Dewasa ini ramai di kalangan hijabi yang suka memakai pendakap gigi atau braces dengan tujuan untuk mencantikkan susunan gigi. Ia sudah jadi satu trend terutama bagi golongan muda dengan memilih pelbagai warna menarik bagi braces ini.

Namun begitu, harganya yang mahal menyebabkan ramai yang tidak mampu memakai yang original, sebaliknya memilih pendakap gigi palsu yang jauh lebih murah. Oleh kerana harganya murah, pendakap gigi palsu ini ada kesan buruk yang ramai tak tahu.

Perkongsian gadis ini yang bekerja di sebuah klinik gigi pernah mendedahkan cara bagaimana untuk mengesan braces palsu yang semakin berleluasa ini. Posting Ayu di twitter milikinya bercerita keburukan menggunakan pendakap gigi palsu ini.

Ada pesakit nak review braces, ingat Ori tapi rupanya Fake.

Bila ditanya buat kat butik, harganya tak sampai RM1 ribu.

Kalau nak tahu fake braces, harga deposit bermula dari RM400 – RM800 yang berlokasi di butik, hotel atau dalam kereta.

IKLAN

Bracket pun dipasang terbalik.

Gam pula pakai gam biasa macam gam gajah yang katanya terbaik.

Ini beza wire braces ori atau tidak.

Kesannya gigi tak akan jadi cantik, malah burukkan lagi gigi.

IKLAN

Pesannya kalau nak pakai braces, pergi ke klinik gigi yang betul atau untuk budak sekolah register dengan hospital kerajaan. Kalau pakai fake takut kesannya terus hilang gigi.

Kalau sayang gigi jangan gatal-gatal pakai yang fake.

Tunggu dua tiga tahun kalau nak tahu kesan braces fake ini. Silap-silap kena pakai gigi palsu nanti.

Bukan doktor gigi tapi bekerja sebgai nurse di klinik gigi yang betul.

IKLAN

Kos sebenar untuk pasang braces ini boleh mencecah sehingga RM4,500.

Kalau di hospital kerajaan, pelajar sekolah kos sekitar RM500 saja.

Deposit pula sekitar RM1,500 dan harga penuh tak pernah ada  harga bawah RM3 ribu atau RM2 ribu.

Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI