Doktor perubatan yang bertauliah dan berdaftar pun boleh ditarik lesen amalan kalau bagi suntikan Vitamin C. Tengok gambar tu, yang buat bisnes ni bukan pengamal perubatan pun. Kalau ini bukan kerja dajal, nak panggil apa?

#2

Tak ada kajian klinikal yang menunjukkan suntikan Vitamin C boleh kasi kulit kita ni jadi elastik atau jadi putih melepak macam mayat. TAK ADA. Campur la Vitamin C dengan Glutathion atau Kolagen pun, tak ada bukti boleh jadi anti kedutan atau anti penuaan kulit. Akak serius tak faham. Yang adik-adik ni takut sangat jadi tua kenapa? Tu kan lumrah hidup. Cetek sangat definisi cantik adik-adik ni.

#3

Adik-adik cucuk Vitamin C tu tahu ke bahan tu selamat ke tak. Dahlah diseludup masuk ke negara kita. Sepatah haram pun kita tak faham apa tertulis kat vial suntikan tu. Ada kontaminasi ke tak. Berani mati punya kerja ni adik-adik.

Foto: Facebook Rusyainie Ramli

#4

Akak nak tambah lagi. Mana adik-adik tahu, sakan nak buat suntikan Vitamin C, elok masuk saja ubat, boleh gerenti ke tak kena alahan teruk?

IKLAN

Ni keadaan kita panggil reaksi anafilaksis. Bermakna, dengan suntikan tu tadi, sistem immunisasi badan bertindak menghasilkan bahan-bahan kimia kompleks yang boleh buat tekanan darah turun mendadak dan saluran udara jadi sempit malah boleh tertutup terus. Habis tu macam mana nak bernafas? Bahagian badan seperti mata, mulut, lidah pun boleh bengkak dan kulit jadi merah seperti kena gegata. Ni memang kes kecemasan sebab nyawa menjadi taruhan.

Bayangkan kes macam tu terjadi kat rumah, kat hotel atau kat mana-mana yang adik buat suntikan tu. Tak ada kemudahan perubatan. Ya Allah. Seram sejuk akak bila difikirkan.

#5

Masa tengah buat prosedur cucuk tu, macam mana kalau ada gelembung udara yang tak dikeluarkan betul-betul dari aparatus tiub intravena? Gelembung udara akan masuk ikut saluran darah vena yang disuntik tu, elok lah kalau kena air embolism. Tulah sebenar-benarnya masuk angin ikut saluran darah dan ini kes cari nahas. Kena pergi hospital segera ok sebab bahaya sangat.

IKLAN

 

Foto: Facebook Rusyainie Ramli

#6

Tu belum kira bab potensi jangkitan kuman yang boleh terjadi dari prosedur yang belum tentu ikut piawaian aseptik yang ditetapkan. Adik-adik, tukang cucuk ni main bedal saja sebenarnya. Sebab dia tidak pernah ada latihan formal pun kan. Kalau tengok cara dia letak plaster kat branula tu pun akak tahu dia tu ilmunya dalam perubatan kat tahap mana.

Akak dah jalankan tanggungjawab akak bila akak dah laporkan pada KKM di emel aduanproduk@moh.gov.my. Dah lah tu adik-adik, insaf la. Jangan sengaja ditempa pintu malapetaka tu. Hina sangat kot berkulit gelap sampai sanggup ambil risiko. Tak terjangkau pemikiran tahap taksub adik-adik.

Sumber: Facebook Rusyainie Ramli

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI