Setiap wanita impikan mata yang galak. Salah satu cara untuk memiliki mata yang galak adalah dengan memiliki bulu mata yang panjang dan lebat. Jadi, antara kaedah lain untuk memilikinya adalah dengan memakai maskara dan bulu mata palsu.

Tentunya anda tidak rajin untuk memakai bulu mata palsu setiap hari. Seiring dengan teknologi moden, terdapat cara baru untuk memiliki mata yang galak iaitu dengan melakukan eyelash extensions. Jika dilihat, kebanyakan hijabi turut melakukan eyelash extensions dan ia seakan sudah menjadi trend masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN: Trend “Lash Lift” Jadi Ikutan. Hukum Lash Lift Haram Seperti Eyelash Extension?

Tunggu dulu! Sebelum anda lakukan eyelash extensions, anda perlu tahu hukum dari sudut agama. Seorang wanita bernama Nurul Elya Mua telah berkongsi pendapat dan pandangannya tentang perkara ini. Posting ini telah mendapat lebih 10 ribu perkongsian oleh para pengikut di Facebook.

Melalui postingnya di akaun Facebook, kalau nak cantik pun perlulah berpada-pada. Jangan halalkan benda yang haram.  Menuruntnya, extension itu menggunakan bulu nylon (plastik) yang tidak menyerap air. Jadi, ia akan buat wuduk serta mandi hadas anda tidak sah. MasyaAllah, begitu beratnya perkara ini tetapi dianggap ringan oleh anda di luar sana.

Jom kita baca perkongsian Nurul Elya Mua dan semoga ia bermanfaat untuk hijabi di luar sana. Ingat, boleh nak cantik tetapi perlu utamakan agama dahulu.

************************************************************************

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN: Pengepit Bulu Mata Terbaik Untuk Mendapatkan Lengkungan Sempurna Seperti Bulu Mata Palsu. Ini Rahsianya!

NAK CANTIK BERPADA-PADA wahai kawan-kawan muslimat ku.

SEBARKAN info ini.

HALALKAN BENDA YANG HARAM?

Posting balas kenapa saya mengatakan EYELASH EXTENSIONS adalah HARAM.

IKLAN

Yang selalu bubuh kat pengantin tu pun haram, walaupun ianya boleh tanggal boleh cuci boleh bersuci. Ini melekat 1-3 bulan kat mata.

NAH ni gambar zoom lagi supaya jelas. Hasil dan kesan ke atas bulu mata asal dan kenapa ianya menjadi bahan asing (kalis air) yang coated bulu mata asal.

YA ianya hanya sebahagian bulu ja. Ala hujung ja pun. Nak tanya hampa, kalau hujung tu jadi punca wuduk dan mandi hadas korang tu TAK SAH! APA CITA?

IKLAN

Ohoi 2-3 bulan duk atas mata siang malam pagi petang oi. Bukan kata sebulan 2 minggu sekali pun. Sanggup ka hampa?

Yang mana kita dalam keadaan suci pon banyak lagi dosa-dosa lain yang tak tertanggung oi. Yang tinggal hanya SOLAT untuk kita sucikan diri. Tup tup eh TAK SAH WUDUK korang.

Konon laaa korang pakai la kannn. Extension ni guna bulu nylon tau (plastik) means tak dissolve – pastu tengah pakai, korang mati. Yang tukang bagi mandi ni tak tahu pasal benda ni. Yela macam asli kan melekat sehelai-sehelai. Tup tup terus kena tanam. Duk laaa kat mata korang tu. Ngeri.

SANGGUP? Barang yang digunakan memang halal sebab tak ada bahan terlarang. Tapi cara penggunaan tu yang tak betul. Lya akan tagging kawan-kawan FB Lya yang fasih dalam agama untuk bagi ulasan hal ini.

S/N- hakak bukan maksum tak pernah buat salah. Tapi issue berhadas dan bersuci ini adalah besar.

Sumber: Facebook Nurul Elya Mua

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI