Ramai gadis yang mahu kelihatan cantik dan sihat tubuh badan. Ada yang sedang berusaha menurunkan berat badan demi mendapatkan berat yang ideal dan yang diidamkan. Sememangnya banyak cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan berat badan. Baru-baru ini, seorang pengguna twitter @moisorohoisyoh telah berkongsi caranya menurunkan berat badan daripada 69kg kepada 52.8kg. Mari kita lihat bagaimana caranya.

Gadis ini berkongsi kisahnya yang hanya makan masakan rumah sahaja pada awal proses dietnya. Jika terpaksa makan luar, dia akan memilih menu yang paling sihat sekali. Dietnya tidaklah terlalu ketat dan dia selalu menvariasikan makanannya agar tidak bosan.

 

Jangan stress kerana ia sama sekali tidak membantu. Waktu sarapannya  dia hanya menikmati dua keping roti wholemeal + pure organic peanut butter spread + epal hijau. Selain itu, banyak juga menu lain yang dicadangkan!

Minumannya yang penting tiada gula! Dia juga tidak mengamalkan diet karbohidrat kerana badan sememangnya memerlukan tenaga daripadanya. Buah yang menjadi kegemarannya pula ialah buah naga.

Dia lebih selesa minum air kosong sahaja daripada memilih air detoks. Dia juga menasihatkan agar gadis di luar sana jangan terlalu menyiksa badan kerana berat badan bukannya turun dalam masa sehari.

Ini adalah menu makanan yang diamalkannya untuk waktu makan tengahari. Dia juga telah berkongsi menu yang akan dipesan jika ke restoran tertentu.

Untuk makan malam, biasanya dia akan menikmatinya sebelum pukul 8 malam kerana tidur dengan perut yang penuh tidak begitu bagus. Dia juga akan mengamal rutin workout dengan dengan mengangkat dumbbell dan juga jogging selama 40  minit tanpa henti.

Mai juga percaya suplemen tidak memberi apa-apa kesan selain menghabis duit sahaja. Cara terbaik itu detoks hanyalah dengan mengeluarkan peluh sahaja! Dia juga mengatakan tak salah jika kita ingin menghadiahkan diri sendiri dengan menikmati makanan kegemaran sekali sekala tetapi haruslah kembali disiplin selepas itu.

Paling penting, jangan kecilkan hati ibu jika dia masak. Jamahlah walaupun sedikit.

Dia juga berpesan supaya jangan mudah terpedaya dengan suplemen pembakar lemak dan sebagainya kerana itu hanyalah mitos semata. Jagalah buah pinggang anda. Mai juga bersedia membantu kepada sesiapa yang memerlukan plan diet yang betul. Selamat mencuba hijabi semua!

 

sumber: twitter @moisorohoisyoh

Tinggalkan Komen