Bingung mencari jalan penyelesaian untuk menghilangkan mata bengkak akibat tidak cukup tidur? Admin nak kongsi beberapa petua buat anda untuk menangani masalah seperti ini agar sentiasa tampil yakin untuk berhadapan dengan orang sekeliling dan bersosial bersama teman.

Tidak sukar untuk mengembalikan kejelitaan dan kesempurnaan wajah anda dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati dan sering digunakan dalam aktiviti seharian. Mari kita lihat bahan-bahan dan cara untuk mengamalkannya.

Ais Batu

Ambil beberapa ais batu dan balutkan ia dengan kapas atau kain lembut yang mampu menyerap air. Kemudian tekapkan di bahagian mata selama beberapa minit. Lakukan sehingga bengkak semakin surut.

Tekap ais batu di bahagian mata.

Teh Uncang

Pilih teh jenis hitam atau hijau, kemudian rendamkan ia dengan air panas selama beberapa minit. Tunggu sehingga uncang tersebut kembang sepenuhnya kemudian letakkan ia di kawasan mata yang bengkak. Sebagai langkah penjagaan, tutup uncang teh tersebut yang terletak di kawasan mata itu dengan sehelai kain supaya ia tidak terdedah dengan kotoran.

IKLAN
Uncang teh juga mampu hilangkan bengkak mata.

Nasi Panas

Percaya atau tidak, nasi yang panas boleh mengurangkan masalah mata bengkak secara efektif dan cepat. Caranya mudah sahaja. Kepalkan nasi yang tidak terlalu panas supaya tidak keradangan kemudian letakkan di kawasan bengkak selama beberapa minit.

Kepal nasi dan letakkan di bahagian mata yang bengkak.

Timun

Potong beberapa keping timun yang segar dan sejuk kemudian letakkan di kawasan lingkaran mata. Ia bukan sahaja boleh menyelesaikan masalah lingkaran gelap bawah mata, malah ia juga boleh membantu mengurangkan masalah mata bengkak kerana mengandungi astringent. Biarkan selama 10 minit.

IKLAN
Timun boleh hilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Kentang

Selama beberapa ratusan tahun, masyarakat Eropah mempercayai khasiat kentang sebagai penawar kepada sakit kepala dan pelbagai masalah kesihatan yang lain. Malah, mereka juga bersetuju kentang mampu membantu mengurangkan masalah mata bengkak. Caranya kupas dahulu kulit kentang, bersihkan dan biarkan sehingga ia kering. Parut atau potong halus kemudian bungkus ia pada kain dan tuamkan di kawasan mata.

Khasiat kentang untuk mata.

Air Garam

Ambil ¼ cawan air yang telah dilarutkan dengan beberapa sudu garam. Kemudian celupkan putik kapas ke dalam air dan oleskan di kawasan bawah mata beberapa kali. Ini kerana, secara logiknya garam mempunyai kelebihan menyerap air, jadi teknik ini sesuai untuk dipraktikkan.

IKLAN
Larutkan garam dengan air terlebih dahulu.

Ringkas dan mudah bukan? Penggunaan barangan yang ada di sekeliling kita sebagai bahan asas kecantikan tidak perlu diragui. Ia tidak merbahaya sekali gus membantu menyerikan wajah dan penampilanmu.

BACA JUGA ARTIKEL INI: Ini Dia Rahsia Cantik Sherry Ibrahim

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI