Mesti ada di antara kita yang mempunyai tabiat suka gigit atau makan ais bukan? Pastinya seronok je rasanya bila dapat mengunyah ais yang ‘rangup’ itu selepas menikmati minuman sejuk.

Tapi, tahukah anda sebenarnya tabiat itu boleh mendatangkan kesan yang buruk pada gigi? Jika tidak percaya, mari kita ikuti penjelasan dari Dr. Muhamad Iqbal dari Medical Mythbuster Malaysia ini.

Kalau anda seorang pemakan atau pengunyah ais tegar, anda sebenarnya sedang menjahanamkan gigi anda tanpa anda sedar.
Sikit-sikit gigi anda akan mengalami kehilangan struktur gigi yang bersifat mikro.

Makin banyak dan lama anda kunyah ais, makin banyak struktur gigi yang hilang.
Ini dinamakan “abfraction“. Gigi anda akan berlubang tapi bukan berlubang macam tak gosok gigi tu. Gigi anda akan “berlekuk”, terutamanya di bahagian leher gigi.

IKLAN

Ini disebabkan oleh kesan trauma yang berpanjangan ke atas gigi anda akibat daripada kerap mengunyah sesuatu yang keras seperti ais.

Kesan daripada “abfraction” ini akan menyebabkan gigi lama kelamaan akan menjadi sensitif, dan jika tak dibendung, gigi boleh patah dan pecah kerana telah banyak struktur gigi yang hilang tanpa disedari.

Mari saya ceritakan tentang makan ais ini
Saya pernah dapat seorang pesakit ni, mengadu gigi geraham dia pecah. Bila saya check, mulutnya bersih, gigi semua tak ada rosak kecuali yang pecah tu. Satu gigi je.

IKLAN

Dia memang ada tabiat mengunyah ais lepas makan-makan di kedai. Sambil berborak-borak dia ambil seketul ais dan kunyah. Lepas satu, satu.
Pecah gigi dia tu, sampai nampak saluran akar. Eh tak sakit ke? Dia jawab tak. Maknanya bukan sahaja gigi pecah, tapi saluran saraf mengalami trauma. Terus ‘mati mengejut’.

IKLAN

Jadi untuk rawat gigi dia, kena buat rawatan saluran akar (root canal treatment) dulu, baru tampal dan sarung gigi (crown).
Kepada yang suka makan ais, kurangkan dan berpada-padalah.

Dr Muhamad Iqbal
Doktor Gigi
Medical Mythbuster Malaysia

Photo by Enrique Zafra from Pexels

Dapatkan segera majalah hijabista edisi khas sekarang di www.karangkrafmall.com!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI