Kita mesti biasa merasa kebas atau ‘semut-semut’ di bahagian tangan atau kaki secara tiba-tiba.

Situasi ini sering terjadi apabila anda tidur dengan posisi yang tidak betul atau bersila terlalu lama hingga menyebabkan saraf dan juga saluran darah terhimpit lalu membuatkan fungsi saraf deria di kawasan tersebut akan berkurangan.

Ini akan menyebabkan anda tidak merasakan apa-apa rangsangan langsung pada saat itu seolah-olah anda tiada tangan atau kaki. Namun, setelah posisi badan anda dibetulkan, maka tidak lama selepas itu anggota badan tersebut akan beransur normal apabila himpitan itu hilang lalu membuatkan anda dapat merasa semula.

Photo by Shiny Diamond from Pexels

 

Untuk mengelakkan rasa kebas ini berlarutan, anda boleh mengamalkan petua tradisional menggunakan bahan semulajadi ini. Ia dapat membuang toksin di samping melancarkan peredaran darah di dalam badan.

Bahan-bahan:

1 Genggam Halba

IKLAN

2 Batang Serai

1 Sudu Asam Jawa

4cm Halia

IKLAN
Cara-caranya:

Rebus kesemua bahan di atas sehingga mendidih. Bila dah mendidih ambil air tersebut dan campurkan dengan air asam jawa dan kacau. Sedia diminum.

Halba membantu merehatkan otot-otot dan mengelakkan daripada berlaku kekejangan.

Serai pula berfungsi untuk menyingkirkan toksin untuk melancarkan peredaran darah dan mengurangkan lenguh-lenguh badan.

IKLAN

Sifat anti-radangan asam jawa membantu melindungi sendi-sendi dan melancarkan peredaran darah.

Manakala halia membantu membuang angin yang berlebihan dari badan.

Minumlah air ini setiap malam sebelum waktu tidur. Disarankan supaya anda minum sewaktu panas atau suam. Keesokan pagi pasti badan anda akan berasa lebih segar.

Selamat Mencuba!

Kredit: Puteri Kasim