Bila kulit kita mulai kusam, keyakinan diri juga akan menurun. Pastinya rasa tak best apabila melalui perkara sebegini!

Sebenarnya, kulit kusam terjadi atas banyak faktor.  Seperti yang dikongsikan oleh Nur Afiqah Syaqira, antara sebab-sebab utama terjadinya kulit kusam termasuklah:

•Kesan cahaya UV (tak pakai sunscreen)
•Kulit kering
•Tak exfoliate

Nak cerahkan kulit kusam tak susah pun yunk, cuma makan masa & makan duit sikit. Kat bawah ni I kongsi rutin skincare untuk cerahkan balik kulit kusam.

Tapi kalau korang ada masalah kulit yang lebih serius macam consistent breakout, selesaikan yang tu dulu. Baru fokus untuk rawat kulit kusam. It’s called priority, baby.

1. CLEANSER

Cleanser yang basic macam QV Gentle Wash dah cukup. Paling penting kena lembut & tak keringkan kulit. Cleanser takyah cari yang mahal & fancy yang ada bahan aktif itu ini. Akhirnya masuk longkang gak. Belanja dengan bijak👌

2. TONER

Toner ada banyak jenis. Antaranya; jenis exfoliating, hydrating & jenis astringent (tinggi drying alcohols). Bagi I hydrating toner yang terpenting.

Terutamanya untuk kulit dehydrated. Untuk exfoliate pakai produk lain. Sebab kalau uols beli exfoliating toner, uols takleh pakai 2-3x sehari. Rosak kulit.

IKLAN

3. MOISTURIZER

Antara faktor utama kulit kusam adalah kulit yang kering. Jadi penting untuk pastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap. SEMUA JENIS KULIT perlukan pelembap. Pilih jenis pelembap mengikut keserasian kulit memasing. Kalau takleh pakai siang, pakai malam (oily skin).

4. PRODUK PENCERAHAN

PP boleh jadi seketul serum, essence, ampoule atau toner dsb. PP secara asasnya produk yang mengandungi bahan-bahan yang boleh mencerahkan kulit seperti:

IKLAN

•Niacinamide
•Alpha Arbutin
•Licorice Root
•Kojic Acid
•Vitamin C
•Alpha Hydroxy Acids (exfoliate)

Jadi untuk “reverse” kekusaman tersebut, penting untuk masukkan PP kedalam rutin skincare. Pastikan agen pencerah tersebut antara bahan teratas dalam senarai bahan. Otherwise, jangan beli.

5. EXFOLIATE

Walaupun sel-sel kulit mati akan jatuh dengan sendiri bila sampai kitarannya, tapi tak semua. The build up dead skin cells yang tertinggal akan buat kulit nampak kusam. Jadi kena exfoliate 1-3x seminggu. Efoliater terbahagi kepada dua jenis:

•Physical Exfoliater: Scrub, Peeling Gel, Wash Clothes, etc

IKLAN

•Chemical Exfoliate: Products with Hydroxy Acids (AHA, BHA, PHA)

I lebih suka chemical exfoliater berbanding physical. Ianya lebih berkesan, gentle & cepat nampak hasil. Terutamanya AHA (Glycolic, Lactic, Mandelic) sangat membantu dalam mencerahkan kulit. Untuk newbie, pastikan kaji dulu cara penggunaan Hydroxy Acids dengan betul & risikonya. Baru boleh mula guna 🙂

6. SUNSCREEN

Semua step yang kat atas akan jadi sia-sia kalau uols tak pakai sunscreen ataupun sekurangnya tak lindung kulit guna kain (topeng, topi, stongan etc).

Dia macam kau membaiki, UV merosakkan. Jadi macam satu kitaran yang tak sudah gitu. Pastikan pakai sunscreen setiap hari, dalam anggaram DUA jari & reapply setiap 2-3jam.

InsyaAllah kalau uols ikut rutin skincare ni kulit korang yang kusam akan beransur-ansur jadi cerah & glowy dalam beberapa bulan. USAHA TANGGA KEJAYAAN🦋

kredit: Nur Afiqah Syaqira

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI