Muka berjerawat menjadi salah satu faktor yang menyebabkan seseorang individu itu hilang keyakinan diri dan malu untuk keluar rumah. Tidak mustahil ada yang sanggup berhabis duit mendapatkan rawatan wajah semata-mata mahu kelihatan cantik.
Gadis ini dulu mempunyai masalah kulit muka yang teruk akibat parut jerawat yang memang susah nak hilang.
Tetapi, sekarang mukanya sudah flawless habis! Hanya dengan menggunakan bahan-bahan alami non chemical yang dibuat sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
1. Asam jawa
2. Bedak sejuk
3. Air putih
Cara-caranya:
1. Ambil sedikit asam jawa mengikut sukatan yang anda mahukan. Kemudian tambah air putih.
2. Kacau hingga sebati. Pastikan ia tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
3. Kemudian, ambil bedak sejuk dan campurkan ke dalam pes asam jawa tadi. Sekiranya terlalu pekat, anda boleh tambah sedikit air.
5. Campurkan semua dan kacau sehingga sebati.
6. Sapukan pada tempat yang berparut. Sekiranya anda nak sapu pada seluruh muka pun boleh juga. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air. Sebaiknya, lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Menurut wanita yang bernama Sarah ini, sudah lima tahun dia mengamalkan petua ini sejak remaja lagi dan akan lakukannya pada setiap malam. Dalam masa seminggu, insya-Allah parut akan semakin pudar. Selamat mencuba!
Sumber: Facebook Muyassarah Samad
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tarikh Akhir Penghantaran Bagi Pembeli Tegar ONLINE. Rancang Pembelian Dengan Bijak!
Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba pada 22 April 2023 (Sabtu) ini. Ini tarikh akhir pos barang sebelum raya yang ramai patut tahu sebelum shopping online.
Memandangkan kini kebanyakkan pengguna masih membeli barangan secara dalam talian,
Perlu tahu tentang tarikh akhir pengeposan barang untuk ia sampai di pintu rumah anda sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Menurut paparan di laman platform perniagaan seperti Shopee dan Lazada, telah dinyatakan tarikh akhir pengeposan barang jika anda ingin barang anda sampai ke destinasi sebelum Hari Raya Aidilfitri.
Berikut dikongsikan juga tarikh akhir pengeposan dari syarikat kurier seperti Pos Laju, DHL, J&T dan lain-lain seperti di bawah, semoga membantu
TARIKH AKHIR POS BARANG SEBELUM HARI RAYA AIDILFITRI 2023
NINJA VAN – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
J&T EXPRESS – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
ARAMEX – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
Gdex – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
City Link – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
Nation Wide – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
Skynet – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
FedE – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
DHL EXPRESS – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
SHOPEE XPRESS – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
POS LAJU – 15 April 2023 iaitu seminggu sebelum Hari Raya AidilFitri
Perlu diingatkan bahawa anda masih boleh mengepos pada hari selepas tarikh di atas, namun barangan bakal sampai ke destinasi selepas HARI RAYA AIDILFITRI. Rancang pembelian anda dengan bijak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Cara Untuk Ubah Cara Berdoa Demi Perolehi Kehidupan Yang Lebih Baik. InsyaAllah…
Setiap kali selepas solat, pasti anda akan berdoa memohon sesuatu kepada Allah Taala. Jika doa anda masih tidak dimakbulkan, teruskan sahaja berdoa kerana Allah itu Maha Mendengar. Mungkin satu hari nanti doa anda akan dimakbulkan, siapa tahu kan?
Tetapi, mungkin juga anda perlu ubah cara doa agar dimakbulkan Allah. Kadangkala, cara berdoa yang salah membuatkan doa kita tidak didengari Allah. Perihal tukar cara berdoa ini telah dikongsi oleh Norizyana Ishak di laman Facebooknya.
Menurutnya, siapa yang betul-betul amalkan cara ini, insyaAllah boleh mengubah kehidupan menjadi lebih baik. Terdapat 6 formula yang perlu anda tahu. Jom baca perkongsiannya di bawah.
Moga sahabat yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya ..Â
Inshaa Allah siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Inshaa Allah..
#FORMULA 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, “Ya Allah berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa UJI untuk test kekuatan kita. Faham faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya Allah keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah aku.”
#FORMULA 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya Allah BERILAH aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku…”
Kerana apa? Jika kita sebut BERI maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila InshaaAllah.
#FORMULA 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “Semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini:
“Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita Allah dengar dan yakin Allah makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
#FORMULA 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contohnya, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah” dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan Allah.
Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya:
“Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Tuhan yang Maha mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.”
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.
#FORMULA 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada Allah.. hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah Allah beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh:
“Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya Allah..”
#FORMULA 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
“Ya Allah, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya Allah.. bantulah dia ya Allah, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah..”
Moga Bermanfaat.
Sumber: Facebook Norizyana Ishak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bosan Dengan Cermin Mata Anda, Ini Jawapan Terbaik Anda Wajib Memilih Jenama COOL AUNTY!
Rendah diri, peramah serta berintektual tinggi. Itu yang dapat penulis huraikan mengenai keperibadian anak muda ini yang sememangnya sudah dikenali ramai dalam dunia solekan tempatan. Nabilah Binti Mohamed Nordin atau panggilan popularnya, Warnabilla, 31, merupakan seorang jurusolek terkenal negara yang sentiasa memberi sentuhan magis dalam tatariasnya.
Malah, dia juga seorang pelajar lepasan ijazah dalam bidang seni bina. Kini, dia juga merupakan seorang pengasas bagi jenama produk cermin matanya, COOL AUNTY. Warnabilla punya cerita menarik sebagai ‘Mighty Hijabi’ yang mencurah inspirasi serta menghembus aspirasi buat semua mata yang membaca.
Bagi anda yang ingin mencari rekaan cermin mata yang serba moden, unik, meriah dan menarik, pastinya jenama COOL AUNTY ini memenuhi citarasa anda!
JENAMA COOL AUNTY
Jenama COOL AUNTY ini adalah sebuah idea Warnabilla bersama sahabatnya yang juga merupakan seorang jurusolek terkemuka, Bella Hudd. Menurut Warnabilla, idea hadir tatkala pandemik Covid-19 berleluasa di Malaysia. Oleh kerana ia membataskan pergerakan untuk berjumpa dengan pelanggan bagi menata rias wajah, maka sedikit-sebanyak ia menjejaskan aspek kewangan mereka berdua.
“Bila kami tidak boleh menjalankan perkhidmatan kami sebagai jurusolek, ia memberi kesan kepada pendapatan kami. Oleh itu, saya dan juga Bella hadir dengan idea untuk mengeluarkan produk cermin mata yang begitu unik, berbeza dan berani dari segi rekaannya.”
Jenama COOL AUNTY mula beroperasi semenjak Disember 2020. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap rekaan cermin mata serta mereka berdua juga memakai cermin mata, lantas langkah diatur dengan menjadikan ia sebagai produk asas jenama ini.
KONSEP PRODUK COOL AUNTY
Memfokuskan kepada mereka yang memakai cermin mata, tidak kira lelaki ataupun wanita yang sukakan gaya yang ceria, warna-warni, bersemangat dan kuat, jenama ini menyediakan pelbagai jenis rekaan yang begitu menarik dari segi warna dan konsep rekaan. Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.
“Biarpun jenama ini bermula saat Covid-19 melanda dunia, namun Alhamdulillah sambutannya begitu baik dan jualannya juga laris. Kami percaya bahawa cermin mata merupakan sebuah aksesori yang mampu mengubah keseluruhan gaya si pemakai. Tambahan pula, hari ini, kita semua harus memakai topeng muka. Jadi, untuk menjadikan gaya fesyen tidak bosan, rekaan cermin mata yang menarik menjadi sebuah kenyataan fesyen bagi setiap individu,” ujarnya.
Hadir dalam pelbagai siri seperti COOL AUNTY, COOL UNCLE dan lain-lain lagi, kesemuanya boleh didapati dengan harga yang mampu milik bermula dari RM49 hinggalah RM280.
Memasang niat dan impian untuk berkolaborasi bersama selebriti ataupun artis serta mengembangkan sayap jenama ini di pasaran luar, Warnabilla menegaskan bahawa segala pelan harus dibentuk dengan struktur yang terperinci memandangkan dunia harini berubah disebabkan pandemik. Maka, dia dan Bella sentiasa memastikan strategi yang dipasang kekal relevan dan logik dengan apa yang berlaku pada masa kini.
MIGHTY HIJABI…WARNABILLA
Sempat berbicara sebelum mengakhiri kalam warkah ini, Warnabilla berkongsi perspektinya tentang pendapat mengenai kaum wanita dan dunia perniagaan.
“Sesungguhnya dunia hari ini sudah berubah. Tiada istilah kaum wanita itu lemah dan sebagainya. Di dalam Islam sekalipun tidak ada menyatakan bahawa kaum wanita itu lemah. Maka, kaum wanita harini bebas bergerak melakukan apa-apa sahaja, sama seperti kaum lelaki. Memegang kuasa, berstatus, berprofil tinggi malah menjadi ketua, kaum wanita bisa melakukan semua itu. Malah, ada kajian juga mengatakan bahawa kaum wanita lebih sesuai menjadi ketua berbanding lelaki. Kami kaum wanita sudah terbiasa dengan melakukan pelbagai kerja dalam satu masa. Kami seorang isteri, kami juga seorang ibu, kami juga penjaga, kami juga seorang usahawanita dan kami seorang pendidik kerana kami adalah seorang wanita.”
Untuk artikel penuh, jangan lupa dapatkan keluaran eksklusif Majalah Hijabista Edisi Jawi di pasaran sekarang!
Sumber gambar: Instagram COOL AUNTY dan WARNABILLA.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: ShoppeÂ
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI