Toilet Seat Cover atau pelapik mangkuk tandas pakai buang adalah item wajib ada buat semua hijabi yang mementingkan soal kebersihan. Ianya sesuai untuk semua saiz mangkuk tandas.

Pastinya hijabi semua akan menghadapi masalah ketika menggunakan tandas awam bukan? Tentu rasa geli dan tidak yakin dengan tandas terutama tandas duduk di tandas awam. Bimbang terkena jangkitan kuman akibat penggunaan tandas yang entah berapa orang penggunanya.

Di mana boleh dapatkan toilet seat cover ini? Hijabi boleh beli sama ada di farmasi atau boleh juga dibeli secara online. Shopee dan Lazada pun ada jual. Lepas ini bolehlah hijabi semua ‘membuang’ dengan tenang. Jangan duduk berjam-jam pulak dalam tandas.

Memastikan tandas yang bersih serta selesa digunakan mampu menggelakkan kita daripada jangkitan kuman dan bakteria. Penggunaan tandas yang kotor juga boleh mengakibattkan jangkitan kuman pada salur atau pundi kencing kita.

Tahukah anda bahawa jangkitan ini boleh berlaku disebabkan persekitaran yang begitu kritikal kotornya. Bakteria yang berbahaya yang dimaksudkan ialah Escheria Coli atau dikenali nama ringkasnya E.COLI.

Di bawah ini antara toilet seat cover yang boleh dibeli. Ada macam-macam jenama. Terpulanglah kepada hijabi semua untuk membuat pilihan.

IKLAN

 

IKLAN

 

 

IKLAN

 

Buat hijabi penting untuk menjaga kebersihan ketika menggunakan tandas awam. Ini bagi mengelakkan jangkitan di bahagian anggota peribadi.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI