Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk kekal bertenaga sepanjang bulan Ramadan. Ada yang mengamalkan pengambilan suplemen dan ada juga menggunakan cara alami atau petua tertentu. Bagi pelakon dan pengacara popular, Neelofar juga tidak terkecuali mengamalkan cara alami untuk kekal aktif, bertenaga dan paling penting kenyang sepanjang seharian berpuasa.

Menurut Neelofa dia mengamalkan minum jus yang dibuat sendiri. Cara ini telah diamalkan sejak awal Februari lalu dan berterusan hingga kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on

“Saya sudah mula amalkannya (minum jus) sejak bulan dua hari itu hinggalah sekarang. Pada bulan pertama itu saya hanya buat jus saleri. Kemudian pada bulan berikutnya pula saya potong semua sayuran seperti bayam, kale, cucumber, beetroot, ginger dan saya juga tambahkan epal untuk hilangkan rasa pahit.

IKLAN

“Alhamdulillah selepas beberapa minggu, saya terasa kelainannya. Penglihatan saya jadi lebih jelas dan ada banyak energi. Saya cuba teruskan lagi, explore baca banyak lagi buku dan tengok lagi banyak  resipi.

Gambar sekadar hiasan – sumber google.

“Dan untuk Ramadan ini saya bukan sahaja akan buat jus ini, tetapi juga smoothie. Supaya lebih lama tahan rasa kenyang tu,” ujarnya yang memang begitu menjaga kecantikan dan kesihatannya.

Neelofa antara selebriti berkulit cantik dan sentiasa kekal aktif ini ditemui ketika majlis pelancaran eksklusif Naelofar X Guardian dengan memperkenalkan 3 koleksi ‘tote bag’ Musim Panas cukup istimewa.

IKLAN

Kolaborasi julung-julung kali ini sempena Ramadan antara Naelofar dan Guardian ini menyaksikan koleksi dengan tiga pilihan corak yang menawan seperti Nature Beauty, Red Blossoms dan Floral Serenity.

IKLAN

Setiap hijabi berpeluang untuk memilikinya dengan setiap pembelian barangan Guardian bernilai RM20 untuk jenama terlibat dan juga belian RM30 untuk jenama lain. Pembeli berpeluang bawa pulang ‘tote bag’ edisi terhad ini dengan harga RM17.90 sahaja.

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI