Bila sudah masuk gaji pastinya kita ada rasa tak sabar shopping kan! Tapi sebelum itu kenalah bayar bil dan perkara yang penting dahulu. Namun, akhirnya tak jadi pula nak membeli-belah kerana hanya tinggal berapa sahaja bakinya di bank. Aduh! Pening kepala dibuatnya.

IKLAN

Kalau nak simpan dengan lebih banyak dan tak mahu menyesal di kemudian hari, bolehlah ikuti tip simpanan wang yang dikongsikan Hilmi Jailani ini. Pasti tak rugi!

IKLAN
IKLAN
TIPS BIJAK MENYIMPAN!
Gaji baru je masuk seminggu, dah tinggal berapa kerat je lagi dalam bank. Tiap bulan macam tu lah. Bosan juga hadap situasi sama tiap bulan.
Kalau yang sabar, boleh lah hadap megi sebagai pengganti KFC dan Mcd. Tapi kalau jenis gelojoh memang kad kreditlah jawabnya.
Sebelum jatuh terduduk, baik korang cuba benda yang saya nak kongsi ini. Cara ini mungkin nampak old school, tapi inilah yang saya buat sejak 2 tahun lepas.
Ok baik.
Langkah 1:
Ajak pasangan duduk bersama. Bincang dan tulis semua perbelanjaan bulanan korang. Rujuk gambar 1 di bawah. Saya ada sertakan contoh yang saya sendiri buat.
Saat ini, jangan nak kelentong lagi. Kalau spend duit untuk kereta pun tulis. Beli tudung hari-hari pun tulis. Lutsinar (transparent) antara satu sama lain.
Langkah 2:
Bandingkan perbelanjaan korang dengan gaji yang masuk setiap bulan. Kalau korang ada elaun, side income, bonus, terpulang kalau nak kira sekali pun, okay aje.
Hah macam mana gaji vs belanja? Positif atau negatif?
Kalau positif, syabas dan tahniah. Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang sabar. Haha
Tapi kalau negatif, sila baca sampai habis.
Langkah 3:
Sila jenguk semula pada catatan di langkah (1) tadi. Potong dan kurangkan dekat belanja yang rasa tak perlu. Waktu ini, tepuk pipi dan sedarlah dari mimpi. Yang anda sedang menarah bukit yang tak wujud pun sebenarnya.
Langkah 4:
Setiap kali gaji, simpan dulu duit siap-siap sebelum guna. Berapa amaun yang kena simpan?
JUMLAH GAJI – (KOMITMEN + BELANJA) =SIMPAN
Katakan ada bulan yang korang dapat lebihan elaun/bonus. Tempat yang sepatutnya adalah pada simpanan. Bukan pada belanja. Faham eh?
Langkah 5:
Cari angpau raya tahun lepas. Then masukkan setiap amaun duit yang dah ditulis pada langkah 1. *1 jenis belanja = 1 sampul.
Wajib tanda besar-besar. Kang takut terseluk sampul yang salah pulak. Rujuk gambar 2. Ini yang saya buat. Awal-awal ni, buat lah cecantik dulu. Nanti dah lama boleh lah hodoh-hodoh macam saya buat tu hahaha
Langkah 6:
Tampal kertas untuk catat “duit keluar” dari sampul. Setiap sen yang keluar wajib tulis! Lekatkan ia berdekatan dengan deretan sampul tadi. Pen jangan lupa. Nanti tercari pen sampai lupa nak catat.
Langkah 7:
Setiap kali next gaji masuk, check dan audit semua sampul. Tally atau tak dengan catatan keluar masuk.
Bagaimana jika ada duit lebihan dalam angpau?
Haaa.. Yang ini korang boleh tambah lagi 2 tabung special. Tabung derma dan tabung travel. Haa baru lah ada motivasi nak menyimpan lebih. Nak enjoy lebih kena lah berjimat lebih, kan? Hehe
Itu sahaja tips old school saya. Mudah je kan?
Apapun, ianya berbalik pada disiplin diri kita sendiri. Ini sekadar salah satu usaha kecil kita. Lebih dari itu kita serah lah pada yang Maha Kaya.
Benarlah apa yang dikatakannya itu. Yang penting kita berusaha. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya?
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI