Wanita sanggup lakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik, kurus dan sihat. Cantik itu bukan sahaja pada luaran, tetapi juga pada dalaman agar kekal sihat dan bertenaga. Tidak kiralah apa sahaja cara sama ada susah atau pun senang.

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan tubuh adalah dengan mengamalkan minuman air campuran serai dan kulit kayu manis. Bukan sahaja elok untuk kesihatan dalaman, malah boleh kuruskan badan secara tidak langsung.

Petua ini telah dikongsi oleh Fatin Erma Idayu Hashim menerusi Masak Apa Hari Ni (MAHN) yang turut dikongsi di page Petua Ibu.

Kurus Dalam Masa 3 Hari

Assalamualaikum. Saya bukan nak share gambar makanan. Tapi nak share petua untuk kurus. Suami saya mnum air ni baru 3 hari. Berat dari 88KG sekarang tinggal 85.5KG. Bahan-bahan jangan risau, confirm ada kat dapur. Hihi

Bahan-Bahan:

  • Bunga Cengkih – 7 biji *
  • Kulit Kayu Manis – 1 batang *
  • Halia – 3 hiris (jangan besar-besar, nanti pedas) *
  • Serai – 2 batang *
  • Madu – 1 sudu
  • Lemon – 1 hiris (ikut kemahuan masing-masing)
  • Air – 1 liter *

Cara-Cara:

Mudah sahaja. Cuci dan rebus semua bahan bertanda * di atas dapur selama 15 hingga 20 minit. Bila dah siap, boleh terus minum dan campurkan dengan air biasa supaya jadi suam. Sebelum itu, jangan lupa masukkan madu dan lemon ke dalam air rebusan tadi. Bila ada baki, simpan di dalam peti sejuk dan boleh diminum esok hari.

P/S: Suami saya minum waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Sesuai untuk suami isteri yang nak kurus dan kempiskan perut. Biar isteri lagi cergas untuk buat kerja rumah. Hihi

Sumber: Fatin Erma Idayu Hashim via Petua Ibu

Tinggalkan Komen